MHML Bab 31

26.4K 641 11
                                        

"Abang. Kenapa abang lipatkan kain ni? Tasha kan boleh buat. Dah. Dah ke tepi sikit biar Tasha lipat." Natasha menolak sedikit Iskandar ke tepi. Baju kurungnya yang berada di tangan Iskandar di ambil.

Rasa bersalah kerana dia membiarkan Iskandar melipat kain. Padahal dia kan isteri. Dialah yang sepatutnya melakukan semua kerja-kerja itu. Pesan mamanya dahulu jangan pernah biarkan suami membuat kerja rumah kalau kita ada kesenggangan waktu. Suami kan sudah penat mencari rezeki untuk keluarga. Jadi sudah menjadi tanggungjawab isteri untuk menyenangkan mereka.

"Alah sayang ni. abang bukan buat apa pun. Abang cuma tolong sayang lipat baju je. dah meh sini. Biar abang yang lipat sayang duduk tepi tenung muka abang. Tenung betul-betul tau. Baru abang ada semangat nak lipat baju." Baju kurung ditangan Natasha di ambil semula.

Natasha cuba mengambil semula baju itu dari tangan Iskandar. Tetapi Iskandar menahannya dan memaksa dia duduk diam sahaja di tepi. Akhirnya Natasha terpaksa mengalah. Dia membaringkan diri di atas timbunan baju. Ahhh.. selesanya. Rasa panas baju yang baru diangkat dari ampai memang menyelesakan. Tangannya dikuak-kuak beberapa kali menyebabkan Iskandar tergelak besar.

"Kenapa isteri abang ni comel sangat hari ni? Rasa macam nak gigit je. Sayang baring dekat situ sekejap. Lepas ni abang ada hadiah nak bagi sayang." Iskandar mencubit pipi Natasha sedikit. Geram melihat lesung pipit isterinya itu. Comel!

"Hadiah? Wah! Apa hadiahnya?" Natasha terus meniarap bila mendengar kata-kata Iskandar itu. Dagunya diletakkan di atas paha Iskandar.

"Gelilah sayang. Tak maulah letak dagu kat situ. Hadiahnya rahsialah. Tunggu abang habis lipat baju dulu. Tasha tidur dulu atas riba abang."

Natasha ketawa kecil bila Iskandar menadah tangannya di bawah dagu Natasha. Penggeli sangat rupanya. Dia memusingkan badannya supaya berbqring terlentang dengan kepalanya di atas riba

Iskandar. Matanya dipejam rapat. Penat sepagi main kejar-kejar dengan Iskandar. Konon-kononnya pagi tadi mereka merancang untuk berjogging bersama tetapi akhirnya mencari acara kejar mengejar. Nasib baik Iskandar sengaja buat-buat kalah kepadanya. Kalau tidak pasti dia akan merajuk sampai malam.

"Cinta bangun. Dah dekat pukul dua ni. Solat Zohor dulu ye. Lepas tu baru tidur balik."

Natasha terjaga bila kepalanya diusap. Ugghhh.. selesa sungguh tidur atas riba suami. Matanya dicelik terus memandang mata indah Iskandar yang sedang menunduk memandangnya. . Cantiknya mata. Eh. Dah dekat pukul dua? Maknanya aku dah tidur atas riba dia hampir tiga jam? Natasha terus terduduk.

"Abang. Sorry. Lama sangat Tasha tidur atas riba abang. Sorry. Mesti abang lenguh kan? Tasha minta maaf abang." Natasha mengucap kata maaf berkali-kali. Tangan Iskandar diciumnya.

"Eh. Nak minta maaf apanya sayang. Abang lagi happy sayang tidur atas riba abang. Boleh abang pandang muka sayang lama-lama. Ok jom kita pergi solat ye." Dahi Natasha dikucupnya. Iskandar bingkas bangun tetapi tiba-tiba dia terduduk semula.

"Abang! Kenapa ni bang? Ya Allah abang!" Natasha jadi kalut melihat Iskandar jatuh terduduk itu. Natasha menghulurkan tangannya kepada Iskandar untuk membantunya berdiri.

Iskandar ketawa dengan keadaan dirinya. Entah kenapa dia boleh lembik lutut. Terlalu kebas kerana meriba Natasha hampir tiga jam barangkali. Tangan Natasha disambut. Kemudian dia perlahan-lahan berdiri. Ya Allah kebasnya.

"Abang Tasha mintak maaf. Tasha tidur tak ingat dunia sampai abang tak boleh berdiri macam ni." Air mata mula bergenangan di matanya. Wajah Natasha diangkat supaya memandang ke wajah Iskandar.

"Sayang. Tak payah minta maaf. Abang cuma kebas sikit je ni. Kejap lagi ok lah tu. Tak mau nangis macam ni. Sebenarnya abang lagi suka Tasha tidur atas abang. Abang boleh tengok mata ni. Abang boleh tengok hidung ni. Abang boleh tengok bibir ni. Boleh usap rambut ni. Boleh pandang cinta abang lama-lama. Tak mau nangis ye sayang." Iskandar memujuk. Jari-jemarinya bergerak selari dengan kata-katanya. Mata, hidung bibir dan rambut Natasha diusapnya lembut.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang