"Kejap." Iskandar melaung juga.
Natasha tersengih. Nak pulak dia menyahut. Selama ni kalau aku main laung-laung dia bising. Kata aku ni bukan bini Tarzan lah. Dia bukan jumbo dalam cerita Tarzan lah. Macam-macam lagi. Ini dia pun melaung-laung juga pulak. Hahaha...
Natasha melangkah menuju ke dapur semula. Dia perlu menyediakan air kopi panas buat Iskandar. seperti biasa Iskandar tak pernah sekali pun bersarapan tanpa kopi panas. Dah jadi tabiatnya. Natasha berselawat sewaktu menuang kopi itu dari coffee maker ke dalam cawan. Petua mamanya untuk mendapat berkat ketika membuat melayan makan minum suami.
Cawan diletakkan di atas meja. Natasha mendongak memandang ke arah tangga. Lamanya Iskandar ni. takkanlah nak pakai baju pun sampai ambil masa sejam. Nak kena pakai make up dulu ke? Eishh.. suami aku bukannya pondan. Tak baik tuduh dia macam tu Tasha. Haip!
Tiba-tiba muncul kelibat Iskandar berlari turun dari atas. Natasha kaget. Kenapa pulak ni? Ada perompak ke kat atas? Jantung Natasha berdegup kencang. Dia risaukan Iskandar. Natasha mendekati Iskandar dengan laju.
"Sayang! Sayang tolong abang. Abang tak dapat nak button baju ni."
Laa... tak dapat nak butang baju pun nak berlari macam kena kejar perompak ke? Aduhai dia ni. betul-betul macam budak kecil. Patutlah punya lama dia nak bersiap. Rupanya nak butang baju pun dia tak berjaya dari tadi. Natasha tersengih. Rasa kelakar dengan kelakuan Iskandar itu.
Iskandar menyuakan dadanya kepada Natasha. Susah betul untuk membutang baju melayu ni. Dari tadi dia berusaha tetapi tak berjaya juga. Padahal selama ni bukan dia tak pernah memakai baju melayu malah hampir setiap hari jumaat dia akan pakai baju melayu ke kampus. Tetapi entah kenapa hari ini tak mahu menjadi pula. Buat malu dia saja. Pasti Natasha fikir dia keanak-anakkan. Sengaja betul baju ni nak kasi rosak plan.
"Hahaha... apalah abang ni. Meh sini." Natasha menarik Iskandar supaya menunduk sedikit dan mendekatinya. Tinggi sangatlah katakan.
Baju melayu Iskandar dibutang satu persatu. Natasha melalukan jari jemarinya di sepanjang garisan butang itu. Dia suka berbuat begitu. Setiap kali Iskandar menyuruhnya membutangkan baju dia pasti akan melalukan jarinya di sepanjang garisan butang itu. Entah kenapa dia tak tahu. Yang pasti dia suka berbuat begitu. Dan tanpa disangka-sangkat tiba-tiba Iskandar mencium pipinya. Natasha mendongak dan menjegilkan mata kepada Iskandar. Cis! Kalau tak lepas laku tu bukan Iskandarlah namanya.
"Hehe... Selamat hari raya sayang." Iskandar tersengih tidak bersalah.
Natasha menarik tangan Iskandar dan menariknya ke meja makan. Lapar lah pulak rasanya. Kalau waktu bulan puasa tak ada pun rasa macam ni. Tapi bila tiba hari ini pukul lapan pagi pun dah rasa lapar bagai nak rak. Iskandar menurut Natasha ke meja makan.
"Makan abang. Nak lemang ke nak ketupat ni?" Natasha menyoal.
"Nak makan sayang boleh? Hehehe.. lemanglah sayang" Iskandar tergelak besar bila Natasha mengetuk tangannya dengan senduk. Nak bergurau sikit pun garang.
"Heh. Kan dah kena. Cepatlah makan. Kejap lagi kita nak pergi rumah mummy." Natasha tersengih lebar. Padan muka.
"Ok madam." Iskandar meletakkan tangannya lurus di dahi tanda memberi tabik.
Natasha tergelak bila Iskandar membuat begitu. Tangannya dibentuk bentuk pistol dan berlagak menembak Iskandar. Iskandar pula buat-buat seperti dia ditembak dan terkulai mati di meja. Akhirnya mereka berdua ketawa sakan di meja dengan lawak tak seberapa dari mereka sendiri.
"Abang, Tasha nak minta ampun minta maaf atas semua kesalahan Tasha sepanjang Tasha jadi isteri abang. Tasha tahu Tasha bukan isteri yang sempurna macam isteri-isteri yang lain. Tasha tahu Tasha tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna. Tasha minta ampun dan maaf dari abang." Natasha duduk bersimpuh di hadapan Iskandar. Tangan Iskandar disalaminya dan dikucup lama. Air mata bergenangan di tubir matanya. Sebak mengingati kekurangan diri sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...