MHML Bab 46

19.5K 508 12
                                    

Pre Order novel MY Hubby My Lecturer dibuka mulai sekarang. Cara-cara membuat tempahan ialah:

1) Whatsapp saya di +6013-2574071
2) Pm saya di FB saya www.facebook.com/natasha.mohdzulkifli (Sebaiknya add saya dulu supaya mesej x masuk spam)
8) STOCK ADALAH TERHAD. Digalakkan untuk hubungi saya cecepat.

Sekali lagi saya umumkan bahawa MHML hanya akan diupdate sampai ke bab 51 sahaja. Maaf awal2 saya ucapkan kerana tidak akan ada sebarang kompromi lain lagi kerana ini demi keadilan buat pembeli 1057 naskah novel MHML sebelum ni.

Mohon Support membeli novel ni sebab saya nak kawin hahaha.

Kitab al-Quran di hadapannya ditutup perlahan. Jam yang berada di meja sisi katil direnung sebentar. Ah... sudah pukul enam pagi. Sudah masuk waktu subuh rupanya. Dia terlalu leka mengalunkan ayat suci al-Quran sehingga tak perasankan azan subuh yang berkumandang.

Hatinya yang semalamnya gundah tak bertepi kini terasa sedikit tenang. Tenang kerana telah menghadap sang Pencipta.Iskandar bangun dari duduknya. Dia meletakkan al-Quran yang dibacanya tadi di atas meja sebelum menuju ke sejadah semula untuk menunaikan solat subuh. Dia perlu cepat kerana sebentar lagi dia akan memulakan misi mencari isteri tercintanya.

Dia sudah tidak betah lagi tinggal di rumah ini tanpa kehadiran Natasha. Perasaannya yang selama ini terasa indah kini terasa seperti kosong tanpa harapan. Sungguh dia rindukan isterinya itu. Dalam hatinya dia kerap kali menyalahkan dirinya sendiri atas pemergian Natasha. Sungguh dia sangat menyesali setiap perbuatannya yang menyakiti Natasha itu.

Natasha seorang isteri yang sangat tabah menghadapi segala dugaan yang diberikan kepadanya. Tetap cuba bertahan untuk berada di sisinya walaupun setiap hari disakiti. Masih tetap cuba menjadi seorang isteri yang taat kepadanya. Masih tetap menyediakan makan dan pakainya walaupun kebaikannya itu ditolak tanpa perasaan. Isteri yang tetap cuba tersenyum di hadapannya walaupun hati sentiasa hancur kerana tidak diberi perhatian. Demi Allah dia terlalu menyesali semua itu. Kalaulah dia tidak pernah melakukan kesilapan itu. Kalaulah dia redha sahaja dengan kebenaran itu. Kalaulah dia tidak terpengaruh dengan surat yang diterimanya hari itu. Kalaulah...

Usai menunaikan solat subuh Natasha mengangkat keluar bingkai gambar yang berada di dalam beg tariknya. Gambar yang sangat disayanginya. Pandangan mata indah yang sering dia puja terhias di gambar itu membuatkan Natasha tersenyum. Dia mengusap gambar itu dengan penuh perasaan. Rindunya membuak terhadap pemilik senyuman di dalam gambar itu membuatkan air matanya gugur membasahi pipi.

Sungguh dia terlalu rindukan segalanya tentang Iskandar. Senyumannya, suaranya, gerak tubuhnya, harumannya, auranya. Dia rindu. Terlalu rindu. Sudah lebih sebulan dia kehilangan semua itu. Sudah sebulan lebih dia kehilangan suami yang mencintainya, yang membelainya dengan kata-kata yang romantis, pandangan mata yang redup penuh dengan rasa cinta, pelukan yang mendamaikan, yang menenangkan dia dengan haruman tubuhnya yang menyelesakan, segalanya tentang Iskandar dia rindu. Natasha memeluk lebih erat bingkai gambar itu.

"Abang. Betul ke selama ni abang tak pernah cintakan Tasha? Terlalu tak layakkah Tasha untuk abang? demi Allah Tasha terlalu cintakan abang sepenuh hati Tasha. Tak ada terkurang sedikit pun. Abang, Tasha sendiri tak faham dengan hati Tasha. Tasha sepatutnya bencikan abang dengan apa yang abang dah lakukan.

Tapi Tasha tak dapat membenci abang. Tasha terlalu cintakan abang. Terlalu cintakan abang sehingga tak mampu membenci abang. Tapi kenapa abang sampai hati buat Tasha macam ni? Tasha perlukan abang. Anak kita perlukan abang. Macam mana Tasha nak berdiri tanpa abang di sisi Tasha? Macam mana Tasha nak besarkan anak kita seorang diri tanpa abang? Abang... Tasha rindu abang. Terlalu rindukan abang."Suaranya tersekat-sekat dek esakan yang tidak dapat dibendungnya. Air matanya yang sudah tidak berhenti mengalir dikesatnya dengan jari ibu berkali-kali.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now