MHML Bab 15

28.5K 816 12
                                    

"Assalamualaikum. Tasha mummy nak tidur rumah Tasha boleh tak? Daddy pergi ke Alsace, France. Jadi mummy bosan nak duduk rumah sorang-sorang. Mummy duduk rumah kau orang seminggu ni boleh?" suara Datin Rose kedengaran di corong telefon. Nak duduk rumah ni? Natasha menelan air liur. Aku dan Is? Ya Allah!

"Err.. tapi mummy kami selalu tak ada kat rumah. Tasha dengan abang selalunya ada dekat kampus sepanjang hari. Mesti mummy bosan masa kami tak ada." Natasha cuba memberi alasan. Tangannya yang tadi laju menulis esei terhenti.

Kalau mummy betul-betul nak duduk sini. Mau jadi cempedak goreng aku nanti. Tak nak lah aku kena duduk sebilik dengan Is. Tapi kalau tak duduk sebilik nanti mummy kata apa? Waduh-waduh pening kepala aku nih. Hah kan dah sampai cakap indon aku ni.

"Eh tak apa. Sekurang-kurangnya bila malam kamu berdua ada. Tak adalah mummy bosan sangat sorang-sorang. Boleh ye? Malam ni lepas isyak mummy sampai. Bye." Tut.. tut... talian dimatikan. Aku tak cakap setuju lagi pun. Mummy... waaaa!! Natasha meletakkan telefonnya di atas meja. Dia segera berlari ke bilik Iskandar.

" Is! Is! " Natasha tercungap-cungap walaupun jarak antara biliknya dengan bilik Iskandar bukanlah jauh pun. Buka saja pintu jumpa pintu bilik Iskandar. Tapi dah namanya pun orang jarang bersenam. Berlari sikit saja dah macam berlumba lari dengan Usain Bolt.

Iskandar yang sedang khusyuk menonton filem seram Apartment 1013 terjerit kuat bila Natasha tiba-tiba muncul di depannya. Dia ni. Mujur tak gugur jantung aku. Dah la rambut panjang macam tu. Eish! Hilang macho aku yang handsome ni. Buat malu aku je dia ni. Satu hari aku kena suruh dia potong rambut dia tu. kalau selalu-selalu macam ni. Mau awal dia jadi janda nanti.

"Eh Kenapa Is?"Natasha turut terkejut apabila Iskandar menjerit kuat begitu. Dia tidak tahu kemunculan dia disitulah yang menjadi punca Iskandar terkejut tadi.

"Awak tiba-tiba muncul. Saya terkejutlah." Tangannya diletakkan di dada untuk melegakan jantungnya yang berdegup kencang.

"Hehe sorry. Sorry." Natasha tersengih menunjukkan giginya yang putih bersih.

"Humm ada apa ni kelam kabut semacam saya tengok." Soal Iskandar setelah degupan jantungnya kembali tenang.

Natasha meletakkan ibu jarinya di bibir tanda dia berfikir. Tabiat Iskandar yang ditirunya. Memang selama ini dia perasan jika Iskandar sedang berfikir pasti ibu jarinya diletakkan di bibirnya. Dan perlakuan itu telah menyebabkan Natasha terikut-ikut dengannya. Lama Natasha berfikir apa yang dia ingin sampaikan kepada Iskandar. Semuanya yang ingin ida sampaikan tadi hilang apabila mendengar jeritan Iskandar. Apa ye? lupa lah pulak. Hah! Mummy nak datang!

Natasha segera mendekati Iskandar yang sedang duduk di sofa dan duduk di sebelahnya. Iskandar memandang Natasha dengan pelik. Apahal dia ni? Ada masalah besar ke? Assignment susah nak buat ke? Kucing jiran yang suka datang melepak kat sini beranak ke? Gelisah semacam je aku tengok dia ni.

"Is kita ada masalah besar ni."

"Masalah? Masalah apa yang kita ada? Bil elektrik tak bayar ke? Jangan risau semalam saya dah pergi bayar dah"

"Eish ada pulak ke situ. Ni. Tadi mummy call saya dia cakap dia nak tinggal kat sini seminggu. Matilah kita Is." Natasha memberi penerangan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah kenapa terasa seperti ada sejuta kutu yang sedang menari-nari di atas kepalanya.

"Mummy? Tinggal sini? Seminggu?"

"Yup" Iskandar membeliakkan matanya. Wajah Natasha yang kelihatan yakin itu menunjukkan bahawa dia tidak bergurau. Air liur yang ditelannya terasa kesat.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now