Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel My Hubby My Lecturer sudah siap. Insha Allah pengeposan akan bermula hari selasa bagi yang telah buat pembayaran.
Kepada yang masih berminat untuk order silalah pm saya di fb saya (facebook.com/natasha.mohdzulkifli) atau whatsapp saya di no +60132574071.
Harga novel iyalah RM37 termasuk postage ke sem & ss. Buku ni mengandungi 56 bab + 1 bab epilog bersamaan 450ms. Insha Allah stock saya masih ada. Tapi sangat terhad dan susah untuk saya ulang cetak lepas ni
Harap maaf kalau saya tak sempat/lambat jawab pertanyaan anda. Saya tak menang tangan uruskan seorang diri. Tapi Insha Allah akan jawab secepat mungkin.
"Abanggggg!!!!!"
Jeritan nyaring Natasha memanggil namanya itu terus terngiang-ngiang di telinga Iskandar. Dari suara itu jelas Natasha sedang tersiksa. Malah mungkin dia sedang mengalami kesakitan. Bunyi yang terus bergema serata arah membuatkan Iskandar kaku.
Kakinya terasa terlalu lemah untuk berdiri lagi. Dunianya terasa berputar-putar. Telefon bimbitnya yang telah terjatuh ke lantai tidak dihiraukannya. Yang dia pasti ada tangan Faiq yang sedang kukuh menampungnya dari jatuh.
"Iq. Is... Isteri aku Iq. Tasha kena culik." Suara Iskandar tersekat-sekat menuturkan setiap patah perkataan. Wajah Faiq dipandang dalam. Kakinya menurut lemah Faiq yang membawanya ke kerusi. Ya Allah dugaan apa lagi ini? Janganlah kau ambil isteri aku Ya Allah.
"Ya Allah Culik? Macam ni. Kau sabar Is. Apa kita nak buat sekarang? Hah! Aku telefon Ara sekarang. Dia yang tahu Tasha sebenarnya ada dekat mana sekarang. " Faiq yang turut risau itu menjadi kalut tak tentu arah.
Dia berpusing-pusing di hadapan Iskandar mencari telefon bimbitnya yang sebenarnya berada di dalam poketnya. Dia meraup kepalanya dengan perasaan yang kusut. Fikirannya ligat memikirkan keadaan Natasha yang tentah belum pasti keaadaannya. Tangannya meraba ke dalam poketnya. Nombor telefon Ara segera di dail. Ara perlu tahu hal ini.
"Ara! Kalau awak dah habis kelas datang rumah saya sekarang. Tasha dalam bahaya." Hanya bunyi suara itu yang sempat ditangkap Iskandar. Apa perbualan yang selainnya terus hilang dibawa angin.
Iskandar masih lagi terkedu kaku. Kepalanya ligat berfikir. Apa yang perlu aku buat sekarang? Polis! Aku perlu laporkan kepada Polis sekarang juga. Iskandar bangun mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas lantai sedari tadi. Tangannya terketar-ketar mendail talian kecemasan untuk melaporkan hal itu. Dia terlalu takut membayangkan dia terpaksa kehilangan isterinya.
"Tasha dekat mana sebenarnya ni, Ara?" Iskandar bersuara sebaik sahaja Ara menjejakkan kaki ke dalam Hummer milik Faiq.
Wajah Ara direnung tajam dari tempat duduk penumpang hadapan. Rasa geram terhadap Ara yang mempermainkannya ditahan sebaik mungkin. Buat masa ini tiada guna dia memarahi Ara yang menipunya dengan mengatakan bahawa Faiq tahu di mana Natasha hanya kerana dia mahu Iskandar pergi berjumpa Faiq dan berbaik semula dengan Faiq walaupun sebenarnya Faiq tidak tahu Natasha berada di mana sekarang. Baginya buat masa ini keselamatan Natasha lebih penting dan dalam diam hatinya turut berterima kasih dengan tindakan Ara itu. Hubungannya dengan Faiq telah pulih semula.
"Tasha dekat Cameron Highland Sir. Dekat Villa Sir." Jawab Ara sambil mengesat air matanya.
Sedari universiti tadi dia tidak berhenti menangis risaukan keselamatan Natasha. Jantungnya terus menerus berdebar tidak tenteram. Kalaulah dia tahu ini semua akan terjadi dia pasti tidak akan bekerjasama dengan Natasha untuk merahsiakan keberadaannya dari Iskandar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...