MHML Bab 47

19.5K 529 17
                                        

Pre Order novel MY Hubby My Lecturer dibuka mulai sekarang. Cara-cara membuat tempahan ialah:

1) Whatsapp saya di +6013-2574071

2) Pm saya di FB saya www.facebook.com/natasha.mohdzulkifli (Sebaiknya add saya dulu supaya mesej x masuk spam)

3) STOCK ADALAH TERHAD. Digalakkan untuk hubungi saya cecepat.

Bagi yang bertanya novel ni ada stock lagi ke tak jawapannya ada. Sebab sekarang ni masih belum siap di kilang pun lagi. Insha Allah akan siap pada minggu depan. Harganya RM37 termasuk postage ke Sem & SS. Setelah diupgrate oleh editor, Novel ni ada 56 bab + satu bab epilog bersamaan 450 muka surat.

Sekali lagi saya umumkan bahawa MHML hanya akan diupdate sampai ke bab 51 sahaja. Maaf awal2 saya ucapkan kerana tidak akan ada sebarang kompromi lain lagi kerana ini demi keadilan buat pembeli 1057 naskah novel MHML sebelum ni.

Mohon Support membeli novel ni sebab saya nak kawin muahahaha.


Dia melangkah laju menjejaki seluruh ruang di universiti itu. Matanya liar mencari kelibat yang sedari tadi dia cari. Ke mana pula dia ini? Selalunya waktu-waktu begini dia ada di kampus. Tak kan tak datang kot hari ni. Hari ni kan hari khamis dia pasti ada kelas. Ya Allah mana dia ni?

Rambutnya diraup ke belakang dengan kasar. Hujan yang membasahi tubuhnya tidak dihiraukan. Matanya masih lagi menghala ke sana sini mencari sebatang tubuh itu. Ara! Mana kau ni! Iskandar mengeluh panjang. Dia memerah otak cuba mengingati jadual kelas Natasha kerana dia pasti Ara pasti sama jadualnya dengan Natasha. Hah! Dia ada kelas Management Information System petang ni. Mesti dengan Dr. Ramli.

Iskandar segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek. Mujur telefon bimbitnya tidak dibasahi hujan juga. Kalau tidak habislah rosak telefon bimbitnya itu. Tetapi buat masa ini dia tidak kisahkan semua itu. Yang dia tahu dia mahu mencari Ara dan bertanyakan keberadaan Natasha sekarang dia pasti Ara pasti tahu di mana Natasha sekarang.

Nombor telefon Dr. Ramli segera di dailnya. Dia ingin bertanyakan di manakah kelas itu berlangsung sekarang dan ingin meminta izin untuk bertemu dengan Ara. Sah dia sudah melanggar etika kerjanya selama ini. tetapi dia sudah tidak pedulikan semua itu. Yang penting matlamatnya tercapai ketika ini. Usai memutuskan panggilan Iskandar segera menuju ke dewan kuliah yang diberitahu oleh Dr. Ramli tadi. Dia perlu cepat tiba di dewan kuliah itu sebelum Ara habis kelas.

Ara terkejut besar bila jalannya dihalang Iskandar. Dia memandang ke kiri kanannya. Mujur hanya ada beberapa orang pelajar yang berada agak jauh dari mereka ketika itu. Kalau tidak pasti kecoh di universiti ini dia menggoda suami orang pula. Eh nasi kandar ni main halang-halang jalan orang pula. Dah gila ke apa?

"Assalamualaikum Ara." Iskandar memula kata. Di dalam mindanya sibuk menyusun ayat supaya Ara berlembut hati untuk memberitahu keberadaan Natasha kepadanya.

"Waalaikummusalam." Jawab Ara sepatah. Dia tak kuasa untuk bersopan lagi dengan Iskandar. Dia sudah terlalu marah dengan Iskandar setiap kali dia melihat air mata Natasha. datang ni nesti kes nak tanya aku Tasha kat manalah tu. Sorry ye nasi kandar. Aku tak akan bagitahu. Carilah kau sendiri.

"Err... Ara. Awak pasti tahu Tasha kat mana sekarang. Saya mohon awak tolonglah beritahu dia kat mana." Iskandar bersuara dengan nada selembut mungkin supaya Ara sedar akan keikhlasan hatinya.

"Apasal Sir nak cari dia? Nak buat apa? Nak sakitkan hati dia lagi? kenapa? Tak puas lagi sakitkan hati dia teruk-teruk? Nak tambah sakit lagi?" Ara terus menyerang Iskandar bertubi-tubi.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang