MHML Bab 22

27.9K 897 21
                                    

Kereta dipakir di tempat letak kereta. Iskandar memandang ke sekeliling. Ok. Tak ada orang. Line clear. Canteek.. Nasib baiklah di universiti ini tempat letak kereta pensyarah terlindung dari pandangan orang luar dan cermin kereta Iskandar juga bertinted hitam gelap. Dapat melindungi siapa di dalam kereta dari pandangan orang luar. Kalau tidak pasti hal dia dan Natasha akan terbongkar dengan mudah.

Bukannya dia malu untuk memberitahu umum tentang perkahwinannya dengan Natasha tetapi dia takut jika itu akan mengganggu pelajaran Natasha. Kalau dulu mungkin dia akan malu. Tetapi sekarang dia berbangga memiliki Natasha. Gadis tercantik dan terbaik buatnya. Tiada yang lain hanya Natasha.

"Alhamdulillah dah sampai. Seramlah saya nak ambil exam ni. Tak tahu nak baca doa yang mana satu. Risaunya saya....." Natasha merengek tak keruan.

Semua benda rasanya tak kena pagi ni. Rasa takut untuk menghadapi peperiksaan menghatuinya. Bukannya dia tak biasa menghadapi peperiksaan tetapi inilah kali pertama dia menghadapinya tanpa kedua ibu bapanya. Sebelum ini mereka yang akan menemaninya sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Jadi kali ini dia berasa tidak ada keyakinan seperti biasa. Perasaan gementar mengusai dirinya.

Perutnya yang rasa bergolak diusap perlahan. Sabarlah perut. Jangan buat hal. Nak gementar pun janganlah sampai kau sakit bersama. Aku takut ni.

"Yang." Iskandar memontong percakapan Natasha.

"Yang mana?' Natasha masih lagi menunduk menatap notanya. Tak sanggup rasanya membuang sesaat pun untuk memandang wajah Iskandar. Biarkan dia.

"Yang." Sekali lagi Iskandar bersuara.

"Yang mana satu?" Natsaha menjawab geram pula dia bila Iskandar bersuara satu persatu begitu.

"Apa yang mana satunya?"

"Iyalah doa yang mana satu?"

"Apa kena mengena dengan doa pulak ni?" berkerut dahi Iskandar. Apa pulak kena mengena dengan doa ni? Rasanya tadi tak ada sepatah pun aku sebut tentang doa.

"Tadi kan saya tanya nak baca doa yang mana satu. So yang mana?"

"Laaa... Ya Allah... Natasha. Yang tu stand for sayang lah. Saya panggil awak sebenarnya." Dagu Natasha diangkat memandangnya. Itulah orang cakap dengan dia dia sibuk menatap buku. Kan dah tak faham apa orang cakap.

"Oh... Ok.. key..." Natasha menjawab kepelikkan. Dah kenapa dia ni? Seribu kerutan muncul di dahinya. Haii la Natasha selalu sangat kerutkan dahi macam ni habislah berkedut muka sebelum tua.

"Meh sini saya bagi support."

"Ini untuk ketenangan" Iskandar menarik Natasha dalam pelukannya dan mengusap perlahan belakang Natasha.

"Ini untuk keberanian" Iskandar mencium kudus dahi Natasha.

"Ini untuk mata yang telus" Mata Natasha dikucup keduanya.

"Ini untuk rasa nafas yang lapang." Pucuk hidung Natasha dikucup lembut.

"Ini untuk rasa cinta." Bibir Natasha disatukan dengan bibirnya. Lama. Matanya dipejamkan rapat. Rasa kasih, cinta dan sayang kepada Natasha tertumpah semuanya.

Biarkan semua rasa itu menjadi satu. Biarkan Natasha tahu akan perasaannya. Rama-rama yang dulunya gugur kini berterbangan semula. Matahari yang dulunya suram bersinar terang menerangi dua insan yang bertaut hati dan perasaan. Sama-sama meraikan rasa cinta yang Iskandar curahkan buat Isterinya. Menyebarkan rasa suci buat isterinya. Iskandar melepaskan Natasha perlahan-lahan. Wajah terkejut isterinya itu dipandang. Iskandar tertawa kecil. Comel sungguh!

Mendengarkan Iskandar ketawa Natasha seperti tersedar dari khayalan. Mukanya merah padam menahan malu. Ya Allah. Kenapalah aku tak melawan? Mesti dia ingat aku syok dekat dia. Natasha segera mengemas semua bukunya dan bersedia untuk keluar dari kereta. Ah! Kalut! Dan dia terus berlari memasuki dewan kuliah. Iskandar yang sedang ketawa langsung tidak dipandangnya.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now