"Natasha. Diam je tu teringat dekat suami ke?" Suara sinis Dr. Julia pensyarah bujang yang sangat diketahui menggilai Iskandar dan juga suara ketawa rakan sekelasnya menghentikan lamunan Natasha.
Natasha mengangkat mukanya yang sedari tadi asyik menunduk memandang cincin di jarinya. Fikirannya melayang entah ke mana sedari tadi. Yang pastinya dia tahu. Dia asyik memikirkan Iskandar yang sepertinya sangat membenci dia.
Suara kasar Iskandar pagi tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Air mata yang bermain di tubir matanya ditahan dari gugur. Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku Ya Allah. Jangan biarkan aku rebah di hadapan mereka. Jangan biarkan aib suamiku terdedah Ya Allah. Senyuman manis yang dibuat-buat diberikan kepada pensayarahnya yang masih memandangnya sedari tadi.
"Senyum pulak dia. Tak apa Natasha. Suami awak ada je dekat dalam bilik dia tu. Jangan rindu-rindu. Sekarang jawab soalan saya. Why it is a contract important in doing everyday business? Suami awak kan salah seorang penyarah untuk subjek ni juga. Saya rasa tak ada sebarang masalah untuk awak jawab soalan saya ni." Soalan dari Dr. Julia membuatkan Natasha seperti kembali ke alam nyata.
Natasha berdiri dari tempat duduknya. Supaya lebih mudah untuk semua yang berada di dalam dewan kuliah itu mendengar suaranya. Soalan itu? Apa jawapannya? Rasanya dulu aku pernah terbaca jawapan dari pelajar abang. Apa ye? Natasha memerah ingatannya. Dia ni agak melampau jugaklah. Hari pertama aku masuk kelas dia pun dia dah nak serang aku dengan soalan macam ni? Tak apa. Aku rasa kau tahu jawapannya. Dulu dia pernah membaca kertas-kertas jawapan dari pelajar Iskandar kerana kononnya dia mahu mencari ilmu yang lebih. Benar. Soalan itu dia pernah tahu jawapannya. Tapi apa ye? Hah. Dah ingat!
"Because a contract which bind parties. A contract is an agreement that is usually between two or more parties, agreeing on a certain venture. A contract is important as it protects both the parties from any surprises or any changes to the contract. Some of the contracts people sign include contracts with cell phone companies, internet providers, companies that deal with insurance, banking and financial institutions, landlords and business organisations, among many others. So the conclusion here, contract is what will make sure there will be no fraud happen in each businesses. Those are some simple example why an agreement is important. I think perhaps that is enough for the first class. " Jawab Natasha sekali nafas. Dia benar-benar yakin dengan jawapannya itu.
Dia kembali duduk di kerusinya. Wajah pensyarahnya yang kelat di hadapan dipandang dengan senyuman di wajah. Namun dalam hatinya berjuta kali dia mengucap panjang. Cukuplah mendera hati aku yang sudah terdera teruk ni. Kalau hendak minat dia. Silakan. Teruskan. Aku tak kisah. Jangan datang dan dera perasaan aku sudah. Aku tak mampu nak tanggung lagi sebarang penderaan yang lain.
"Err.. Ok. Well class now you know why it is a contract is very important in business? Take note dengan jawapan yang dia bagi tu. Saya akan masukkan soalan yang sama dalam quiz nanti." Sebaik sahaja habis bersuara Dr. Julia terus mengalihkan perhatiannya daripada Natasha. Rasa tidak puas hatinya kepada Natasha ditahan sahaja. Takut pula jika ada pelajar lain yang perasankan kelakuannya itu.
Natasha yang berjalan sendirian keluar dari dewan kuliah itu menuju ke masjid universiti. Waktu zohor sudah hampir tiba. Ara yang selama ini sentiasa sama kelasnya tercampak ke kelas lain untuk semester ini. Mujur juga hanya dua kelas dia berlainan dengan Ara. Kalau tidak pasti susah baginya. Ara kan satu-satunya sahabat baiknya selama ini. Bukannya dia sombong sehingga tidak mahu berkawan dengan orang lain. Tetapi Ara seorang sahaja sahabat sejati yang sentiasa berada bersamanya saat suka dan duka.
Wajah-wajah pelajar lain yang berselisih dengannya tidak menarik perhatiannya yang sedang mengelamun itu. Suara-suara yang berbisik sepanjang perjalannya tidak juga mengganggunya. Dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Apa yang dia mahu sekarang ialah keadaan yang tenang dan tenteram. Suasana di mana semuanya sunyi dan sepi.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...