Iskandar tersedar dari lena. Dia membuka mata dan memandang ke sekeliling. Jam di dinding dipandangnya. Baru pukul lima dua puluh. Dah nak dekat azan subuh dah ni. Sejuknya pagi ni. Dia mengeliat perlahan. Nafasnya dihela panjang. Segarnya bau udara masin dari laut. Dari dulu lagi dia memang sukakan bau udara laut. Bau masin tetapi segar. Sangat menenangkan mindanya.
Wajah Natasha yang lena di atas lengannya dipandang lama. Anak rambut yang menutupi wajah itu diselak ke tepi. Dia ingin menatap setiap sudut wajah terindah di hatinya itu. Bulu kening Natasha yang cantik terbentuk dilalukan dengan jari ibu. Dia gemar buat begitu. Natasha terlalu indah buatnya.
Nafas dihela panjang. Ubun-ubun isterinya dikucup dengan penuh kudus. Terima kasih cinta sebab hadir dalam hidup abang. Terima kasih juga sebab sudi menerima abang. Cinta adalah anugerah Allah yang terindah dalam hidup abang.
"Cinta bangun. Dah nak dekat subuh dah ni." Iskandar berbisik perlahan di telinga Natasha.
Sengaja dia mahu menguji Natasha sama ada isterinya itu boleh bangun atau tidak jika dikejut perlahan-lahan. Bukankah selama ini Natasha terkenal dengan tabiat tidur matinya. Sudahlah selalu bangun lambat. Susah pula tu dikejut. Berkali-kali dikejut barulah dia bangun. Kadang-kadang sampai Iskandar terpaksa meninggikan suara. Setiap pagi Iskandar akan mengalami stress sementara waktu kerana melayan Natasha yang susah untuk bangun tidur.
"Hmmmm... dah pukul berapa ni bang?" Natasha merengek perlahan. Matanya dibuka sedikit memandang Iskandar.
Iskandar tersentak. Uishhh... bisik sikit pun dah bangun? Ini betul ke isteri aku ni? Kena sampuk hantu laut ke? Senang sangat bangunnya. Macam tak percaya. Boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah ni. Ke nak kena catat dalam peristiwa terhebat dunia? Dasyat sangat ni. Iskandar menggosok matanya beberapa kali kerana tidak percaya. Musykil sama ada dirinya hanya berkhayal atau betul-betul Natasha sudah terjaga.
"Pu.. pu.. pukul lima setengah." Iskandar pula yang tergagap-gagap menjawab soalan isterinya itu.
"Oh... ok... Tasha mandi dulu."
Iskandar yang masih kelihatan terkedu dipandangnya lagi. Kenapa dia ni. Terkejut apa pagi-pagi buta ni? Muka aku macam Hantu Kak Limah ke? Natasha segera bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Khuatir jika dia benar-benar kelihatan terlalu hodoh sehingga Iskandar kelihatan terkejut memandangnya.
Tapi atas alasan apa dia kelihatan hodoh? Dia bukannya tidur bermake up semalam. Kalau dia tidur bermake up mungkin juga akan terjadi make upnya comot di muka. Tapi semalam dia ingat dia sudah mencuci make up di mukanya. Langkahnya dipercepatkan supaya segera sampai ke bilik air.
Iskandar yang melihat Natasha kelihatan tergesa-gesa ke bilik air tersenyum. Eleh... Malu pasal hal semalamlah tu.
Kekura tangan Iskandar dikucup lama penuh kudus. Rasa insaf menjalar dalam hatinya. Dia menyesal kerana selama ini dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik. Sudah genap lima bulan perkahwinannya dengan iskandar. Bermakna sudah hampir setengan tahun dia menjadi seorang isteri yang sah kepada Iskandar. Tetapi masih banyak lagi kekurangannya sebangai seorang isteri yang terbaik buat suami. Air matanya mula bergenangan di tubir mata.
"Abang, Tasha minta ampun. Tasha tak pernah jadi seorang isteri yang baik untuk abang. Tasha selalu menyusahkan hati abang. Selalu pentingkan diri. Tasha minta ampun atas semua kesalahan Tasha." Natasha bersuara perlahan. Dia terlalu sebak untuk berkata-kata lebih lanjut.
"Cinta abang. Cinta tak perlu minta ampun. Tak ada satu pun kesalahan yang Tasha buat pada abang. Tasha lagi menyerikan dan menyenangkan hidup abang adalah. Setiap hari setiap saat abang bersama Tasha hidup abang terasa sangat indah. Setiap jalan yang abang jalani dengan Tasha abang rasakan seperti diiringi sesuatu yang terbaik dari Allah. Setiap saat kalau boleh abang tak mahu Tasha hilang depan mata abang. Dengan nama Allah. Sayanglah anugerah terbaik dari Allah buat abang. Anugerah terindah buat abang."

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...