Pre Order novel MY Hubby My Lecturer dibuka mulai sekarang. Cara-cara membuat tempahan ialah:
1) Whatsapp saya di +6013-2574071
2) Pm saya di FB saya www.facebook.com/natasha.mohdzulkifli (Sebaiknya add saya dulu supaya mesej x masuk spam)
8) STOCK ADALAH TERHAD. Digalakkan untuk hubungi saya cecepat.Sekali lagi saya umumkan bahawa MHML hanya akan diupdate sampai ke bab 51 sahaja. Maaf awal2 saya ucapkan kerana tidak akan ada sebarang kompromi lain lagi kerana ini demi keadilan buat pembeli 1057 naskah novel MHML sebelum ni.
Mohon Support membeli novel ni sebab saya nak kawin hahaha.
Iskandar memandang ke sekelilingnya. Semuanya terlalu asing baginya. Salji di merata tempat. Penglihatannya juga kabur kerana silauan matahari yang terpancar dari salji. Matanya dikecilkan sedikit. Dia cuba mengecam persekitarannya. Ada dinding pintu gerbang yang besar. Dan juga pokok-pokok kering. Aku di mana ni? Rasanya macam pernah tengok tempat ni sebelum ni.
Benar. Di sebalik dinding inilah kali pertama dia berjumpa dengan Intan. Masih dia ingat musim luruh tujuh tahun lalu. Waktu dia masih di tahun satu ijazahnya. Hujan yang lebat membasahi bumi membuatkan dia terpaksa berteduh di bawah pintu gerbang itu. Beg galasnya yang mengandungi buku-buku pengajian dan laptopnya dipeluk kuat takut pula jika basah. Kalaulah saja dia ikutkan kata daddy untuk membawa kereta sahaja ke kampus kan senang. Tak adalah dia perlu tersangkut dalam hujan seperti ini.
Hujan di bumi England ini bukanlah seperti hujan di Malaysia. Selalunya tidak digalakkan untuk memakai payung apabila hujan kerana angin selalunya agak kencang apabila hujan. Mereka selalunya lebih suka memakai baju hujan untuk mengelakkan payung terbang dibawa angin. Tetapi masalah yang ada pada Iskandar ketika itu ialah dia langsung tidak mempunyai keduanya. Sungguh dia menyesal kerana menolak tawaran daddy. Kononnya malu keranatahun satu sudah membawa kenderaan sendiri ke kampus. Nanti tak pasal-pasal akan di cop anak orang kaya tak sedar diri.
Bunyi hujan yang turun membasahi bumi memang membuatkan dia hanyut dalam dirinya sendiri. Teringat seorang gadis kecil yang sering menari dalam hujan bila saja hujan turun menimpa bumi. Gadis itu juga yang telah menjadikan dia seorang pluviophile. Iskandar tersenyum sendiri. Sebelah tangannya dihulurkan supaya dapat merasai titisan hujan ke tangannya. Air hujan yang sangat luar biasa sejuknya berbanding Malaysia.
Bukannya dia tidak biasa dengan cuaca di England. Bahkan terlalu biasa. Mummynya kan berasal dari sini. Dia sering berulang alik dari England ke Malaysia. Setakat salji, hujan, panas semuanya sudah biasa dia rasa. Cuma, hari ini dia tak mahu basah dengan hujan kerana esok dia masih ada peperiksaan pertengahan semester yang perlu dia hadapi.
Dalam titisan hujan yang lebat Iskandar ternampak satu kelibat seorang gadis yang berlari ke arah tempatnya berdiri. Iskandar tersenyum kecil. Pasti dia juga mahu berteduh di bawah gerbang ni. Hujan lebat begini sesiapa pun tak akan sanggup meredahnya. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Iskandar berganjak sedikit ke tepi supaya ruang itu lebih luas. Walaupun pada zahirnya ruang itu muat untuk diduduki sepuluh orang.
Gadis yang sedang mengibas-ngibas air di jaket kulit yang dipakainya itu dipandang Iskandar. Kasihan. Habis basah kuyup tudungnya. Iskandar menyeluk saku di jaket kulitnya. Sapu tangan yang sememangnya wajib dibawanya ke mana-mana dikeluarkan.
"Miss. Here you can use this." Sapu tangan itu dihulurkan kepada gadis itu.
"Thank you." Gadis itu segera menyambut sapu tangan yang dihulurkan Iskandar dan mengelap wajahnya yang basah dengan air hujan.
Rasa sejuk yang teramat hanya mampu didiamkannya sahaja. Dia tak biasa dengan cuaca di sini. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di bumi asing. Dia hanyalah dari keluarga yang miskin. Namun berkat dia yang tak pernah berputus asa dan doa dari ibu bapanya dia berjaya menjejakkan kakinya di bumi England ini untuk meraih segulung ijazah demi menaiktarafkan kehidupan keluarganya. Itu azamnya. Dia membuka begnya. Payung kecil di dalamnya dikeluarkan. Kerana payung inilah dia terpaksa meredah hujan.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...