MHML Bab 28

26.9K 700 20
                                    

Iskandar mencari Natasha di sekeliling rumah. mana dia ni? Tak ada pun di mana-mana. Kolam yang dalam direnungnya. Manalah tahu Natasha sedang berenang ke. Taka da juga. Pelik. Tadi dia kata nak pasang ajak mengemas. Sekarang mana dia pergi? Takkanlah aku pergi solat sekejap pun dia dah hilang. Iskandar menjengah ke semua sudut. Rasa risau mula menyelubungi dirinya. Kemanakah isterinya? Esok sudah nak raya. Isterinya pula hilang entah kemana.

"Sayang. Sayang. Sayang kat mana tu?" Iskandar mula melaung. Risau rasa hatinya ketika ini.

Iskandar duduk sebentar di tepi kolam. Dia mula berfikir. Di mana Natasha? Rasanya semua tempat telah dia cari bahkan sampai ke stor belakang rumah pun sudah dia jengah. Tapi Natasha masih tiada. Di mana ya?

Iskandar meramas rambutnya. Jantungnya berdebar laju. Tasha kena culik ke? Ya Allah! Betul ke? Iskandar berdiri untuk mengambil telefon bimbitnya di dalam bilik. Ah! Daripada telefon polis lebih baik aku pergi balai terus. Siapa yang culik Tasha? Terngiang-ngiang kembali suara Haikal di telinganya. Sebelum cuti semester bermula dia ada terserempak dengan Haikal yang menyoalnya secara tiba-tiba ketika mereka berpapasan di luar perpustakaan.

"Sir gembira sekarang?"

"Alhamdulillah saya gembira. Dengan isteri saya dengan kerjaya saya dengan hidup saya."

"Baguslah. Nikmati puas-puas kegembiraan tu. Sebab ikut pada tilikan saya. Kegembiraan sir tu tak lama."

"Saya orang Islam saya tak percaya kepada tilikan. Saya percaya kepada Allah. Hidup, mati, jodoh, rezeki saya, saya percaya Allah dah aturkan sebaiknya. Saya tak akan pernah persoalkan. Dan kalau awak terror sangat menilik silalah tilik result exam awak. Sorry to say but saya tengok awak tak perform kali ni. Nanti balik tilik baik-baik ye."

"I don't give a damn about the exam. I can live with my father's money. I just care about Natasha. So for now I politely wish you joy because it won't be for long."

"Sorry for you because I'll stick to her till us both die."

"That's why I said it won't be for long. Have a nice day sir" Dengan senyuman sumbing di bibir Haikal meninggalkan Iskandar yang sedang cuba mencerna kata-katanya tadi.

Macam mana kalau Haikal si jambu psiko tu yang culik Tasha? Ya Allah macam mana ni? Ya Allah bantulah aku. Mana aku nak cari isteri aku ni? Tasha pergi mana ni sayang. Dah senja ni. Dari petang tadi abang cari sayang. Iskandar menapak laju masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja kaki iskandar menjejak tangga teratas telinganya menangkap suara tangisan. Suara siapa? Pintu bilik ibu mertuanya yang sudah lama tidak dibuka kelihatan terbuka sedikit. Tasha ke? Iskandar menghampiri bilik itu. Pintu dikuak. Jelas Natasha sedang memeluk sepasang telekung dan kain pelekat ibu bapanya. Wajahnya menunduk. Air mata jelas kelihatan menitis dari hidung mancungnya.

Iskandar tersentak melihat Natasha begitu. Kenapa? Dia berlari mendapatkan Natasha. Natasha diraih ke dalam pelukannya. Niatnya supaya Natasha lebih tenang tetapi tangisan Natasha semakin kuat. Dia tersesak kuat di dada Iskandar.

"Sayang. Sayang shhhh... kenapa ni?" Kepala Natasha diusap. Dadanya berdegup kencang melihat keadaan Natasha.

"Tasha... Tasha.... Rindukan... mama dengan papa..." Natasha bersuara dalam kepayahan.

Iskandar dipeluk kuat. Dia menangis semahunya di dada Iskandar. Rasa yang lama dia tahan diluah semuanya. Sepanjang hampir lima bulan kehilangan orang tuanya dia tak pernah menjejakkan kakinya ke bilik ini. Dia takut jika dia menjejakkan kakinya ke bilik ini dia pasti akan menjadi seperti sekarang. Menangis kesedihan dan menyiksa ibu bapanya.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now