"Mummy suka betul kamu berdua datang sini. Semalam mummy cakap dengan daddy kalau Is dengan Tasha tak datang lagi hari ni mummy dengan daddy pergi rumah kamu berdua. Mummy ni dah tak tahan dah rindu dengan Tasha."
Datin Rose menyendukkan lauk kari ketam kegemaran Natasha ke dalam pinggan Natasha. Tadi selepas Iskandar memberitahunya bahawa mereka akan datang berbuka puasa dia segera menyuruh Pak Samad untuk membeli ketam kerana dia tahu Natasha memang gemarkan Ketam masak kari. Nasib baik masih ada ketam di Tesco tadi.
"Alah. Tasha je? Is ni mummy tak rindu ke? Tengok mummy ni dah tak sayang abang dah sayang."
Iskandar mencebik konon-konon merajuk. Natasha disebelahnya dicuit. Bila Natasha memandangnya dia membuat aksi ingin menggigit Natasha. Natasha tersedak sedikit apabila diperlakukan begitu. Iskandar cepat-cepat menghulurkan air dari cawannya kepada Natasha. Dia ni nak menggatal pun janganlah depan mummy dengan daddy. Buat malu aje.
"Taklah mummy tak rindu pun kat Is. Daddy pun tak rindu kan daddy? Mummy rindu dekat Tasha je." Datin Rose sengaja mengusik Iskandar lagi. Eleh nak cemburu konon. Datuk Adam mengangguk laju. Menyokong sepenuhnya kata-kata Datin Rose itu. Seronok dia melihat kegembiraan yang mereka alami sekarang.
"Haa.. dengar tak abang? Mummy tu rindu kat Tasha je. Kat abang mummy tak rindu pun." Natasha sengaja menambahkan lagi rasa cemburu Iskandar. Ismengetap bibir. Nakal sayang ni!
"Amboi sayang ni. Nakal dia. Macam nak kena je dia ni" Iskandar mengugut. Lepas ni siap dia. Kena geletek sampai pengsan.
"Blueekkk..." Natasha menjelirkan lidah kepada Iskandar tanpa sedar. Kelakuannya itu membuatkan semua yang ada di meja makan itu mentertawakannya.
"Mummy. Dah malam ni. Kami balik dululah." Iskandar bersuara mengganggu perbualan rancak Datin Rose dengan Natasha.
Jam ditangannya ditilik. Dah pukul satu pagi ni. Sampai rumah nanti mahunya sudah pukul dua. Mengantuklah macam ni. Nak harapkan Natasha dia bukannya tahu bawa kereta. Di Kuala Lumpur ni tengah malam pun jalan masih jam lagi. Penatlah macam ni.
"Uishh.. bisinglah dia ni. Tidur sini ajelah malam ni. Kalau tak pun Is balik ajelah dulu esok Pak Samad boleh hantarkan Tasha balik." Datin Rose menangkal kata-kata Iskandar. Sibuk aje dia ni. Bukan senang dia nak berjumpa dengan Natasha. Iskandar yang duduk menyenggeng di tepi kerusi sebelah Natasha tidak dihiraukan. Masih lagi dalam rancangannya tadi. Nak buat tak hirau pada Iskandar supaya Iskandar bersetuju untuk tinggal di sini malam ini.
Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tasha tinggal sini? Bermakna aku kena tidur sorang? Tidur sorang bermakna taka da siapa yang aku nak peluk kecuali bantal peluk? Hah! Tak boleh jadi macam ni. Mana boleh aku tidur sorang-sorang. Tak boleh!
"Oklah kalau macam tu mummy. Is dengan Tasha tidur sini ajelah malam ni." Iskandar membuat kata putus.
Natasha yang sedang tersenyum memandangnya diusap kepalanya. Suka mendengar kata-kata Iskandar itu. Ingin juga dia merapatkan diri dengan kedua mertuanya. Dahulu sewaktu Datin Rose tinggal di rumahnya dia tak sempat nak bermesra dengan lebih rapat kerana dia sibuk dengan kelas dan assignment.
"Ok good good. Pergilah masuk tidur mummy nak berborak dengan Tasha dulu. Bye." Datin Rose sengaja lagi mengusik.
Iskandar sudah membuat muka tak puas hati. Gusar semacam. Itulah dulu konon-kononya benci sangat. Sekarang bila dah sayang nak berpisah sekejap pun bagai isteri dia kena culik. Padan muka dia. Muehehe.. Datin Rose ketawa sakan dalam hati.
Natasha menahan rasa ingin ketawa. Muka jelita Datin Rose dipandang tepat. Tahan tasha tahan. Jangan sampai tergelak. Nanti dia mula dia punya drama swasta kat sini. Pandang muka mummy. Analisis satu-satu. Hidung mancung macam Is. Mestilah. Is kan anak dia. Hehe. Mulut mummy. Comelnya!
YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
RomansSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...