MHML Bab 45

21.5K 559 20
                                        


Pre Order novel MY Hubby My Lecturer dibuka mulai sekarang. Cara-cara membuat tempahan ialah:

1) Whatsapp saya di +6013-2574071
2) Pm saya di FB saya www.facebook.com/natasha.mohdzulkifli (Sebaiknya add saya dulu supaya mesej x masuk spam)
8) STOCK ADALAH TERHAD. Digalakkan untuk hubungi saya cecepat.

Sekali lagi saya umumkan bahawa MHML hanya akan diupdate sampai ke bab 51 sahaja. Maaf awal2 saya ucapkan kerana tidak akan ada sebarang kompromi lain lagi kerana ini demi keadilan buat pembeli 1057 naskah novel MHML sebelum ni.

Mohon Support membeli novel ni sebab saya nak kawin hahaha.

Enjin kereta dimatikan dengan tergesa-gesa. Dia segera keluar dari dalam perut kereta dan berlari masuk ke dalam rumah. dia pasti mummynya pasti tahu ke mana Natasha pergi. Dari rekod telefon bimbit Natasha yang ditinggalkan panggilan terakhri adalah dari Mummy. Pasti mummy tahu di mana tasha. Kelibat Datin Rose yang baru menuruni keluar dari sudut dapur segera diterpanya. Dia segera mendudukkan ibunya di kerusi yang tersedia di sisi dinding dapur itu.

"Mummy tolong mummy. Beritahu Is mana Tasha pergi. Tolong mummy. Mummy mesti tahu mana dia pergi. Is perlukan dia mummy. Is cintakan dia mummy. Tolonglah mummy." Iskandar merayu pada Datin Rose. Tangan ibunya digenggam erat.

Air mata yang galak membasahi pipinya sudah tidak dihiraukan lagi. Untuk apa mempertahankan ego lelakinya sedangkan dia sendiri yang menghancurkannya. Dia yang bersalah dalam hal ini. Dia hanyut dengan kesilapannya. Sehingga dia melukakan insan yang paling dicintainya sendiri. Hati insan yang sangat dicintainya itu.

"Is nak buat apa cari dia lagi? Bukan ke Is yang buang dia dari hidup Is? Is yang halau dia kan? Tak cukup lagi semua tu? Nak lukakan dia seteruk mana lagi? Sampai dia dah tak mampu bangkit lagi? Macam tu? Cukuplah. Mummy menyesal kahwinkan Is dengan dia dulu. Menyesal sangat-sangat. Kalaulah parents dia masih hidup lagi mummy tak tahu dekat mana nak letak muka mummy. Sudahlah Is. Putus asa ajelah.

Tak payah cari dia lagi. Biar dia cari kebahagiaan dia sendiri. Dengar sini mummy cakap elok-elok. Mummy tak akan bantu Is cari Tasha. Tak akan!" Tangannya direntap dari genggaman Iskandar.

Dia kesal. Dulu dia sendiri yang pernah berjanji dengan ibu bapa Natasha bahawa dia akan menjaga Natasha sebaik mungkin. Dia akan pastikan Iskandar tidak akan menyakiti menantunya itu. Tapi apa yang terjadi? Dia alpa. Dia sangkakan Natasha sedang berbahagia dengan Iskandar. Tetapi rupa-rupanya dia telah membiarkan Iskandar menyiksa menantu kesayangannya itu selama lebih sebulan.Natasha yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri dikecewakan oleh anak kandungnya. Hancur hatinya bila mendapat tahu hal itu.

Mujur hatinya tergerak untuk menelefon Mak Timah semalam setelah hatinya curiga apabila Natasha dan Iskandar sering mengelak untuk berjumpa dengannya. Mak Timah lah yang telah menceritakan segalanya kepadanya. Jelas wanita itu sudah tidak dapat menahan diri melihat Natasha tersiksa berendam air mata setiap hari.

Kenapalah dia tidak pernah mengesyaki perkara itu apabila Natasha sering mengelakkan diri darinya. Sehingga kini dia masih menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dulu dia tak pernah menyatakan hasrat untuk menyatukan Natasha dengan Iskandar pastinya Natasha tak akan tersiksa begitu. Sungguh dia terlalu marah dengan Iskandar. Sekecewa manapun dia, Iskandar tak patut menghukum Natasha begitu.

Sebenarnya dahulu dia yang meyuruh Puan Aida supaya tidak memberitahu tentang kematian Intan kepada Natasha. Dia tidak mahu Natasha berasa bersalah kepada Iskandar. Dan dia juga tidak memberitahu tentang kemalangan antara Intan dengan Natasha kerana tidak mahu Iskandar membenci Natasha. Salahnya juga kerana menyangka Iskandar telah melupakan Intan setelah empat tahun Intan meninggal dunia.

Tatapi dia yakin bahawa Iskandar mencintai Natasha. Dia telah melihat sendiri cinta itu dalam mata Iskandar. Dia yang melahirkan Iskandar. Dia tahu apa jua yang ada dalam hati anak tunggalnya itu. Dalam mata Iskandar jelas ada segunung rasa cinta yang sangat mendalam buat isterinya. Cuma mungkin Iskandar terkeliru. Terlalu terkejut dengan kebenaran itu. Sememangnya dari dulu lagi Iskandar memang terkenal dengan sifat cepat melatahnya. Cuma dia tidak menyangka Iskandar akan bertindak sebegitu rupa.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang