"Sebab tu lah mummy cakap sayang. Kalau orang melayu yang masak rendang ni memang rasa dia sedap luar biasa. Air tangan orang melayu tu sendiri yang jadikan rendang ni sedap. Padahal dah berpuluh tahun sejak kahwin dengan daddy lagi mummy dah belajar masak rendang tapi tak juga rasa sedap macam yang orang melayu masak. Dah banyak kali mummy try tak jadi juga. Nasib baik mummy dapat menantu yang cantik dan pandai masak macam Tasha ni. Bangga mummy." Datin Rose memuji Natasha melambung-lambung.
Natasha tersipu mendengar pujian itu. Bukannya dia bannga. Cuma dia berasa senang ibu mertuanya suka dengan masakannya. Tidaklah nanti dia tidak senang hati jika ibu mertuanya tidak menyukai masakannya. Dia kan mahu menjadi menantu kesanyangan.
"He he he... tengoklah siapa suaminya. Penat tau semalam Is kena dera dengan Tasha kacau rendang. Habis tangan Is yang handsome ni kena percik dengan rendang tu. Tengok ni. Tengok." Iskandar menyelak lengan baju melayunya. Sengaja mahu mengadu dia dibuli Natasha,
Sebenarnya salah dia juga semalam sibuk mengajak Natasha ke Tesco sampai ke tengah malam. Kan dah kena dera mengacau rendang. Iskandar kan tinggi. Tangannya tentu lebih panjang. Jadi tentulah dia calon yang terbaik untuk didera mengacau rendang untuk mengelakkan rendang itu hangit. Iskandar kan hero.
Natasha mencebik. Dasar anak manja! Kena buli sikit pun nak mengadu. Semalam dia juga yang setuju. Kalau tak nak buat cakaplah. Aku boleh buat sorang-sorang. Salah siapa nak berjalan sampai ke tengah malam? Konon-konon kata tak ada benda nak beli tapi sampai penuh satu troli juga dia borong. Semua benda merepek dia nak beli. Macamlah aka nada orang datang rumah kita orang nanti.
"Eleh. Abang yang volunteer semalam mummy." Natasha membela diri.
"Biarkan dia rasa. Dia kan suami. Kenalah tolong isteri. Tak kesian ke nanti kalau tengok tangan isteri Is yang putih melepak ni pulak yang merah-merah kena percik? Kata sayang isteri. Kalau tak sayang hantar Tasha balik sini. Boleh duduk dengan mummy je." Datin Rose membela Natasha.
Natasha menekup mulutnya menahan tawa. Cepat-cepat ketupat yang semakin habis di dalam mangkuk dipotongnya lagi. Rasa nak ketawakan Iskandar yang sedang membuat muka begitu kuat sekali. Tahan Tasha. Tahan.
" Biar Tasha duduk dengan mummy? No and Nahiii... Siapa kata Is tak sayang isteri Is. Is cuma nak tunjuk tangan Is kena percik je. Pandai-pandai je mummy ni tuduh orang kan daddy." Iskandar cuba mendapat pembelaan dari Datuk Adam yang sedang khusyuk membaca akhbar di IPadnya sambil makan.
Datuk Adam mengangkat muka dan memandang Iskandar. Dia mengerutkan dahi dan meletakkan jari ibunya ke bibir tanda dia berfikir. Natasha tersenyum memandang cara itu. Like father like son. Berkerut-kerut dahi Datuk Adam berfikir.
"Well... still. I'm voting for liberal. Sorry son." Bahunya diangkat tanda dia tidak mahu masuk campur. Kemudian kembali menatap IPadnya. Datin Rose tergelak besar.
"See. So sayang isteri ke tak ni? Kalau tak mummy pinjam Tasha hari ni." Datin Rose mengusik.
" Sayanglah mummy! Sayang sangat-sangat! So no pinjam-pinjam."
Iskandar segera menarik Natasha yang sedang memotong ketupat itu dekat kepada dirinya. Kelakuannya itu menyebabkan semua yang ada di meja makan itu mentertawakannya. Kelakar. Macam budak kecil kena curi gula-gula. Perangai Iskandar langsung tidak melambangkan siapa dia dan apakah kerjayanya. Tak kena dengan diri.
Ada ke nak pinjam isteri aku? Dah tu aku ni macam mana? Duduk rumah macam kera belacan sorang-sorang? No way! Natasha dipandangnya. Senyuman paling kacak diberikan kepada isterinya itu. Sayang milik abang je tau.
(Teet Teet Teeet nak iklan sikit.. Novel My Hubby My Lecturer ni dah dibukukan.. dalam tu macam2 suspense ada... kita x tau siapa yang berdengki.. kita x tau siapa yang jahat.. happy ending ke?Natasha meninggal ke? jadi kalau anda nak dapatkan MHML.. dan mcm saya ckp awal2 lagi.. saya x akan update smpai habis di wattpad ni.. jadi anda bolehlah pm saya di fb saya www.facebook.com/natasha.mohdzulkifli.. pssstt.. Buku ni x ada di kedai tau.. dan sangat limited edition sbb ada lebih kurang 50buah saja lagi.. so.. babai mucuk2.. till we meet again xoxo)

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...