MHML Bab 52

35K 622 64
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okaylah saya update sikit lg ye. Lepaih ni x dak dah. 

Jadi kalau anda nak tahu ending cerita ni sila dapatkan Novel My Hubby My Lecturer yang sudah ada ready stock. Ebook mahupun buku novel. Dua2 ada. 

Kepada yang masih berminat untuk order silalah pm saya di fb saya (facebook.com/natasha.mohdzulkifli) atau whatsapp saya di no +60132574071.

Harga buku novel ialah RM37 termasuk postage ke SELURUH MALAYSIA.
Manakala ebook pula RM20 sahaja.

Kalau anda di Brunei anda bolehlah wssp Dinah Novel +6738159523
Dan kalau anda di Singapura anda boleh wssp +6593211209
Insha Allah anda akan dapat novel ni tanpa kos pengeposan yang boleh cecah lebih dari harga buku

Buku ni mengandungi 56 bab + 1 bab epilog bersamaan 450ms. Bermaksud novel yang anda akan order tu sampai habis ceritalah.. Insha Allah stock saya masih ada. Tapi sangat terhad dan susah untuk saya ulang cetak lepas ni

Harap maaf kalau saya tak sempat/lambat jawab pertanyaan anda. Saya tak menang tangan uruskan seorang diri. Tapi Insha Allah akan jawab secepat mungkin.

Terima kasih kerana setia menanti sampai beberapa bulan. Segala salah silap saya mohon anda maafkan.

Supportlah novel ini kerana saya nak sambung MBA dan nak kawin muehehehe..

LEPAS NI MEMANG DAH TAK ADA UPDATE DAH YEEE!!!! 



Tangannya diraup ke muka mengaminkan doa yang dibacanya selepas mengimamkan solat zohor berjemaah bersama anggota Polis yang ada di luar villa itu. Biarpun hanya bersolat beralaskan surat khabar mereka tetap menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa. Di dalam solatnya tak berhenti-henti dia berdoa supaya segala urusan menyelamatkan Natasha dilindungi Allah SWT. Air matanya yang mengalir tanpa henti sepanjang solatnya tadi dikesat dengan belakang tangannya.

Dia menetapkan hatinya yang sangat lemah ketika ini. Jantungnya berdegup tak tentu ritma. Setiap waktu dia terlalu risaukan Natasha. Setiap saat yang berlalu dia berusaha melawan keinginannya untuk menerjah masuk ke vila untuk menyelamatkan Natasha. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa dia terlalu ingin melihat isterinya itu sekarang. Bila sahaja wajah Natasha terlintas di fikirannya, jantungnya bagaikan terlangkau satu degupan. Isterinya perlukan dia!

Allah... Allah... Allah... Dia mengusap dadanya sendiri. Rasa sebak ditahannya sebaik mungkin. Dalam situasi seperti ini hatinya terasa terlalu rapuh terlalu lemah. Dia bagaikan bukan lagi Iskandar yang sama seperti dahulu. Yang selalu ego dengan kemegahan dirinya. Yang sentiasa gagah perkasa. Yang sentiasa keras hatinya. Bila berdepan dengan masalah begini. Isterinya diculik penjenayah tidak siuman, Iskandar yang dulu hilang entah ke mana. Tinggal Iskandar yang lembut hatinya bila berdepan dengan soal hati. Iskandar menghela nafas dalam. Cinta... Selamatkah cinta di dalam? Selamatkah sayang?

"Encik Iskandar. Mengikut daripada strategi yang kami dah rancang ni, separuh daripada anggota kami akan masuk dari pintu hadapan. Jalan yang sama suspect masuk tadi. Dan separuh lagi akan cuba masuk dari pintu belah taman. Kami akan minta encik tunggu di sini sehingga kami yakin keadaan selamat kemudian barulah kami akan panggil encik untuk memujuk penjenayah menyerahkan diri. Kalau boleh kami tak mahu sebarang insiden berdarah yang berlaku hari ini. Insha Allah kita cuba yang terbaik encik."

Iskandar mendengar dengan tekun setiap penjelasan yang diberikan. Matanya laju mengikut gerakan tangan Inspektor Adam yang menunjukkan perjalanan pelan lakarannya tadi. Mindanya pula aktif mencerna setiap ayat yang dituturkan Inspektor Adam. Dia juga tidak mahu jika ada apa-apa yang terjadi kepada Natasha. Dia tidak kisah jika dia tercedera yang penting Natasha tidak. Nyawa Natasha lebih penting darinya ketika ini.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now