MHML Bab 20

28.8K 903 5
                                        

"Buat apa baring kat bawah tu? Bangun naik atas ni." Iskandar menjenguk Natasha yang sedang berbaring membelakanginya di lantai dari atas katil.

Amboi-amboi. Siap dengan bantal comforter semua lagi. Dia ingat aku kat atas ni patung cendana ke? Nak suruh aku tidur sorang-sorang kat atas ni. Sesedap rasa je dia nak tidur kat bawah tu.

"Apahal pulak ni? Kenapa pulak saya kena tidur kat atas? Tidur ajelah. Saya mengantuk ni." Natasha bersuara tanpa berpaling mengadap Iskandar. Matanya sudah separa lelap. Mengantuk betul rasanya. Dia terlalu penat membantu Iskandar mengalihkan barang-barang Iskandar masuk ke dalam biliknya. Sebenarnya bukan membantu pun. Dia sudah lebih kepada didera bagaikan hamba kerahan tenaga daripada Iskandar.

"Natasha al-Jannah. Ingat tak syaratnya? Tidur sebilik. Sekatil. Kalau awak tak nak belajar sendiri naik sekarang" Iskandar bersuara veto. Sengaja berbuat begitu. Natasha kalau digertak barulah dia akan mengikut arahan kalau tidak jangan haraplah dia akan mendengar kata.

Natasha berpaling memandang wajah Iskandar yang sedang menjenguknya dari atas katil. Dia mengetap bibir geram. Ada-ada aje lah dia ni! Tak boleh tengok orang senang sikit! Suka sangat main ugut-ugut.

"Iyelah! Iyelah!" Natasha mengangkat bantal dan naik ke atas katil dengan kasar. Iskandar yang tadinya berada di birai katil ditolak kuat. Geramlah katakan. Matanya dipejam rapat. Tak tahan lagi nak menahan rasa mengantuk yang teramat sangat. Dalam beberapa saat sahaja dia sudah lena.

Iskandar tergelak kecil bila ditolak Natasha dia berbaring dengan selesa. Kakinya dipanggung dan digoyang-goyangkan dengan senang hati. Tidur sekatil yaay! Dia memandang Natasha yang memejamkan mata di sebelah. Eh dah tidur ke? Senang betul tidurnya. Iskandar mengawang-gawangkan sedikit tangannya di hadapan wajah Natasha untuk memastikan sama ada Natasha sudah benar-benar tidur atau tidak apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dia terus meraih Natasha dalam pelukannya. Ubun-ubun Natasha yang telah dibuai mimpi itu dikucup lama.

Sayang ni tidur tak buat adab tidur langsung. Terus je lena macam ni. Biar abang yang buatkan ye sayang. Iskandar membacakan tiga Qul dan ayatul Qursi dihembuskan di telapak tangannya dan disapukan ke seluruh tubuh Natasha. Biar tidur isterinya itu dikira sebagai ibadat dan mendapat ganjaran 100 kali mati syahid. Insha Allah. Iskandar memeluk Natasha kemas sebelum dia melenakan dirinya sendiri. Indahnya hidup...

"Bangun!" Natasha terduduk mendengar kuatnya suara Iskandar. Iskandar yang berlalu masuk ke dalam bilik air dipandang lama. Pelik!

Ya Allah. Mengantuknya. Pukul berapa ni? Matanya mengecil memandang jam di dinding cuba memfokus untuk melihat pukul berapakah sekarang. Pukul dua pagi? Ya Allah apa kenalah dengan Is ni? Lantak dia lah. Baik aku tidur balik. Natasha baring semula di atas katil. Ah... selesanya...

"Bangunlah!" Keras suara Iskandar kedengaran. Natasha sekali lagi terduduk mendengar suara Iskandar itu. Dia terpisat-pisat memandang Iskandar yang sedang mengelap rambutnya yang basah di tepi katil.

"Kenapa?" Soal Natasha dengan suara serak baru bangun tidur. Rambutnya yang kusut masai dilurut dengan jari.

"Bangunlah study. Kata nak score. Kalau asyik tidur aje macam mana nak score? Bangun mandi sekarang saya tunggu kat dapur. Nak study kena ambil makanan sikit dulu baru boleh masuk dalam kepala apa yang kita belajar tu." Iskandar mengusap kepala Natasha sebelum berlalu ke meja solek untuk menyikat rambut.

Natasha yang mendengarkan perkataan study terus rasa nak menangis. Awalnya... baru pukul dua pagi. Ngantuklah. Dah la malam tadi tidur pukul dua belas. Takkanlah tidur dua jam aje? Tak nak!!! Raung Natasha dalam hati. Dia berbaring semula tanpa menghiraukan Iskandar.

Iskandar berpaling laju apabila terpandang Natasha yang berbaring semula dari dalam cermin. Dia menggelengkan kepala melihat telatah Natasha itu. Dia ni memang tau. Kalau bab bangun tidur memang payah nak bekerjasama. Dia berjalan laju mendapatkan Natasha.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang