MHML Bab 5

34K 919 16
                                    

Natasha membetulkan duduk simpuhnya. Dari tadi lagi dia sudah menggigil sakan. Gementar bagai nak rak. Walaupun perkahwinannya bukan atas kehendaknya sendiri tetapi sebagai seorang gadis biasa semestinya dia takut untuk menghadapi gerbang perkahwinan. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah ternampak kelibat pengantin lelaki melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumahnya. Ya Allah.. Seramnya!

Iskandar mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke arah tok kadi. Mukanya sehabis boleh ditenangkan walaupun dalam hatinya sedang berperang hebat dengan rasa terpaksa dan tertekan. Terpaksa kerana dia tak mahu mengecewakan kedua orang tuanya dan tertekan kerana dia tidak pernah sukakan Natasha apatah lagi untuk mencintai gadis itu. Mana mungkin!

Iskandar duduk bersila di hadapan tok kadi. Is jangan gelabah Is. Nak akad nikah je pun. Bukannya kau tak berlatih langsung sebelum ni. Relax brader brader relax. Eh ternyanyi pulak. Iskandar memandang ke sekeliling. Semua mata-mata yang ada memandangnya . Jantungnya bagaikan sudah tercabut dari semua urat-uratnya. Ya Allah apa pasallah dia orang semua ni tengok aku macam nak telan? Kenapa tak pernah tengok orang handsome lagi macho nak akad nikah ke? Susah jugak jadi orang terlebih kacak ni. Semua mata sibuk nak pandang.

Tok kadi yang sedari tadi duduk dihadapan Iskandar berdehem sedikit untuk memberi tanda bahawa dia sudah sedia untuk menikahkan Iskandar. Iskandar yang tadinya seakan-akan memikirkan masalah negara tersentak. Segera dia kembali ke kenyataan. Tok kadi yang berada dihadapannya diberi sepenuh perhatian. Nanti tak pasal-pasal tersebar berita pengantin lelaki menjadi gila sewaktu pernikahan. Tak sanggup den!

"Iskandar dah sedia ke?" soal tok kadi. Wajah Iskandar dipandang tepat. Dia tak mahu nanti Iskandar hilang fokus kerana gementar. Kejadian pengantin lelaki gugup sewaktu melafaz akad sudah biasa dia lihat. Jadi kali ini dia tidak mahu kejadian seperti itu terjadi lagi.

"Sudah tuan." Balas Iskandar senada.

"Baiklah kalau macam tu kita mula sekarang ya." Tok kadi bertanya kepada semua yang ada di ruang tamu itu. Semua yang dimaksudkan tidaklah ramai. Yang ada cuma kedua ibu bapa pengantin, Mak Jah dan Pak Samad, beberapa orang saudara terdekat, jiran-jiran dan sahabat baik Natasha, Zuhara atau lebih dikenali sebagai Ara yang sedari tadi kejap menggenggam tangan Natasha yang terlalu gementar.

Eh sekejap! Kawan Natasha? Bukankah aku dah pesan jangan cakap pada sesiapa! Apa ni? Nak kena budak ni. Siaplah dia sekejap lagi. Ke dia dah bagitahu semua orang? Semua orang dah tahu ke? Iskandar semakin gelisah. Matilah dia jika Natasha benar-benar telah memberitahu kepada semua orang.

"Iskandar saya tanya sekali lagi ni. Awak dah sedia ke?" Iskandar ditanya sekali lagi. Risau tok kadi melihat Iskandar yang nampak sangat tak keruan itu. Gementar sangat ke?

Iskandar tersentak bila namanya dipanggil. Lama dia memandang Natasha yang berada tidak jauh darinya. Natasha pula hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi. Jelas sekali Natasha tidak sukakan pernikahan ini. Tapi sepertinya juga Natasha terpaksa. Akhirnya dia menganguk tanda dia sudah bersedia. Tangannya dihulur menyambut tangan tok kadi untuk dijabat.

"Baiklah sebelum tu cuba baca surah al-baqarah ayat 255 yang juga dipanggil ayatul kursi dan doa qunut." Tok kadi itu cuba menguji sama ada Iskandar sudah bersedia untuk menjadi seorang imam kepada Natasha atau tidak. Iskandar pula tanpa banyak soal dia terus membaca surah-surah tersebut tanpa sebarang cacat cela.

"Alhamdulillah nampaknya Iskandar telah bersedia untuk menjadi seorang imam yang baik kepada sebuah masjid yang baru dibina." Kata tok kado itu dengan tenang.

"Iskandar al-Amin bin Adam Nakamura, aku nikahkan dikau dengan Sharifah Natasha al-Jannah binti Syed Firdaus Akhlam dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai" tok kadi mengangkat akad sambil tanggannya dihenjut sedikit setelah sudah dia bersuara.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now