MHML Bab 21

29K 894 9
                                        

"Is. Malam ni sahur nak makan apa?" Natasha mengangkat muka dari buku. Penat pula seharian menatap buku.

Iskandar benar-benar menderanya. Dari celik mata pagi tadi sampailah sekarang pukul empat petang dia dipaksa belajar tanpa henti. Dia cuma diberi peluang untuk berhenti ketika waktu makan dan solat sahaja. Sehinggakan nak ke tandas pun kena bersoal siasat dahulu. Memang mengalahkan Adolf Hitler cara mengajar yang Iskandar praktikkan. Iskandar Kejam!

"Apa tadi? Tak dengarlah." Iskandar meletakkan jari kelengkengnya di dalam telinga konon-kononnya mengorek telinga supaya lebih jelas pendengarannya.

"Awak nak makan apa sahur nanti? Itu pun tak dengar ke?" Ok dia ni memanglah suka bebenor menaikkan suhu kemarahan aku. Dah la dari pagi tadi dera aku suruh study macam nak ambil exam dekat Harvard. Penat Tau! Buku di hadapannya diselak kasar. Geram sangat dia dengan perangai Iskandar yang tak habis-habis membulinya dari pagi tadi.

"Tak yang part panggilan nama tu tadi. Tak dengar dengan jelaslah. Apa tadi?" Iskandar yang tadinya berjalan kehulu ke hilir duduk di kerusi di sebelah Natasha.

Niatnya nak mengenakan Natasha yang sedang tertekan itu. Dia suka melihat wajah Natasha yang kemerahan apabila marah. Terlalu indah bila dipandang. Sebenarnya pada Iskandar bila-bila masa pun Natasha memang terlalu cantik baginya. Sejak pertama kali dia berjumpa dengan Natasha lagi. Kenangan pertama kali bertemu Natasha terlayar kembali di mindanya.

"Encik. Pelawat tak boleh parking disini. Parking untuk pelawat kat sebelah sana." Natasha menegur Iskandar yang baru sahaja turun daripada keretanya. Iskandar memandang sekilas ke petak parkingnya sebelum membuka cermin mata hitam di matanya.

"err.. sorry sir. But you can't park your car here. The visitor's parking is over there. You can see the signboard up there." Natasha yang menyangka Iskandar ialah orang putih segera menukar bahasanya.

Sangkanya Iskandar bukanlah orang Malaysia. Memandangkan wajah Iskandar yang lebih mewarisi darah inggeris ibunya. Mungkin pelajar antarabangsa tetapi kereta yang dipakai Iskandar bukanlah kereta biasa-biasa. BMW Z4 bukanlah kereta biasa-biasa yang senang dimiliki. Tak takut ke nanti tak pasal-pasal kena sound dengan pak guard sebab parking di tempat penyarah.

"But I'm in rush. I'll park my car elsewhere offing. Thank you for the info." Iskandar segera meninggalkan Natasha yang sedang tercengang dengan kelakuan Iskandar itu.

Sebenarnya Iskandar sudah terlambat untuk melapor diri dan ke kelas pertamanya. Semuanya disebabkan dia tersesat jalan untuk masuk ke universiti. Susah juga bila tak biasa dengan jalan. Tujuh tahun di Cambridge membuatkan dia rencam jalan. Bukannya dia tidak pulang langsung ke Malaysia sepanjang waktu itu. Tetapi selalunya bila dia pulang dia akan dihantar kemana-mana tempat yang dia tidak tahu jalannya oleh Pak Samad yang menghantarnya. Inilah susahnya apabila tidak buat survey dahulu sebelum datang. Akhirnya dia juga yang tersesat dan terlewat.

Selesai melapor diri dia segera melangkah ke kelasnya yang sepatutnya dimasuki. Ketika itulah dia terlanggar Natasha yang sedang minum air di tepi mesin air segera. Habis basah seluruh baju Natasha dengan air Mirinda strawberry ditangannya.

"Sorry sorry miss. Saya tak sengaja." Iskandar memohon maaf beberapa kali.Wajah Natasha yang hampir menangis itu dipandang lama. Ah! Inilah perempuan di parking lot tadi.

"Habis basah baju saya." Natasha bersuara perlahan. Ya Allah malunya. Sudahlah bajunya itu bewarna putih. Mujur dia berhijab kalau tidak pasti dadanya yang basah dengan warna merah akan kelihatan dengan jelas. Tetapi memikirkan dia ada lagi dua kelas selepas ini rasa ingin menangis semakin menyerbu.

"Eh.. eh.. tak mau nangis. Cik saya ganti baju awak. Jangan nangis." Iskandar menjadi kalut apabila melihat air mata Natasha menitis setitik demi setitik. Apa aku nak buat ni?

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang