Gambar Natasha ditatap lama. Dia menggaru-garu kepalanya. Rasa bagaikan nak pecah kepalanya memikirkan pelbagai benda. Bilik yang berselerakan dengan pelbagai kertas dibiarkan sahaja. Semuanya hanya gambar Natasha. Ketika dia tersenyum. Ketika dia ketawa. Ketika dia berada di dalam pelukan Iskandar. Ketika Iskandar mencium ubun-ubun Natasha. Ketika Natasha gembira membeli belah bersama Iskandar. Ketika Natasha turun dari kereta Iskandar. Beribu-ribu gambar bersepahan di dalam biliknya.
Dia tertekan. Puas dia mengekori Natasha. Setiap detik dirakam di dalam kameranya. Dia tidak ingin terlepas satu pun ekspresi wajah Natasha. Namun apa yang dia dapat hanyalah wajah Natasha yang jelas gembira setiap kali bersama Iskandar. Hatinya hancur. Hatinya luka. Dia bencikan semua itu. Gambar Iskandar direnyuk dan dikoyakkan sehingga menjadi kepingan-kepingan kecil.
Macam manalah dia boleh berkahwin dengan lelaki tak guna itu? Padahal dia tahu aku ni cintakan dia separuh mati. Aku dah lama cintakan dia. Takkanlah itu pun dia tak perasan? Macam-macam aku dah buat untuk tarik perhatian dia. Takkanlah satu pun dia tak hargai? Dia kejam! Dia memang kejam!
Aku tak kira! Apa pun yang terjadi aku akan dapatkan dia semula. Natasha kena jadi milik aku. Mesti! Hanya milik aku. Bukan milik lelaki tak guna tu. Bukan milik sesiapa yang lain. Hanya aku! Salinan akhbar lama yang ditampal di dinding dibaling dengan pisau. Inilah yang akan memisahkan mereka nanti. Aku janji! Apa pun yang terjadi Natasha akan jadi milik aku!
Natasha duduk di bawah gazebo di sisi Iskandar. Memerhatikan hujan yang turun dengan lebat. Dia sukakan hujan. Kalau dahulu. Setiap kali hari hujan dia akan mengambil kesempatan itu untuk mandi hujan. Rasa titisan hujan yang sejuk menimpa dirinya membuatkan dia rasa selesa.
Menikmati hujan merupakan kegemarannya. Terdapat sepotong kata-kata dari seorang penyanyi lagenda Bob Marley iaitu "Some people feel the rain. Others just get wet."Dia ialah salah seorang yang merasai hujan itu.
Apabila merasakan titisan hujan menimpa mukanya dia terasa seperti semua masalah yang dihadapinya selama ini hilang begitu sahaja. Rasa lega bila kesejukan hujan menusuk hingga ke tulang hitam. Perasaan indah yang sukar untuk digambarkan. Tetapi memandangkan hari ini dia berpuasa dia membatalkan niatnya untuk mandi hujan. Takut juga kalau tertelan air hujan nanti. Tak pasal-pasal batal puasa pula nanti. Muehehe...
"Sayang suka mandi hujan kan?" Iskandar bersuara memecah keheningan.
Seperti biasa Natasha diraih ke dalam pelukannya. Rasa selesa menguasai dirinya apabila hangat tubuh Natasha menghangatkan dirinya yang kedinginan akibat hujan. Bantal besar yang dijadikan sandarannya tadi dibetulkan sedikit supaya Natasha selesa. Natasha melentokkan kepala di dadanya. Iskandar tersenyum dengan kelakuan isterinya yang tidak lagi menolaknya. Kalau dulu jangankan berpelukan begini. Pandang mukanya pun Natasha tak sudi.
"Eh. Mana abang tahu?" Natasha mendongak kepalanya untuk memandang wajah Iskandar.
"Abang tahulah sayang. Dulu kan Tasha selalu mandi hujan. Ingat tak?" Jari jemari Natasha dimain-mainkan. Lembut. Itu satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan jari jemari Natasha.
"Bila pula abang nampak? Seingat Tasha sepanjang kita kahwin empat bulan ni tak pernah sekali pun Tasha mandi hujan." Natasha kepelikan. Memang dia ingat betul yang dia tidak lagi melakukan aktiviti kegemarannya itu setelah dia berkahwin kerana dia malu dengan Iskandar .
"Masa Tasha kecil. Ingat tak?" Iskandar bersuara sambil dagunya diletakkan di ubun-ubun Natasha.
"Ha ha ha ha apalah abang ni. Kita bukannya kenal dari kecil pun. Tasha kan baru jumpa abang masa abang datang mengajar kat kampus."
"Siapa kata kita tak kenal dari kecil."
"Betullah kan?" Natasha jadi sangsi. Eh ke betul ni aku memang ada kenal dia masa kecil? Tapi rasanya memang tak ada.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...