MHML Bab 38

18.3K 515 19
                                    

Bunyi sesuatu benda jatuh dari katil dan terus berlari bilik air mengejutkan Iskandar pagi itu. Mimpi kot. takkanlah Tasha nak berlari ke bilik air. Tak tahan nak terkencing ke? Tempat tidur Natasha di sebelah diraba. Eh tak ada. Dia segera terduduk. Tasha ke yang jatuh tadi? Dia ke yang berlari ke bilik air? Comforter yang menutupi kakinya segera diselak ke tepi. Dia ingin ke bilik air juga untuk melihat setuasi Natasha.

Iskandar segera berlari ke bilik air bila terdengar bunyi Natasha yang muntah dengan teruk di dalam bilik air. Tangannya memulas tombol pintu kaca bilik air itu. Dia menarik nafas lega bila pintu bilik air tidak dikunci Natasha. Natasha yang terduduk lesu di tepi mangkuk tandas didekati dengan laju. Mujur lantai bilik air mereka sentiasa dipastikan kering. Kalau tidak mahunya dia tergelincir di dalam bilik air itu.

"Cinta kenapa ni? Ya Allah." Iskandar menjadi kalut bila Natasha kelihatan sangat lemah. Dia segera duduk di belakang Natasha dan menyandarkan isterinya itu di dadanya. Sungguh dia tak pernah melihat Natasha selemah itu.

"Tak tahu. Tasha rasa tak selesa tadi macam ada benda tersekat di kerongkong. Tasha bangun tapi terjatuh dari katil lepas tu Tasha ke bilik air.... Uweek!" belum sempat Natasha menghabiskan kata-katanya sekali lagi dia termuntah.

Iskandar pula tanpa rasa geli menadah tangannya supaya muntah Natasha tidak terpercik ke atas lantai. Paip air segera dicapainya dan tangannya lincah membersihkan mulut Natasha yangmasih lagi mendekatkan wajahnya ke mangkuk tandas. Kasihannya dia. Kenapa sampai jadi macam ni. Salah makan ke? Semalam masa makan di restoran tu makanan dia tak bersih ke? Tapi aku tak ada apa-apa masalah pun. Aku makan benda yang sama juga.

Iskandar memapah perlahan Natasha keluar dari bilik air. Natasha yang berwajah pucat didudukkan di atas katil. Dia menggosok-gosok belakang badan isterinya yang masih lagi kelihatan tidak selesa itu. Jam di dinding dipandang sekilas. Masih awal lagi ni. Baru pukul empat lima puluh. Iskandar menuangkan air dari dalam jag di meja tepi ke dalam gelas dan memberikan air itu kepada Natasha supaya boleh menghilangkan rasa perit di tekak akibat muntah yang teruk tadi.

"Baring cinta. Abang urutkan sikit kepala. Tasha tidur dulu. nanti azan subuh abang kejut solat. Tidur sayang." Iskandar mengusap kepala Natasha yang berada di atas ribanya. Surah al-Fatihah dibaca berulang kali dengan harapan kesakitan Natasha akan beransur baik.

Natasha menyalami tangan Iskandar usai sahaja mengaminkan doa yang dibaca Iskandar. tangan Iskandar yang memapahnya ke atas katil digenggam erat. Lega sedikit rasa ingin muntahnya tadi setelah bersolat. Entah apa yang tak kena pada dirinya pagi ini sehingga dia muntah dengan teruk dan lemah seluruh badan. Rasanya semalam dia tak ada makan apa-apa yang salah.

Semalam aku cuma makan tom yam campur macam biasa. Takkan lah kerana makan tom yam campur aku muntah macam ni sekali. Tak pernah seumur hidup aku alergi dengan tom yam campur. Ke sebab aku pergi sental Iced Mocha sekaligus dengan tom yam tu. Sampai perut aku tak boleh terima kombinasi dua benda tu. Aneh betul!

"Cinta rehat dulu. Abang siapkan sarapan. Hari ni tak payahlah ke kelas ye sayang. Baru hari pertama."

Telekung di kepala Natasha dibuka. Kepala isterinya itu diusap perlahan. Natasha mencapai tangannya dan memeluk lengan itu. Sengaja mahu bergantung sebentar di lengan itu.

"Tak mahu. Tasha dah ok dah. Tasha nak pergi class. Hari ni kan hari pertama semester." Rayu Natasha. jari tenlunjuknya dilalukan perlahan di bawah bibir Iskandar. Seperti biasa. Cara baru untuk memujuk suaminya.

"Tapi kalau sakit nak muntah lagi nanti macam mana sayang?"

"Tasha janji kalau Tasha rasa tak sihat Tasha terus call or text abang. Janji. Ara kan ada. Dia boleh jaga Tasha. Jangan risau ye."

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now