Berjalan beriringan di taman yang dipenuhi bunga rose begini memang mendamaikan perasaan. Iskandar memandang wajah kesayangan hatinya yang turut memandang ke dalam mata indahnya. Bertapa dia berasa berbangga memiliki gadis ini. Terasa seperti mahu menjerit kepada seluruh dunia bahawa dialah lelaki paling bertuah kerana memiliki gadis itu.
"Sayang. Awak gembira tak bersama saya?" gadis itu menyoal buah hatinya itu..
"Saya sentiasa gembira bila bersama awak. Setiap saat. Tak pernah terlepas sesaat pun yang saya tak bahagia. Saya berdoa kita akan dijodohkan sampai ke syurga." Iskandar memberikan senyuman yang menawan. Perasaannya sungguh yakin ketika ini. Inilah gadis yang paling dia cintai di dunia.
"Saya pun sama. Setiap saat setiap masa. Is. Kalau saya tanya awak sesuatu boleh tak?"
"Boleh sayang tanyalah sebanyak mana yang awak nak tanya." Iskandar menghadiahkan senyuman paling manis kepada si pencuri hati.
"Kalaulah saya pergi dulu sebelum awak, awak akan cari pengganti saya tak?" Mata Indah Iskandar yang mampu membuai perasaan sesiapa sahaja yang memandangnya direnung dalam. Dia mahu cahaya dari mata yang indah itu akan terus bersemadi di dalam ingatannya. Sambil itu dia mencari kebenaran di dalam setiap kata-kata Iskandar. Adakah Iskandar cuma bermanis mulut atau memang benar dia mencintai?
"Hey! Apa cakap pasal mati-mati ni. Tak maulah!"
"Sayang mengingati mati tu wajib. So saya cuma nak dengar jawapan awak je. Itu je. Jawablah sayang"
"Hummm... Saya.. tak akan. Tak akan sesekali. Malah untuk jatuh cinta dengan orang lain pun saya tak mahu. Saya cuma mahukan awak saja. Saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak. Cinta saya hanya untuk awak selamanya." Iskandar bersungguh-sungguh menegakkan kenyataannya. Sungguh! Dia memang cintakan gadis ini sepenuh hatinya. Tak ada dua tak ada tiga hanya satu sahaja.
"Jangan! Jangan Is. Saya tak mahu awak hidup sendirian bila saya dah tak ada nanti. Saya nak awak hidup gembira dengan cinta seorang wanita. Kalau saya pergi dulu sebelum awak. Awak kena janji dengan saya awak akan berkahwin dan bahagia. Awak kena cintakan dia lebih dari awak cintakan saya. Awak janji."
"Tapi sayang" Iskandar cuba berdalih.
Dia duduk di kerusi yang tersedia di taman itu. Sekuntum bunga rose yang berkembang mekar di sebelah kerusi itu ditarik merapatinya dengan perlahan kerana takut tercabut dari batangnya dan dihidu. Wangi! Indah sungguh ciptaan Allah. Bunga yang beduri begitu pun berbau harum. Di bumi UK ini memang mudah untuk bunga-bunga indah sebegitu hidup dengan sihat. Tanahnya subur dan iklimnya sejuk memberikan kesuburan kepada bunga-bunga tersebut.
"Tolonglah janji Is. Saya tak akan tenteram kalau tengok awak tak gembira. Awak kena sentiasa hidup bahagia. Kebahagiaan awak bahagia bagi saya. Tak kisahlah siapa pun perempuan tu. Saya nak awak hidup dengan rasa cinta kerana Allah. Janji ye sayang. Kalau awak tak janji saya anggap awak tak sayang saya." gadis berselendang ungu yang masih berdiri itu dipandang dengan perasaan serba salah. Kalau dia tidak berjanji dia dikatakan tidak sayang. Tapi kerana dia sayanglah dia tak mahu berjanji. Apa punya jenis permintaanlah ni?
"Tapi saya tak boleh. Saya tak mahu ada perempuan lain dalam hidup saya. Saya cuma mahukan awak. Awak seorang saja bukan orang lain" Iskandar bertegas.
"Saya tahu. Tapi kalau saya dah tak ada kat dunia ni awak tak boleh bersendirian saja. Saya nak awak hidup bahagia macam lelaki-lelaki lain yang berumah tangga kat luar sana tu. Jadi tolonglah janji dengan saya awak akan terima cinta dan mencintai perempuan lain kalau saya tak ada nanti."
"Kalau saya yang pergi dulu macam mana?" Iskandar cuba berdalih. Orang perempuan senang aje. Pakai strategi reverse psychology terus kalah.
"Kalau awak? Is. kita tengah membicarakan dua perkara berbeza. Awak janganlah nak berdalih topik. Janjilah sayang." Suara si gadis penuh merayu matanya berkaca. Masih tak mahu mengalah.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...