Ya Allah mana pulak dia ni. Tak nak balik ke? Dah pukul lima petang ni. Jalan jam nanti pukul berapa nak sampai rumah? kat manalah dia ni? Dah dekat satu fakulti aku round. Lepas habis kelas tu duduk ajelah setempat tak payah merayap. Teruk betul! Sudah lah hujan lebat macam ni. Dah basah kuyup aku jadinya. Kalau aku demam kali ni. Siap dia! Aku dera teruk-teruk.
Iskandar memandang ke sekeliling. Pandangannya kabur kerana hujan terlalu lebat .Harapannya dia akan ternampak kelibat Natasha di mana-mana. Tetapi hampa. Sah percubaannya kali ke entah ke berapa dia juga tidak pasti tidak berhasil. Entah ke mana Natasha pergi. Sepatutnya mereka akan pulang bersama selepas kelas. Itu pesannya pagi tadi kepada Natasha. Tapi sejak pukul empat petang tadi dia mencari Natasha tetapi masih tidak ada juga. Sudahlah dia terpaksa meredah hujan untuk ke laman kerana dia khuatir jika Natasha terkandas di pondok belajar yang selalu Natasha duduk apabila menunggunya untuk pulang. Namun usahanya itu ternyata sia-sia kerana tidak ada sesiap di pondok itu.
Batang hidung Natasha yang mancung itu pun langsung tak kelihatan. Pelik betul. Nak telefon, dia segan. Sudahnya hampir satu fakulti dia jejaki untuk mencari Natasha. Rambutnya yang basah kuyup dikibas-kibas beberapa kali dengan harapan tidak akan menjadi terlalu basah. Tapi memang tak dapat nak kering pun sebab memang dia sudah basah kuyup seluruh badannya.
Manalah dia ni. Padahal kelas habis pukul tiga. Sekarang dah pukul lima. Merayap ke mana sampai dua jam? Dia ni memang menduga keimanan betullah. Marah karang menangis. Buntu kepala aku nak cari dia kat mana. Hummm.. Tak boleh jadi ni. Kalau aku tunggu juga kat sini mau panjang macam zirafah tengkuk aku nanti sebab terjenguk-jenguk tengok dia. Telefon ajelah Is. Tak mati pun kau kalau telefon dia. Tak ada lagi dalam rekod orang mati sebab telefon orang.
"Hello. Natasha al-Jannah. Awak kat mana? Saya cari awak dari tadi. Dah pukul lima ni. Tak reti nak balik ke? Awak kat mana ni?" seperti biasa ayat yang keluar dari mulut Iskandar pastilah bertubi-tubi.
"Kat rumah" Natasha menjawab sepatah.
"WHAT? You are at home and I'm waiting for you like a stupid here? Bila awak balik ni? Kenapa tak bagi tahu saya? Balik dengan siapa?" Suhu kemarahan Iskandar naik tiba-tiba. Boleh dibuatnya dia balik. Aku kat sini kuyup mencari dia. Dia boleh balik. Dia ni sengaja menduga aku ke apa ni?
"Dengan Pak Ali." Sepatah lagi.
Wah! Dia ni memang teringin nak mencetus perang dunia ke? Melampau!
"Kalau dah balik kenapa tak bagitahu saya? Saya dah kata kan pagi tadi. Tunggu saya kalau nak balik. Awak tu dah la tak sihat betul-betul lagi."
"Sorry." Belum sempat Iskandar membebel panjang Natasha telah memotong percakapnnya lalu memutuskan talian.
Iskandar memandang lama ke skrin telefon. Err.. sekarang ni aku yang marah ke dia yang marah?
Kedengaran bunyi kereta memasuki garaj. Natasha pasti itu ialah Iskandar. Mesti mengamuk kejap lagi tu. Lantak dialah. Masa marah-marah aku ada dia fikir aku punya mengamuk. Meh sini aku nak tunjuk sikit siapa yang juga ada hati kat sini. Sesedap rasa dia je nak marah orang aku tahulah aku ni appa yilek. Amma yillek. Tapi tak payahlah nak marah-marah. Natasha meneruskan pembacaannya. Tak kuasa nak layan orang macam tu.
"Assalamualaikum." Iskandar memberi salam.
"Walaikumusalam." Jawab Natasha sepatah.
Matanya masih lagi di novel kegemarannya My Precious Iris karya Melur Jelita novel sinambungan dari I Love You Stupid. Dulu dia harapkan suaminya ialah lelaki seperti Firman Ebrahim di dalam novel tersebut. Lelaki yang sangat baik. Tinggi imannya. Sangat bertanggungjawab. Lembut hatinya. Penyayang. Dan kreditnya ialah sangat kacak dan mempunyai mata yang tersangat indah. Tetapi akhirnya impiannya musnah apabila Firman yang diharapkan tetapi Kim Joo Won lakonan Hyun Bin dalam Secret Garden yang sentiasa menyakitkan hatinya. Persamaan yang ada antara Iskandar dan Firman pujaan hatinya itu cuma ialah matanya yang tersangat indah.

YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
RomansSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...