Natasha sibuk membantu Puan Aida memasukkan bagasi yang akan dibawa untuk ke Makkah nanti. Segala keperluan mereka sudah beberapa kali Natasha periksa. Dia takut sekiranya ada apa-apa yang tertinggal. Susah juga bagi mereka untuk mencarinya nanti. Biasanya pun dia memang lebih teliti dalam hal-hal menyimpan barang untuk perjalanan jauh. Tiba-tiba lagu instrumental You and Me dari Lifehouse berkumandang kuat dari dalam rumah tanda ada mesej masuk ke telefon bimbitnya.
Malasnya nak pergi ambil kat dalam rumah ni. Lantak pi lah. Tak kuasa aku nak layan. Mesti surat cinta dari kekasih sejati yang pasti akan hantar mesej kepadanya berkali-kali sehari. Kadang-kadang mms pun dihantarnya. Betul-betul cinta sejati En. Maxis ni. Tak pernah ada orang yang prihatin macam tu sekali kat aku selama ini. Eh. Haikal tu? Selalu je mesej aku. Sehari sampai lima enam kali sekadar nak tanya aku dah makan ke belum. Buat apa. Dah siap assignment ke belum dan sewaktu dengannya.
Dia memandang sekali lagi ke dalam rumah sambil mengetap bibir. Nak ambil ke tak nak? Kalau nak masuk karang siapa nak buat kerja ni. Tak apalah kejap lagi aku ambil. Siapkan kerja dulu! Tangannya kembali lincah memasukkan bagasi ke dalam boot kereta Alphard papanya. Bukan Pak Ali tak boleh buat semua itu tapi sengaja dia mahu menyusahkan dirinya. Demi ibu bapa tercinta apa salahnya.
Iskandar baru turun dari tingkat atas ketika terdengar telefon bimbit Natasha menjerit-jerit. Alahai mat rumah hidup ni berbunyi lagi lah pulak. Kat mana tuan dia? Kat luar la tu. Tuan merayap handphone tinggal merata-rata. Memekak betullah. Apa bendanya dia nak ni?
Dia segera mengambil telefon bimbit Natasha yang terletak elok di atas sofa depan tv. Ada mesej nampaknya, dari siapa? Laju tangannya membuka telefon yang tanpa kata laluan itu. Mesej dari Haikal?! Apa yang mamat ni nak dari bini aku ni? Errr.. bini? Eh! Memang bini aku pun kan dah tiga hari aku kahwin dengan dia. Eish tak boleh jadi ni. Nak kena tengok ni mat jambu ni text apa kat bini aku.
- Tasha. Watpe 2? Dh mkn ke blm? Pkl brp nk anta ur parent? Nk sy tmnkn x?
Dia ni dah kenapa tak tahu mengeja ke apa? Agaknya nanti kat U aku kena buka kelas mengajar bahasa Malaysia lah. Nak mengeja pun dia dah tak tahu. Tak apa sebagai suami yang sangat kacak dan mempunyai taraf bahasa yang menepati piawaian bahasa kebangsaan meh sini aku balaskan.
- Tengah siap-siap nak hantar parent saya. Tak apa tak payah teman, saya dah ada orang temankan dan, buat masa ni tak payahlah nak text saya. Saya busy. Bye.
Hahahaha. Mesti lepas ni dia tak akan ganggu isteri aku lagi. Wahahaha..
- Oh ye ke? Sorry. Ok next time bila awk dh x bz kte kuar ye.
- Ok.
Mamat tak faham bahasa ni sengaja je kan nak cari nahas. Padahal dah kata bye tu maknanya orang tak nak layan lah tu. Segera dia memadamkan semua mesej-mesej tadi. Takut juga jika Natasha tahu dia berbuat begitu. Nanti tak pasal-pasal dituduh cemburu pula. Tak ada maknanya nak cemburu dengan budak tu. Tapi entah-entah Tasha memang selalu layan mat jambu tu? Gatal jugak budak ni ye. Tak padan dengan budak kecil lagi.
Eh. Aku ni dah kenapa nak emo emo ni? Demam kepialu kau ni Is. Diletakkan semula telefon bimbit Natasha di atas sofa tadi bila terdengar bunyi Natasha masuk ke dalam rumah. Iskandar segera bergerak menghampiri piano. Takut nanti Natasha tahu kegiatan tidak bermoralnya tadi.
Natasha membelek-belek telefon bimbitnya. Rasanya tadi memang ada dia terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Tapi tak ada pun sebarang mesej yang masuk. Iskandar yang kononnya kusyuk membaca not musik piano dipandang lama. Dia dengar juga tak? Entah-entah dia yang delete semuanya.
"Is. Awak ada dengar hand phone saya berbunyi tak tadi? Rasanya ada berbunyi tadi."
"ISSS..."Panggilnya lagi bila Iskandar berpura-pura tidak mendengar.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...