"Tasha bangun sayang. Dah subuh ni. Bangun. Nanti tak sempat solat subuh" Mama? Natasha bagaikan terdengar suara mamanya mengejutkannya bangun solat.
Natasha menggagahkan juga dirinya untuk membuka mata. Kepalanya terasa berat sekali namun dia terlalu ingin melihat siapa pemilik suara itu. Matanya dibuka perlahan-lahan. Kelihatan Datin Rose duduk di sisi katil kepalanya diusap lembut. Mummy rupanya bukan mama. Air matanya kembali mengalir perlahan dipipinya. Ya Apalah yang aku harapkan ni? Tak mungkin mama akan kembali. Aku kena belajar terima kenyataan ni.
"Bangun sayang. Nanti terlepas solat pula. Mari mummy bantu." Ujar Datin Rose. Natasha dibantu untuk duduk. Panas sungguh badan menantunya itu. Kasihan Natasha. semalam apabila terdengar berita tentang pemergian kedua besannya dia juga hampir pengsan inikan pula Natasha yang menanggungnya sebagai anak. Natasha yang sedang menangis itu diraih kedalam pelukan. Belakang badan Natasha diusap lembut. Dia cuba memberi semangat kepada Natasha.
"Sabar ye sayang. Mummy ada dengan Tasha ni. Tasha jangan sedih ye. Redha kan pemergian mereka. Insha Allah mereka akan ditempatkan di kalangan orang beriman. Yang penting Tasha kena kuat. Jangan menangis macam ni lagi. Nanti roh mereka tak tenang sayang. Mummy akan sentiasa ada dengan Tasha.Tasha satu-satunya menantu dan anak perempuan yang mummy ada mummy akan jaga Tasha. Mummy janji." Natasha bagaikan mendapat suatu semangat baru apabila mendengarkan pujukan Datin Rose itu.
Betul. Walaupun aku kehilangan mama dengan papa. Tapi aku masih ada mummy dan daddy yang sayang aku. Aku tak boleh lemah macam ni. Sekurang-kurangnya aku perlu buat sesuatu untuk mereka. Bangun semula. Natasha mengesat air matanya. Dia memandang tepat wajah Datin Rose. Natasha mengukirkan senyuman paling manis buat ibu mertuanya itu.
"Terima kasih mummy. Tasha bersyukur sebab Tasha ada mummy. Terima kasih sangat-sangat." Tangan Datin Rose dikucup lama. Syukur Ya Allah kerana kau mengurniakan ibu mertua yang baik begini kepada aku.
"Jangan terima kasih pada mummy sayang. Terima kasih pada dia. Dia yang menguruskan semua hal semalam. Dia yang pergi ke kedutaan menguruskan hal arwah. Dia juga yang jaga Tasha sampai pagi ni. Masa mummy datang tengah malam tadi mummy nak masuk jenguk Tasha pun dia tak kasi. Takut tasha terkejut katanya. Semalaman dia mengaji di tepi telinga Tasha. " Datin Rose memuncungkan mulutnya ke arah Iskandar yang sedang tidur di sofa.
Natasha juga memandang kea rah Iskandar yang sedang lena tidur. Nampak sangat Iskandar keletihan. Jadi suara orang mengaji yang aku dengar semalam suara dialah tu? Kesian dia. Mesti dia penat menjaga aku semalaman.
"Is dah solat ke mummy?" soal Natasha.
"Belum. Mummy datang nak kejut kamu berdualaah ni. Tasha kejutkan Is sekali ye. Mummy dengan Mak Jah nak buat persediaan untuk kenduri tahlil tengah hari nanti. Mummy turun dulu ye sayang." Dahinya dikucup Datin Rose dengan penuh syahdu sebelum datin Rose keluar dari bilik itu.
Natasha bangun mendekati Iskandar yang sedang lena tidur di sofa. Lama wajah Iskandar dipandangnya. Mamat tak matured ni baik juga sebenarnya ya. Terima kasih husband. Natsha menundukkan dirinya mendekati muka iskandar dan dahi Iskandar dikucup lembut. Kemudian dia cepat-cepat dia berdiri semula. Bibirnya dipengan dengan senyuman nakal. Gedik kau Tasha!
"Is bangun Is. Kita solat subuh. Is bangun." Natasha menggoyangkan sedikit ibu jari kaki Iskandar. Cara mengejut orang yang sedang tidur yang diajar mamanya. Iskandar kelihatan menggeliat sedikit kemudian membuka matanya. Iskandar tersenyum sebaik sahaja terlihat Natasha yang mengejutnya. Wah senangnya kejut dia ni.
"Tasha? Ada apa? Awak sakit ke? Kat mana? Nak saya panggilkan Doctor Zubir tak?"Iskandar segera berdiri dan tangannya segera dilekapkan di dahi Natasha. Dah kurang panasnya tapi masih panas lagi ni. Pucatnya muka dia. Iskandar menilik wajah Natasha walaupun keadaan bilik hanya diterangi lampu tidur sahaja. Natasha menangkap tangan Iskandar yang masih didahinya itu lalu menggenggamnya. Dia tersenyum kepada Iskandar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...