"Jom." Suara Iskandar dari belakang Natasha yang sedang menusun telekung dan sejadah yang digunakan oleh Datuk Adam dan Datin Rose tadi ke dalam almari membuatkan Natasha terkejut.
Natasha mengerutkan dahi. Dah mula dah dia. Penyakit jom tiba-tiba dah mula dah. Nak jom ke manalah malam-malam buta macam ni. Asyik nak jom je dia. Padahal aku ada banyak kerja lagi nak buat. Pinggan bertimbun dekat dapur tu pun tak basuh pun lagi.
"Jom ke mana?" soal Natasha dengan suara separuh geram.
"Ke kliniklah sayang. Tadi dia juga yang janji dengan kita lepas mummy dengan daddy balik kita ke klinik. Lupa ke?" Iskandar berkata-kata sambil membetulkan sedikit kedudukan baju-baju di dalam almari itu. Bukannya tidak kemas, cuma dia mahu merajinkan jari.
"Alah. Tasha banyak kerjalah bang. Pinggan mangkuk kat dapur pun tak berbasuh lagi. Nanti kalau lambat basuh berbau pulak. Esok boleh." Natasha mengerdipkan mata beberapa kali. Tujuannya supaya Iskandar bersetuju dengan cadangannya.
"Tak payah nak basuh. Abang dah basuh dah semuanya. Siap lap. Siap susun dalam almari lagi." Kata Iskandar dengan penuh bangga.
"Sungguh abang basuh? Semuanya? Betul ni?"
"Sungguhlah. Takkan lah abang main-main pulak cinta. So, no more excuses. Jom sekarang jugak. Kesian abang tengok isteri abang dari tadi tahan sakit. Buat banyak sangat kerja. P,enat isteri abang." Kepala Natasha diusap perlahan. Kasihan isterinya ini. Kerana mahu menjaga hati mertua kesakitan di kaki sanggup ditahan.
"Laaa.. tak penat pun lah abang. Dari tadi semuanya abang yang buat kan. Hidang makanan pun abang. Kemas meja makan pun abang. Basuh pinggan pun abang. Macam mana Tasha nak penat." Natasha tergelak kecil. Dada Iskandar yang semakin merapat dengan wajahnya ditolak ke belakang sedikit. Iskandar seperti biasa kerjanya melekat sahaja. Jadi kadang kala perlu dijarakkan demi keselamatan sejagat. Muehehe...
"Tak kiralah. Penat ke. Tak penat ke. Kena pergi juga. Jom." Natasha terus dicempung keluar dari bilik.
"Abang tak maulah macam ni." Natasha terjerit kecil.
"Tak mau apanya. Kena pergi jugalah. Jangan nak mengelak sangat bila sebut nak pergi klinik. Bukannya doctor tu nak makan Tasha pun. Perangai macam budak kecil tak habis-habis lagi. Bila abang panggil budak kecil marah. Padahal abang panggil berdasarkan fakta. Ada ke nak pergi klinik pun nak menjerit-jerit macam ni. " Iskandar membebel panjang. Wajahnya ditegangkan sehabis mungkin. Kononnya tak mahu mengalah dengan Natasha yang anti dengan perkataan klinik.
"Abang kalau ya pun tak kan lah nak pergi macam ni. Abang sanggup ke nak tanggung dosa nanti?" Natasha memuncungkan bibirnya kea rah kakinya yang terdedah dari paras lutut ke bawah kerana gaun tidurnya yang singkat.
Belum sempat Iskandar menapak menuruni tangga langkahnya terhenti. Kaki dan Rambut Natasha yang menutupi separuh wajah isterinya itu berkali-kali. Betullah. Mahu beribu tahun aku ke neraka nanti sebab biarkan isteri keluar rumah dengan pakaian macam ni. Apalah nak jadi dengan aku ni kalut betul. Tak boleh sabar sikit. Tapi kan sayang isteri namanya. Kenalah kalut semacam. Dia tersengih seperti kerang busuk memandang Natasha yang memandangnya dengan penuh rasa geram. Muehehe...
Iskandar memusingkan langkahnya semula ke dalam bilik. Natasha diletakkan semula di atas katil. Dia menuju ke almari dan memilih sehelai seluar panjang bewarna merah jambu lembut milik Natasha dan baju t-shirt hijau pastel miliknya beserta dengan tudung Syria yang siap bergosok bewarna merah jambu juga. Pakaian yang dipilhnya dihulurkan kepada Natasha.
"Kenapa baju abang pulak ni? Tasha pun ada baju sendiriah. Baju abang ni besar gajahlah dengan Tasha." Natasha menunjukkan baju t-shirt Iskandar di tangannya kepada Iskandar. Pelik kenapa dia pilih baju dia pulak ni? aku yang nak pakai bukan dia yang nak pakai. Tersalah baju ke apa?
YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
RomansaSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...