MHML Bab 51

20.6K 514 19
                                        

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SUDAH TIBA BAB 51!!!! Dah last update dah.

Jadi kalau anda nak tahu ending cerita ni sila dapatkan Novel My Hubby My Lecturer yang sudah ada ready stock.

Kepada yang masih berminat untuk order silalah pm saya di fb saya (facebook.com/natasha.mohdzulkifli) atau whatsapp saya di no +60132574071.

Harga novel ialah RM37 termasuk postage ke SELURUH MALAYSIA.

Kalau anda di Brunei anda bolehlah wssp Dinah Novel +6738159523
Dan kalau anda di Singapura anda boleh wssp +6593211209
Insha Allah anda akan dapat novel ni tanpa kos pengeposan yang boleh cecah lebih dari harga buku

Buku ni mengandungi 56 bab + 1 bab epilog bersamaan 450ms. Bermaksud novel yang anda akan order tu sampai habis ceritalah.. Insha Allah stock saya masih ada. Tapi sangat terhad dan susah untuk saya ulang cetak lepas ni

Harap maaf kalau saya tak sempat/lambat jawab pertanyaan anda. Saya tak menang tangan uruskan seorang diri. Tapi Insha Allah akan jawab secepat mungkin.

Terima kasih kerana setia menanti sampai beberapa bulan. Segala salah silap saya mohon anda maafkan.

Supportlah novel ini kerana saya nak sambung MBA dan nak kawin muehehehe..

LEPAS NI MEMANG DAH TAK ADA UPDATE DAH YEEE!!!!


Kau isteri orang? Hahaha... jom ikut aku!" Haikal menarik tangan Natasha kasar melangkah masuk ke dalam vila. Entah bagaimana dia tahu segala selok belok vila itu Natasha tidak pasti.

Natasha cam arah yang dituju itu. Itu arah menuju ke bilik bawah tanah. Natasha terus menerus meronta-ronta minta dilepaskan. Dia ingin mendapatkan Mak Timah dan Pak Ali. Mereka mesti selamat. Dia sudah tidak mahu kehilangan sesiapa lagi. Dia tak sanggup...

"Argghh..." Natasha menyerengai sedikit apabila dia ditolak kasar ke tepi dinding di dalam bilik itu. Haikal mengikat tangannya kasar ke belakang badannya itu. Mulutnya pula ditampal dengan pita pelekat. Kemudian meninggalkan dia dan menuju ke arah gramophone yang berada di atas meja dan memainkan sebuah lagu dengan perlahan.

Mata Natasha melingas ke sekeliling. Nampaknya Haikal sudah lama berada di sini. Beberapa helai pakaian berada di dalam bilik itu. Terdapat secawan kopi berada di sebelah gramophone itu dan gambarnya bersepah di atas lantai. Bagaimanakah Haikal tahu dia akan ke sini dia tidak pasti.

"Kita telefon suami kau. Kita tengok dia kata apa. Kau isteri dia kan?" Haikal mengambil telefon bimbit Natasha di atas meja dan mendail nombor telefon Iskandar yang sudah dihafalnya lama dahulu. Butang loud speaker ditekannya supaya Natasha turut mendengar perbualannya dengan Iskandar. Dua kali deringan panggilan disambut.

"Assalamualaikum Cinta." Suara itu bergema setiap sudut. Natasha meronta-ronta untuk menjawab panggilan Iskandar itu namun suaranya terhalang oleh pita pelekat itu.

"Cinta." Iskandar memanggil lagi.

Haikal tersengih memandangnya. Kemudian mendekatinya dan pita pelekat itu direntap kasar.

"Arghhh!!!!" Natasha menjerit kuat menahan kesakitan di pipi dan mulutnya akibat pita pelekat itu direntap kasar. Kemudian pita itu dilekatkan semula. Haikal menggoyang-goyangkan telefon bimbit di hadapan matanya tanda mengejeknya yang tidak dapat menjawab paggilan Iskandar.

"Tasha! Tasha! Hello! Tasha! Tasha kenapa ni! Hello! Apa yang dah jadi Cinta? Tasha!" Lagi suara Iskandar menjerit kalut dari sebelah sana. Air mata Natasha mengalir deras. Abang... Abang... Jeritnya yang sememangnya tidak berbunyi kerana terhalang dengan pita pelekat.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang