"Rose. Dah siap ke? Abang tunggu dekat bawah ni ye?" Suara Datuk Adam melaung dari tingkat bawah membuatkan Datin Rose terkejut.
"Sekejap bang." Laung Datin Rose semula.
Dia yang baru sahaja keluar dari bilik air segera bersiap. Baju kegemarannya baju jubbah hitam disarung ke tubuh. Selendang Turki bewarna hitam bersulam benang emas yang terletak di atas katil segera di lilit di kepalanya. Rasa sebak menguasai dirinya.
Selendang itu pemberian terakhir besannya sebelum mereka bertolak ke Mekah dahulu. Inilah kali pertama dia memakai selendang itu. Selama ini dia tidak mampu menahan rasa sebaknya jika melihat selendang itu.
Puan Aida sudah lama berkawan dengannya. Sejak dia berkahwin dengan Datuk Adam lagi. Puan Aidalah yang banyak membantunya menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya yang berbeza di Malaysia. Dari Puan Aida jugalah dia mula belajar menutup aurat sepenuhnya. Puan Aida jugalah yang menjadi teman dan sahabat terapat dengannya sepanjang hidupnya.
Kerana persahabatan yang akrab antara mereka berdua itulah mereka bersungguh-sungguh mahu menjodohkan Natasha dengan Iskandar. Ketika Puan Aida menyuarakan hasrat untuk menjodohkan mereka berdua dia agak terkejut. Masakan tidak, Iskandar bagaikan sudah bertekad untuk tidak berkahwin setelah pemergian Intan. Tetapi kerana dia yakin dengan cadangan sahabatnya itu dia bersetuju untuk menjodohkan mereka.
Masih dia ingat bertapa sukarnya dia memujuk Iskandar supaya bersetuju untuk berkahwin dengan Natasha. Hampir sebulan dia memujuk, barulah Iskandar rela dalam terpaksa menerima permintaannya itu. Dia tahu Iskandar ialah seorang anak yang sangat mendengar kata. Sangat menghormati dan menyayangi kedua orang tuanya.
Atas alasan itu jugalah dia berani menyuarakan permintaannya kepada Iskandar. Walaupun dia tahu Iskandar pasti susah untuk menerima permintaannya untuk berkahwin dengan Natasha. Gadis yang dianggapnya budak kecil cengeng, rakan sepermainannya sewaktu kecil dan pelajarnya sendiri. Pasti Iskandar tidak mahu berkahwin dengan pelajarnya sendiri. Tak pernah dibuat orang pensyarah berkahwin dengan pelajarnya sendiri ketika pelajarnya masih belajar. Namun dia tekad juga untuk memujuk Iskandar sehingga bersetuju.
Setelah Iskandar bersetuju dengan permintaannya itu, Puan Aidalah orang pertama yang dikhabarkan berita itu. Mereka berdua sangat gembira dengan persetujuan Iskandar dan Natasha. berkali-kali ucapan syukur dipanjatkan kepada yang Maha Esa. Hajat mereka untuk menjadi satu keluarga akhirnya tercapai. Hubungan yang begitu akrab antara dia dengan Puan Aida membuatkan dia menganggap Puan Aida sebagai adiknya sendiri.
Oleh itu, kehilangan sahabatnya itu memberi kesan yang besar kepadanya. Dia bagaikan kehilangan seorang adik yang sangat rapat dengannya. Namun dia terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi. Dia ingat dengan janji Allah, setiap yang hidup pasti akan menghadapi mati. Doanya, roh sahabatnya itu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"Rose tak siap lagi ke sayang?"Suara Datuk Adam yang berdiri di muka pintu mengejutkan Datin Rose.
Air mata yang bergenang di tubir matanya dikesat dengan hujung selendang. Jarum pin tudung bercorak bunga kerawang dipinkan di sisi kepalanya. Datuk Adam segera mendekati isterinya yang jelas kelihatan muram di dalam pantulan cermin.
"Sayang, kenapa muram je ni? Kita kan nak jumpa anak menantu kita. Tak maulah sedih-sedih macam ni. Cuba cakap dengan abang kenapa ni." Datuk Adam mengusap kepala isterinya. Datin Rose dipeluk dari belakang.
Memang dari dulu lagi dia seorang yang romantik. Cintanya kepada Datin Rose memang tidak pernah padam. Walaupun ramai perempuan yang datang menggodanya kerana harta dan kedudukannya. Tetapi Alhamdulillah. Cinta dan kesetiannya hanya buat isterinya seorang.
![](https://img.wattpad.com/cover/47449387-288-k699312.jpg)
YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...