Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Novel My Hubby My Lecturer sudah siap. Insha Allah pengeposan akan bermula hari selasa bagi yang telah buat pembayaran.
Kepada yang masih berminat untuk order silalah pm saya di fb saya (facebook.com/natasha.mohdzulkifli) atau whatsapp saya di no +60132574071.
Harga novel iyalah RM37 termasuk postage ke sem & ss. Buku ni mengandungi 56 bab + 1 bab epilog bersamaan 450ms. Insha Allah stock saya masih ada. Tapi sangat terhad dan susah untuk saya ulang cetak lepas ni
Harap maaf kalau saya tak sempat/lambat jawab pertanyaan anda. Saya tak menang tangan uruskan seorang diri. Tapi Insha Allah akan jawab secepat mungkin.
Iskandar turun dari kereta dengan tergesa-gesa sebelum sempat Faiq betul-betu memberhentikan kereta. Dia memang sudah terlalu tidak sabar untuk mengetahui keadaan Natasha. Sama ada baik atau buruk keadaan isterinya itu sekarang. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam Villa jantungnya bagaikan terhenti satu degupan apabila terpandangkan sebuah ambulan yang keluar dengan laju dari hadapan pintu pagar Villa.
ambulan itu dipandang dengan cemas dengan rasa cemas. Ada sesiapa yang tercederakah? Beberapa anggota polis yang keluar dari dalam Villa juga dipandang dengan penuh debaran. Kepalanya sudah membayangkan sejuta kemungkinan.
Natasha selamatkah tidak? Natasha tercederakah? Ahhh... aku dah berfikir bukan-bukan pulak. Doanya dalam hati semoga semua bayangan bukan-bukan yang berlegar di mindanya tidak benar-benar terjadi. Moga tidak Ya Allah.Iskandar beristighfar beberapa kali tujuannya semoga hatinya lebih kuat menghadapi situasi itu. Langkah dibuka dengan lafaz bismillah. Dia mendekati seorang anggota polis yang sedang sibuk melakar sesuatu di atas bonet kereta peronda polis. Mengikut dari caranya dia ialah ketua operasi di situ.
"Encik. Apa yang dah terjadi? Isteri saya mana? Dia cedera ke cik? Dia di mana? Mana dia encik?" Iskandar menyoal bertubi-tubi. Sungguh dia terlalu risaukan keadaan Natasha. Tangan anggota polis itu digenggamnya kuat. Niatnya supaya anggota polis itu memberi penjelasan yang tepat kepadanya. Bahunya yang ditepuk Faiq dari belakang tidak dihiraukan.
"Sabar Is. Kita tanya satu-satu. Encik. Macam mana keadaan mangsa? Ada yang tercedera ke Encik?" Faiq bertanya dengan nada lebih tenang. Sebenarnya dia juga berdebar melihat ambulan yang keluar dari villa itu namun dia menyabarkan dirinya supaya dia dapat menenangkan Iskandar yang sedang tidak keruan itu.
Iskandar yang sudah mula hendak meluru masuk ke dalam Villa ditarik tangannya oleh Faiq. Dalam keaadaan begini mereka tidak boleh bertidak terburu-buru. Jika tidak keadaan mungkin menjadi lebih buruk. Ara yang juga kelihatan seperti ingin meluru masuk ke dalam villa diberikan pandangan yang tajam tanda menyuruh Ara memberhentikan niatnya itu. Akhirnya Ara hanya mampu memandang ke arah dalam villa dengan penuh kerisauan walaupun hatinya sama seperti Iskandar iaitu dia ingin segera masuk ke dalam Villa untuk melihat keadaan Natasha dengan matanya sendiri.
"Sebenarnya macam ni.. Ada mangsa yang ditikam. Kami dah bawa ke Hospital dekat Tanah Rata. Isteri Encik..."
"Isteri saya kena tikam!!? Ya Allah! Iq kita kena cepat ke hospital sekarang!" Belum sempat anggota polis itu menghabiskan ayatnya Iskandar sudah memotong. Apa yang dia tahu sekarang dia mahu Natasha selamat.
"Sabar Encik. Isteri Encik kami belum jumpa lagi. Mangsa yang kami jumpa tu perempuan yang agak berusia dengan lelaki yang lebih kurang sebaya jugak. Keadaan mangsa dah teruk. Kami jumpa mereka dalam loteng di tingkat tiga. Mujur kami sempat sampai awal. Cuma yang menjadi masalah sekarang ni ialah kami masih tak dapat jumpa penjenayah dan isteri encik. Encik ada syak sesiapa tak yang menjadi dalang ke ni? " Anggota polis itu menerangkan keadaan yang berlaku itu kepada Iskandar. Dia juga ingin mengetahui sama ada Iskandar ada mengesyaki sesiapa supaya pencarian akan menjadi lebih mudah.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomansaSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...