"Sayang jom." Iskandar memeluk Natasha dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu Natasha.
Natasha yang sedang membaca novel The Notebook menutup buku itu. Iskandar dipandang dari sisi. Kalau dulu mungkin dia akan menepis dan menolak Iskandar. tapi sejak semalam dia berazam dia akan belajar menerima Iskandar dan menurut kata hatinya yang juga cintakan Iskandar. Walaupun secara perlahan-lahan dia akan cuba.
Iskandar menengih lebar bila Natasha tidak menepisnya. First time nih Natasha tak menolak. Dalam hatinya berjuta rasa syukur dipanjatkan kepada Allah. Rasa hatinya sekarang seperti ingin berlari kelililng padang sambil mengibarkan bendera Malaysia. Punyalah suka.
"Nak pergi mana?" Natasha menyoal. Iskandar memabg terkenal dengan jom tiba-tibanya itu.
"pergi cari baju rayalah sayang. Kita kan nak raya lagi seminggu. Satu benda pun kita tak cari lagi."
Pipi Natasha dikucup sekali. Kalau tak lepas laku tu bukan Iskandarlah namanya. Natasha pula hanya membiarkannya. Tak kuasa nak melarang.
"Nak cari kat mana?"
Iskandar bangkit dari belakang Natasha dan duduk di sisi Natasha. Natasha ditarik kedalam pelukannya biar menyandar didadanya. Dia mahu setiap masa Natasha berada di dalam pelukannya. Tak kiralah lenguh pun tak apa. Dia sanggup.
"Butik Salman nak? Abang setiap tahun memang buat kat situ."
"Lah kenapa nak membazir pergi tempat mahal-mahal. Baju melayu bukannya abang pakai selalu pun. Jumaat je sekali abang pakai kan. kita pergi tempat special. Tapi no complaint."
Iskandar terkedu. Natasha memanggilnya 'abang'. Natasha memanggilnya 'abang'. Ya Allah. Dia terharu dan berasa sebak. Pertama kali Natasha memanggilnya begitu. Adakah bermakna Natasha telah menerimanya. Pelukannya diketatkan. Biar hangat tubuh Natasha memberitahunya bahawa dia tidak bermimpi. Dia ingin merasakan denyutan nadi Natasha biar bersatu dengannya. Ubun-ubun Natasha dicium kudus. Lama. Natasha tahu itu. Dia tahu apa yang dialami Iskandar sekarang. Dia hanya mampu tersenyum dan merelakan dirinya di dalam pelukan Iskandar. dia selesa egitu.
"Pergi mana sayang?" Iskandar menguak rambut Natasha yang menutup mata.
"Rahsia. Jom pergi siap cepat. Siapa yang lambat siap malam ni tidur luar." Jari telunjuk diletakkan di bibir dan dia terus berlari naik ke atas untu bersiap. Tak ada maknanya Natasha nak tidur kat luar. Dah terbiasa setiap malam tidur dalam pelukan iskandar. Tak mungkin dia sanggup.
Iskandar memandang ke sekeliling. Lot parking yang biasa. Keadaan yang sesak dengan ramai manusia. Kedai yang berjualan pelbagai benda. Eh. Ada pengemis lagi tu duduk tepi kaki lima. Tempat apalah ni?
"Sayang apa kita buat kat sini?" Soal Iskandar. matanya memandang tepat Natasha yang sedang tersenyum nakal. Nak beli apa kat sini?
Natasha membetulkan selendang yang berada di kepalanya. Bibirnya tersngih lebar. Suka dia mengenakan Iskandar begini. Itulah jadi anak orang kaya sangat. Bila datang tempat-tempat biasa macam ni dah macam monyet masuk kampung eh betul ke peribahasa tu?
"Kita nak belibaju rayalah abang. Hari ni panas sikit. Abang tahan sikit ye."
Natasha meletakkan tangannya di pipi Iskandar. Aengaja mahu menenangkan hati Iskandar supaya Iskadnar tidak marah dibawa ke sini. Sebenarnya taka da apa yang salah dengan Jalan Tengku Abdul Rahman, Cuma orang yang biasa hidup dengan barangan serba berjenama seperti Iskandar mana pernah menjejakkan kakinya ke tempat-tempat sebengini. Panas, sesak dengan ramai orang, terlalu banyak gerai, tempat yang mungkin tidak bersih bagi Iskandar tetapi pada Natasha biasa saja. Nama pun tempat awam tempat tumpuan ramai. Memanglah begini keadaannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...