Ara mengusap-usap belakang badan Natasha. Air mata yang bercucuran gugur dari tubir mata sahabatnya disapu lembut. Nafasnya turun naik menahan perasaan marah yang teramat. Wajah Natasha yang kelihatan sedang menanggung penderitaan yang sangat besar itu menimbulkan rasa tak puas hati terhadap Iskandar.
Memang Ara tidak puas hati dengan Iskandar sekarang. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia pergi mencakar atau menyimbah asid ke muka Iskandar. Apa guna muka kacak tahap melampau tapi perangai jahat mengalahkan pembunuh bersiri. Dia ingat orang lain tak ada hati ke? Tak ada perasaan? Sesedap hati dia nak menyakitkan hati orang. Geramnya aku ni. Siap dia kalau aku jumpa dia. Depan semua orang aku malukan dia. Dia ingat dia buat Tasha macam tu tak ada orang yang akan bela Tasha? Aku ada!
"Ara! Ara. Jangan Ara. Aku tak nak besarkan perkara ni." Natasha menahan langkah Ara yang sudah berdiri. Dia tahu Ara pasti mahu pergi menyerang Iskandar. Dia kenal dengan perangai Ara. Apa yang tak kena di matanya pasti dia akan menentang habis-habisan.
"Engkau nak bela dia buat apa Tasha? Kau ingat. Kau menangis macam ni dia akan jadi baik ke? Aku tak rasa macam tu. Biar aku ajar dia tu. Dia ingat kau tu isteri dia, dia boleh sesuka hati je nak buat kau macam ni? Dia tahu tak dia tu suami. Heishh.. Aku ni teringatkan muka dia je aku rasa macam nak cakar-cakarkan aje muka dia tu."
Ara kemudiannya duduk semula mengadap Natasha. Muka Natasha dipegang supaya memandang tepat ke dalam matanya. Biar Natasha faham dengan apa yang dia fikirkan ketika ini. Kenapalah Natasha terlalu takut untuk membalas perbuatan Iskandar itu? Selalunya Natasha bukanlah seorang yang lemah.
"Tak apa Ara. Aku yakin. Satu hari nanti. Satu saat nanti, mesti dia akan kembali macam dulu balik. Satu hari nanti mesti dia akan datang pada aku. Dia akan cakap, 'Tasha, abang minta maaf atas semua silap abang. Abang nak pulang.' Dan masa tu aku akan kata pada dia 'tak apa abang. Tasha faham. Kita bina hidup baru. Mari kita pulang'. Aku yakin semua tu. Aku cintakan dia dari segenap sudut Ara. Aku bukan cintakan wajah dia. Tubuh dia. Saat baik dia.
Sejak pertama kali aku jatuh cinta dengan dia memang aku dah menerima semua keburukan dia.
Aku percaya Allah hanya menduga aku sekarang. Aku akan terus bertahan selagi aku mampu kecualilah dia sendiri yang kata pada aku dia tak cintakan aku macam aku cintakan dia. Waktu tu aku terpaksa pergi tinggalkan dia sebab aku memang tak layak untuk dia lagi." Natasha menyapu semua air mata di pipinya. Tangan Ara yang dipipinya digenggam erat. Dia mahu Ara sedar bertapa dia sayangkan suaminya.
Ara bangun dan melangkah menuju ke arah pintu dan mengunci pintu itu bila terdengar bunyi tapak kaki berjalan di luar bilik persalinan itu. Takut juga jika ada pula telinga lintah yang terdengarkan perbualan mereka. Aib sahabatnya wajib dia jaga. Lainlah Iskandar nasi kandar penjahat besar tu. Ara kemudiannya duduk semula mengadap Natasha.
"Tasha. Dia buat kau macam tak ada harga tau. Bila dia tak nak dia buang. Bila dia nak dia kutip. Kau rela macam tu?" Ara mengetap bibir. Geram dengan perangai Natasha yang masih juga mahu memenangkan suaminya. Tangannya mencapai telekung yang tidak berlipat di sekelilingnya. Sekurang-kurangnya dia dapat mengalihkan perhatiannya dari terus menerus marah-marah.
"Tak apa aku rela. Syurga aku pada dia. Anak aku perlukan bapa. Kalau dia tak suka aku. Bencikan aku aku terpaksa pasrah. Aku terpaksa redha. Yang penting anak aku berbapa. Tak rasa kekurangan kasih sayang. Aku tahu macam mana rasanya sakit tanpa ibu bapa. Tapi walau macam mana pun aku dapat jugak merasa kasih sayang ibu bapa sampai umur dua puluh satu tahun. Tapi anak aku? Sejak dia dalam kandungan sampai dia lahir dia tak dapat rasa kasih sayang seorang bapa? Aku tak mahu macam tu. Aku nak dia hidup gembira sama dengan anak orang lain."Ara hanya mampu menghela nafas panjang.

YOU ARE READING
My Hubby My Lecturer
Storie d'amoreSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...