Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bab 51 dah semakin mendekat. Jadi kalau anda nak tahu ending cerita ni sila dapatkan Novel My Hubby My Lecturer yang sudah ada ready stock.
Kepada yang masih berminat untuk order silalah pm saya di fb saya (facebook.com/natasha.mohdzulkifli) atau whatsapp saya di no +60132574071.
Harga novel iyalah RM37 termasuk postage ke SELURUH MALAYSIA.
Kalau anda di Brunei anda bolehlah wssp Dinah Novel +6738159523
Dan kalau anda di Singapura anda boleh wssp +6593211209
Insha Allah anda akan dapat novel ni tanpa kos pengeposan yang boleh cecah lebih dari harga bukuBuku ni mengandungi 56 bab + 1 bab epilog bersamaan 450ms. Bermaksud sampai habis ceritalah.. Insha Allah stock saya masih ada. Tapi sangat terhad dan susah untuk saya ulang cetak lepas ni
Harap maaf kalau saya tak sempat/lambat jawab pertanyaan anda. Saya tak menang tangan uruskan seorang diri. Tapi Insha Allah akan jawab secepat mungkin.
Supportlah novel ini kerana saya nak sambung MBA dan nak kawin muehehehe..
Matanya dibuka sedikit. Argghh... Peritnya! Silauan lampu membuatkan matanya tertutup semula. Dia menghela nafas sedikit. Perlahan-lahan dia cuba membuka matanya sekali lagi. Sesuatu yang sedang mengeras di sepanjang wajahnya menyukarkan dia untuk membuka mata. Dia cuba mengingati kembali sebab itu semua terjadi. Kenapa dia boleh tidak sedarkan diri. Kenapa wajahnya dibasahi darah yang semakin mengering. Kenapa?
Natasha berpaling ke arah bunyi yang mengganggu konsentrasinya. Bunyi esakan kecil di celahan sudut gelap di sebalik rak di hadapannya. Pandangannya yang kabur difokuskan sebaik mungkin. Perasaan seram yang menyelubungi dirinya tidak dihiraukan. Yang dia tahu dia ingin tahu siapakah yang sedang menangis di sebalik rak itu.
"Siapa?" Natasha menyoal dalam serak suaranya. Tekaknya terasa terlalu kering. Sejak pagi tadi dia tidak sempat menyentuh sebarang makanan dan hanya sempat minum seteguk air sahaja. Dia lapar dan dahaga.
Tiada sahutan.
"Siapa tu?" Sekali lagi Natasha menyoal.
"Saya minta maaf. Saya minta maaf." Sahut suara itu. Esakannya semakin menjadi-jadi.
Satu susuk tubuh keluar perlahan-lahan dari kegelapan. Gaya langkahnya seperti Natasha kenal. Seperti biasa dia lihat. Kepalanya terasa sakit sekali bila dia cuba mengingati gerak langkah itu. Dia cuba mengingati apa yang berlaku tadi sekali lagi. Kenapa dia terikat di sudut bilik seperti ini. kenapa kepalanya berdarah sehingga membsahi wajahnya? Kenapa dia berada di sini?
Haikal! Dia yang membawa aku ke sini. Dia yang dah culik aku. Dia yang tikam Mak Timah dengan Pak Ali. Dia yang buat semua ini. Abang! Iya aku sempat bercakap dengan abang tadi. Natasha mengesot sedikit merapati dinding. Kalau boleh dia mahu terus menghilang ke dalam dinding itu. Dia tidak mahu terus berada di dalam ketakutan seperti ini lagi.
Dia tidak mahu Haikal yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja terus menghantui mindanya. Haikal boleh berubah menjadi ganas sehingga sanggup mencederakan Mak Timah dan Pak Ali. Dia takut. Kejadian yang berlaku pagi tadi terus menerus menghantui kembali mindanya.
Bunyi bising di luar vila membuatkan Natasha dan Mak Timah segera berlari ke luar untuk melihat apakah sebenarnya yang berlaku. Jam ditangannya dipandang sekilas sudah pukul sembilan pagi. Cuaca yang mendung membuatkan kabus masih lagi tebal walaupun matahari sudah terpacak menerbitkan diri sepenuhnya.
Natasha memandang ke sekeliling. Bunyi sesuatu yang pecah berderai membuatkan mereka tertanya-tanya apakah yang pecah sebenarnya. Setahunya hanya Pak Ali sahaja yang berada di luar sejak dia pulang dari masjid selepas solat subuh tadi. Ingin menghirup udara segar dan bersiar-siar sebelum bersarapan katanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/47449387-288-k699312.jpg)
YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
Storie d'amoreSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...