MHML Bab 39

17.6K 533 8
                                        

Nombor telefon Iskandar cuba didail beberapa kali. Telefon ditangannya direnung lama. Kenapa ni? Talian masuk tetapi tidak berangkat. Aku dah nak pergi ni. Dia ingin memaklumkan kepada Iskandar tentang kepergiannya ke klinik. Takut nanti jika tidak diberitahu nanti Iskandar mencarinya pula.

"Tak angkatlah Ara. "Ara yang sedang mengemas semua buku-buku yang baru dibelinya dipandang. Kemudian matanya memandang kepada Pak Ali yang sedang menunggunya di tempat parkir. Kasihan Pak Ali terpaksa menunggu lama di bawah terik matahari. Mana tidaknya sekarang sudah jam satu tengah hari.

"Dia dalam kelas kot." Ara cuba menenangkan hati sahabatnya itu. Barangkali Iskandar sedang mengajar sekarang. Pasti Iskandar tidak perasankan telefonnya berbunyi. Ara tahu yang Iskandar sering meletakkan telefon dalam mode senyap. Jadi mereka berdua tidak sepatutnya menganggu Iskandar.

Natasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah kenapa bagaikan ada sejuta kutu yang sedang berjoget-joget di atas kepalanya. Matanya memandang ke sekeliling kawasan universiti itu. Manalah tahu jika ternampak Iskandar di mana-mana. Tetapi apa yang dia Nampak hanyalah wajah-wajah pelajar lain yang memandangnya bagaikan suatu bahan yang menarik untuk diperhatikan.

Bukankah baru pagi tadi Iskandar mencangankan berita perkahwinan mereka. Sudah pastinya dia menjadi bahan utama di kampus sekarang. Beratus-ratus gadis yang kecewa dengan berita perkahwinan mereka itu. Iskandar kan pensyarah yang terkenal. Apa gelarannya? Haaa... 'Most Delicious Bachelor' gelaran yang diberi oleh kelab penyiaran universiti. Jadi semestinya dia yang baru hari ini diperkenalkan sebagai isteri Iskandar akan menjadi bahan perhatian.

"Dah tu macam mana ni? Takkanlah aku nak pergi klinik ni tak bagi tahu dia dulu. Nanti dia cari aku macam mana?" Natasha mendail semula nombor telefon Iskandar. Hatinya berdoa supaya Iskandar menjawab telefonnya. Tetapi hampa. Dua kali dia membuat panggilan pun akhirnya terputus begitu sahaja.

"Kau mesej ajelah. Nanti mesti dia baca." Cadang Ara. Beg Natasha yang berada di atas kerusi disandangnya. Kasihan pula jika Natasha yang mengangkatnya sendiri. Wajah Natasha jelas kelihatan sangat pucat menandakan dia benar-benar sedang tidak sihat.

"Ha'ahlah betul juga. Ok dah jom kita pergi sekarang. Eh. Beb. Terima kasih tau sebab sudi temankan aku ni. Kalau kau tak ada tadi terpaksa aku pergi sorang-sorang." Natasha menaip laju mesej yang perlu dihantar kepada Iskandar. dia memaklumkan kepergiannya bersama Ara dan dia akan terus pulang ke rumah selepas ke klinik.

"Thanks apanya. Kau tu kawan baik aku. Susah senang aku dengan kau. Muka kau dah pucat macam zombie macam ni pun aku tak nak teman kau ke klinik memang tak layaklah kau nak panggil aku kawan kau. Dah jangan banyak cakap. Jom kita pergi sekarang." Natasha tergelak bila melihat Ara membebel panjang. Ara dan membebel memang tak boleh dipisahkan.

Natasha menggenggam erat tangan Ara bila melihat doctor yang merawatnya masuk semula ke dalam bilik rawatan itu. Dia berdebar-debar. Satu rasa yang luar biasa mengusai dirinya ketika ini. Entah perasaan apa dia tidak pasti. Tetapi yang pastinya satu perasaan gembira dan berdebar memenuhi dirinya ketika ini.

"Tahniah. Berdasarkan ujian air kencing tadi, Puan disahkan mengandung tiga minggu. Suami puan tak ikut sekali ke? Selalunya bapalah yang terlebih exited dengan baby pertama ni." Doktor yang berada di hadapan Natasha memandangnya. Senyuman manis diberikan kepada bakal ibu muda itu.

Ara segera memeluk Natasha. Berkali-kali dia mengucapkan tahniah kepada sahabatnya itu. Natasha pula berulang kali mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Sungguh sebak ialah satu-satunya perkataan yang sesuai untuk menggambarkan dirinya ketika ini. Genap enam bulan usia perkahwinannya hari ini dia dikhabarkan dengan berita gembira ini. Benar kata orang perancangan Allah sangatlah indah.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang