MHMLBab 17

31.5K 985 38
                                    

"Errr.. Awak. bangun solat subuh. Dah nak habis waktu ni." Natasha mencuit-cuit ibu jari kaki Iskandar.

Pertama kali dalam sejarah dia yang mengejutkan Iskandar bangun solat subuh. Selama ini Iskandarlah yang mengejut dia. Tapi maklumlah semenjak kejadian luar alam semalam dia tak dapat tidur. Lantai yang menjadi peneman tidurnya sejak semalam terasa begitu keras sekali. Memang pun. Nama pun lantai memanglah keras. Tapi sebelum-sebelum ini boleh aje dia tidur. Malam semalam saja mata dia tak mahu bekerjasama untuk tidur. Terkebil-kebil sahaja sepanjang malam.

Iskandar mengeliat perlahan. Matanya dibuka sedikit sahaja menahan silau. Dia bingkas bangun menuju ke bilik air apabila terpandangkan Natasha. Dup dap dup dap jantungnya berbunyi. Aku cintakan dia ke? Aku tak boleh cintakan dia. Iskandar bersandar di pintu bilik air. Calm down Is. Everything is gonna be just fine.

Intan! Intan. Macam mana aku boleh lupakan Intan? Akukan dah berjanji aku tak akan lupakan Intan. Intan cinta pertama aku. Kalau tak kerana kejadian durjana tu mesti Intan yang jadi isteri aku sekarang. Aku kena cuba hapuskan rasa ni dari hati aku. Aku tak boleh biarkan rasa ni terus ada dalam diri aku. Intanlah segalanya. Jangan lupa tu Is.

Selesai memberi salam terakhir Iskandar menadahkan tangannya untuk berdoa. Doa yang biasa dibacanya dan diamalkannya selama ini.

"Bis-milla-hirrahma-nirrahim. Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah Tuhan Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadaMu kemaafan dan kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikkanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, kedua ibu bapa kami kedua ibu bapa mertua kami, keluarga, serta sahabat-sahabat Baginda. Amin amin ya rabbal alamin."

Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha yang selesai mengaminkan doa di belakangnya. Natasha memandang tepat ke jari-jemari Iskandar. Kemudian memandang semula kepada Iskandar dengan dahi yang berkerut seribu. Dan beralih kepada jari-jari Iskandar semula.

"Ok. Bersih. Kuku cantik. Berkilat. Dah kemas dah. Panjang sikit je. Tapi tak apa lepas potong nanti ok balik. Celah-celah kuku semua bersih. Kejap nak bau kejap. Ok wangi. Tak ada masalah. Ok. Saya bagi 8/10 . lepas potong kuku sikit nanti baru saya bagi 9/10." Komen Natasha bersungguh-sungguh. Jari-jemari Iskandar ditelek dengan teliti. Setiap aspek diambil kira. Iskandar menjentik dahi Natasha.

"Oitt.. apa ni? Main kepala pulak. Awak ingat papa saya tak bayar zakat fitrah saya ke?" Natasha menggosok-gosok dahinya yang kesengalan. Wajah Iskandar dipandang tajam dari balik tangannya. Sekali lagi Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha. Mukanya beriak tanpa rona.

"Apa?" Tanya Natasha keras. Benganglah ni. Tadi main jentik-jentik. Sekarang main hulur-hulur tangan pulak. Tahulah masa sekolah dulu aku ketua pengawas. Tak payahlah nak suruh aku buat pemeriksaan kuku kat sini. Karang aku denda baru tahu.

"Salam." Balas Iskandar sepatah. Wajahnya masih lagi tidak berona. Kejung semacam. Nak jaga mukalah tu. Takut kena kutuk dah syok dengan Natasha.

"Hah? Salam?"

"Iye"

"Tak maulah"

"Kena jugak."

"Tak mau."

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now