"Ha Ha Ha... " Natasha tergelak kecil. Kemudian dia segera menutup mulutnya. Buku nota di tangannya ditutup dengan cepat.
Iskandar yang sedang bercekak pinggang di belakangnya dipandang sekali lalu kemudian segera keluar dari bilik untuk ketawa lebih kuat. Nak ketawa kuat-kuat karang takut terasa. Kalau tak ketawa rasa nak pengsan pun ada. Apalah kena dengan Iskandar ni? Iskandar mengekori Natasha dari belakang sehingga ke dapur. Buku nota ditangannya diletakkan di meja bar. Lebih baik dia menyibukkan diri menyediakan sarapan daripada terketawa memandang muka Iskandar.
"Apa masalahnya. Kata nak Firman sangat. Abang buatlah macam Firman." Iskandar menegakkan keadilan bagi dirinya.
Natasha buat-buat seperti tidak mendengar kata-kata Iskandar. Kopi di bancuh dengan bibir yang dikemam untuk menahan ketawa. Tak sanggup rasanya nak menatap wajah Iskandar. Lawak sungguh!
"Pusing belakang tu ketawakan abanglah tu. Habis tu Tasha yang nak sangat macam Firman kan? Abang buatlah. Sekarang dia nak gelak-gelakkan orang pulak. Tak adil"
Iskandar menarik keluar suratnya yang diselitkan di dalam buku nota Natasha. bersusah payah dia menulis surat kepada Natasha macam yang Firman buat kepada Iris. Cuma dia selitkan dalam buku nota Natasha kerana Natasha lebih sering menatap buku nota berbanding memantau apa yang ada dibawah bantal. Surat itu dibuka.
Assalamualaikum,
Kehadapan isteri abang Natasha,
Selamat pagi sayang. Abang nak tanya apa khabar.. abang dah tahu dah kesihatan Tasha macam mana. Jadi abang cancel ajelah nak tanya khabar ye.
Malam tadi masa Tasha tidur abang tenung muka Tasha puas-puas. Rambut Tasha yang lembut menyelesakan. Kening Tasha yang cantik terbentuk dan seksi. Mata Tasha yang terpejam dengan bulu mata yang lebat membuatkan abang rasa berdebar. Hidung Tasha yang kecil elok terletak. Bibir Tasha yang menggoda abang dengan rasa wangi dan manisnya(copy ayat Firman). Membuatkan abang terpaku dengan kejelitaan Tasha.
Abang terasa seperti dunia abang yang punya bila Tasha ada dalam pelukan abang. Rasa hangat tubuh Tasha membuatkan segala masalah yang abang hadapi hilang serta merta. Menenangkan fikiran abang. Walaupun Tasha masih lagi tak dapat menerima abang tapi abang nak Tasha tahu yang abang sayangkan isteri abang, Tasha yang gorgeous meletopss ni..
Sebenarnya abang tak tahu nak tulis apa banyak-banyak. Abang pun dah banyak kali refer ayat-ayat dari Firman durjana tu.. eh sorry. Alamak tak jumpa liquid paper pulak. Tak apalah, anggaplah Tasha tak nampak perkataan durjana tu. Sila pejamkan mata anda di bahagian tersebut.
Akhir kata,
Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.
Yang benar,
Suami awak yang handsome.
Ok apa surat aku ni. bukan senang nak tengok suami zaman sekarang ni rajin macam aku nak melayan perangai isteri yang suka buat blur tak tahu perasaan orang. Aku ni punyalah separuh maut sayang kat dia, cinta kat dia. Dia boleh buat derk je. macamlah aku ni tak pernah confess kat dia. Padahal hampir setiap setengah jam aku confess.
"Is. Makan. Nanti lambat pulak kita. Saya pergi ambil beg awak dengan tie ye." Natasha malas nak menjawab kata-kata Iskandar.
Dia ingat lagi. Perkahwinan ini cuma untuk enam bulan bermakna berbaki lagi dua bulan sahaja. Bukankah Iskandar sendiri yang membuat surat perjanjian itu? Dia takut untuk terus bergantung dan memberikan cinta yang sedang memekar dalam hatinya kepada Iskandar. Bagaimana kalau Iskandar berubah hati? Bagaimana kalau Iskandar sudah tiada nanti? Mampukah dia bertahan? Lebih baik dia terus berlagak seperti sekarang. Sekurang-kurangnya apabila dia sudah tidak bersama Iskandar nanti dia masih dapat berdiri sendiri tanpa hati yang terluka.
![](https://img.wattpad.com/cover/47449387-288-k699312.jpg)
YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
Storie d'amoreSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...