MHML Bab 19

28K 884 12
                                        

"Then, I shouldn't tell you who is he."

"You must tell me Natasha!"

"But why should I? Firman got nothing to do with you."

"Because I love you"

"Because I love you. I love you Natasha. I love you "

Natasha memandang ke langit. Senyuman terukir di bibirnya. Kejadian beberapa hari lalu terbayang kembali di mindanya. Masih lagi terasa hangatnya pelukan Iskandar. Masih lagi terasa hangatnya desah nafas Iskandar di lehernya. Masih lagi terngiang-ngiang suara Iskandar di telinganya. Betul ke dia cintakan aku? Ke hanya sebab dia cemburukan Firman dia cakap macam tu?

"Assalamualaikum." Tegur Iskandar.

Natasha yang sedang bergoyang kaki di tepi kolam sambil memandang ke arah bulan dengan wajah yang disinari cahaya bulan dipandang dari sisi. Ya Allah. Cantiknya ciptaanMu. Dia duduk di sebelah Natasha. Turut merendam kakinya di dalam kolam. Ah... sejuknya.

"Wa'alaikummusallam." Natasha berpaling memandang Iskandar yang sudah berada di sisinya. Salam wajib dijawab.

"Buat apa kat sini? Sejuklah kat luar ni." Iskandar menaggalkan kardigan yang dipakainya dan diletakkan ke tubuh Natasha. Wah gentlemannya aku. Dia tersengih lebar dalam hati. Sekarang kan dah sampai waktunya mempraktikkan semua kemahirannya dalam memikat seperti dia memikat Intan dahulu. Natasha hanya tersenyum sedikit kepadanya. Kemudian mendongak memandang bulan semula.

"Tak eloklah duduk kat luar sejuk-sejuk macam ni. Jom masuk dalam." Sekali lagi Iskandar bersuara. Lah tak nak bercakap pulak dia. Tak apo! Den tak akan putus aso!

"Tak apalah. Kalau awak nak masuk awak masuklah. Saya suka duduk kat sini. Saya rasa tenang. Dulu... masa papa dengan mama masih ada, saya selalu duduk dekat sini. Kami berbual tentang banyak perkara. Saya... rindukan mama dengan papa malam ni. Dah genap tiga bulan mereka pergi." Natasha bersuara perlahan akhirnya. Iskandar yang baru mahu menyambung ayatnya terdiam tanpa kata.

Kepala Natasha yang tadi mendongak memandang bulan ditundukkan memandang kakinya yang berada di dalam kolam. Kenangan bersama mereka berdua terlayar kembali di fikirannya. Di sinilah dimana dia sering menghabiskan masa bersama mereka. Menceritakan segala masalahnya suka duka kepada mereka. Menikmati angin malam yang lembut bersama. Bergurau senda bersama. Menangis duka bersama. Menghayati keindahan alam bersama. Dahulu, setiap kali bulan mengambang mereka akan duduk di tepi kolam itu bersama-sama menghayati keindahan bulan.

Tapi itu semua dulu. Kini semuanya hanya tinggal kenangan sahaja. Natasha meletakkan tangannya di dada menahan rasa hati yang terlalu sendu. Wahai sang hati. Janganlah kau menangis. Kau dah berjanji tak akan menangis lagi. Masa berlalu lama tanpa suara dari keduanya. Keadaan sunyi sepi hanya dihiasi dengan bunyi kocakan air yang ditiup angin.

Iskandar serba salah apabila melihat Natasha yang kelihatan sendu itu. Ya Allah. Kenapalah aku bangkitkan soal ni? kan dia dah sedih macam tu. Idea! Idea! Muncullah kau! Macam mana aku nak hiburkan hati dia ni.

"Firman tu lelaki jenis macam mana? Apa yang membuatkan dia special sangat?" Idea yang terbaik setakat ni.

"Firman? Tak tercapai dengan kata-kata tentang dia." Natasha menjawab setelah lama berfikir. Dia tersenyum simpul. Jatuh cinta dengan watak novel? Memang aku ni dah gila. Dia memandang semula ke arah bulan. Berharap dia menjadi Iris heroin novel tersebut. Muehehe..

Iskandar mengetap bibir memandang Natasha yang sedang tersenyum simpul sambil memandang bulan. Baik sangatkah Firman tu? Watak novel aje pun. Entah apa yang hebat sangat tu. Hello! Daniel Henney kacak meletopss kat sebelah ni dah tak cukup kacak ke? Padahal punyalah ramai perempuan admire aku dia boleh pulak suka dekat si Firman novel tu.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang