Rasa sejuk sehingga menusuk ke tulang hitam membangunkan Natasha dari tidur. Tubuhnya yang terasa sejuk dipeluk erat. Matanya masih dibiarkan terpejam erat. Tangannya meraba ke sekeliling mencari selimut tetapi apa yang dirabanya hanyalah lantai yang sejuk.
Mana abang ni? Kenapa aku tidur kat bawah ni? Aku terjatuh katil ke malam tadi? Natasha membuka matanya. Keadaan di sekeliling diperhatikan lama. Kemudian dia bangun dan duduk menyandar di pintu. Tiba-tiba kejadian semalam terlayar kembali di mindanya. Ya Allah.. Apa yang aku harapkan ni? Abang dah tinggalkan aku sebenarnya.. Apa lagi yang aku cari?
Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang mengganggu tekaknya. Natasha bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik air. Belum sempat dia menunduk dengan sempurna habis semua isi perutnya keluar. Namun apa yang keluar hanyalah air sahaja. Sejak semalam makanan yang masuk ke dalam perutnya hanyalah sarapan paginya bersama Iskandar. Selepas itu dia hanya minum air masak sahaja kerana menanti Iskandar pulang untuk makan bersama.
Natasha terduduk lemah di atas lantai di tepi sinki. Lemah seluruh tubuhnya. Lama. Air matanya jatuh satu persatu di pipinya. Tangannya meraba perutnya. Sayang.. anak mama ni temankan mama ye. Temani mama lalui semua dugaan ni. Mama hanya ada sayang je. Tolonglah menjadi satu-satunya kekuatan mama. Temanilah mama sayang.
Setelah agak lama dia duduk di atas lantai itu. Natasha bangun dan mengangkat wuduk. Dia ingin menghadap Tuhannya. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu sekarang. Menjadi seseorang yang dibangukan malam oleh Allah bukanlah mudah. Allah menjemput kita menjadi tetamuNya. Bukan semua orang mendapat peluang untuk dibangunkan malam.
Usai menunaikan dua rakaat solat tahajjud Natasha duduk berteleku di atas sejadah. Kedua tangannya ditadah.
"Ya Allah ya Tuhanku. Hanya pada Kau aku bergantung kini. Sesungguhnya aku lemah dengan dugaan yang Kau beri ini Ya Allah. Aku tak berdaya. Namun aku akur dengan janjiMu. Kau tidak akan menduga hambaMu dengan dugaan yang tidak mampu ditanggungnya. Aku tahu. Kau memilih aku kerana Kau menyayangi aku. Maka Ya Allah. Aku memohon dengan serendah hati kepadaMu. Kau temanilah jalanku. Sesungguhnya aku terlalu bersendirian ketika ini. Hanya Kau yang aku ada. Maka Kau tabahkanlah hatiku Ya Allah. Jadikanlah aku seorang isteri yang sentiasa taat kepada suami. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang taat kepadaMu Ya Allah. Temanilah setiap langkahku Ya Allah. Sesungguhnya aku terlalu lemah menghadapi semua ini. Kau berikanlah kekuatan kepadaku Ya Allah. Aku mohon Ya Allah." Doa Natasha panjang lebar. Setiap patah kata-katanya diselangi dengan tangisan yang mendayu. Sungguh dia terlalu rapuh ketika ini. Dia takut bersendirian. Dia takut tiada sesiapa bersamanya lagi. Al-Quran di ambil dan dibaca sementara menanti azan subuh. Doanya semoga hatinya sentiasa tenang menghadapi dugaan.
Usai solat subuh Natasha turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia berharap supaya kemarahan Iskandar semalam sudah reda. Meja makan yang semalam ditinggalkan begitu sahaja tidak berkemas dikemaskan. Makanan yang semalamnya telah basi terpaksa dibuang. Natasha menyediakan mushroom soup dan garlic bread dan kopi kegemaran Iskandar. Harapannya, hati Iskandar akan kembali tenang selepas sarapan.
Bunyi sesuatu menuruni tangga dari atas membuatkan Natasha segera menuju ke hadapan tangga. Dia mahu menyambut Iskandar dengan senyuman di bibir. Ingin Iskandar menerimanya dengan senang hati. Ingin melihat senyuman Iskandar lagi. Ingin mendengar suara romantis Iskandar lagi. Sungguh dia rindu. Walaupun hanya sehari, sesaat dia tidak mendengar suara Iskandar dia rindu.
"Assalamualaikum abang. Tasha dah siapkan sarapan. Jom makan." Natasha menyapa Iskandar yang turun ke bawah tanpa memandangnya dengan senyuman yang sangat lebar.
Tanpa menghiraukan Natasha yang sedang bercakap dengannya Iskandar terus berlalu. Dia menuju ke dapur dan mengambil air putih segelas sebelum melangkah untuk naik semula ke atas. Natasha langsung tidak dihiraukannya walaupun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa rindunya dia melihat wajah itu. Bertapa dia ingin menyentuh wajah itu. Bertapa dia ingin memeluk tubuh itu. Namun setiap kali dia memandang wajah Natasha bayangan wajah Intan akan muncul. Membuatkan dia membenci Natasha semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...