MHML Bab 32

23.8K 633 13
                                    

Natasha cuba menahan angin yang menderu kuat ke mukanya. Inilah sebab utama kenapa dia tak suka naik bot. Dia tak suka angin yang menderu-deru laju ke mukanya dan kesibukan dirinya mengawal tudungnya yang bila-bila masa akan terbang. Tambahan pula rasa takut kerana bot itu laju dan juga takutkan laut yang luas membuatkan dirinya sering berfikir dua kali untuk menaiki sebarang bot. Sebab itulah setiap kali bila di ajak oleh kedua ibu bapanya untuk menaiki bot ke mana-mana pulau dia akan menolak. Dia tak sukakan suasana di atas bot.

"Cinta meh sini." Iskandar mengamit tangannya ke arah Natasha. Cermin mata hitam yang menutupi matanya diturunkan untuk memandang dengan lebih jelas.

Natasha mengerutkan dahinya memandang Iskandar yang sedang berdiri gagah dan tegap di hujung bot. Beraninya dia ni. Kalau jatuh macam mana? Tetapi Subhanallah... Kacaknya dia. Rasa nak makan dia hidup-hidup biar tak ada orang lain boleh tengok kekacakan dia. Eh. Dah macam kanibal dah pulak aku ni. Astagfirullahalazim...

"Tak mahulah abang. Datanglah sini. Bahaya kat situ. Karang jatuh macam mana." Natasha mengamit semula. Takut membayangkan jika Iskandar benar-benar terjatuh dengan keadaan bot yang meluncur laju di atas laut.

"Eh jatuh apa pulaknya sayang. Meh sini. Pegang tangan abang ni." Iskandar menghulurkan tangannya kepada Natasha.

Natasha akhirnya terpaksa mengalah apabila melihat Iskandar yang bersungguh-sungguh mengajaknya. Dia menyambut huluran tangan Iskandar dengan terpaksa. Air liur yang ditelan terasa begitu kelat sekali. Jantungnya berdegup kencang. Seram teramat rasanya ketika ini. Cuba bayangkan kalau terjatuh dalam air laut tu. Ya Allah seramnya. Sudahlah taraf berenang aku ni taraf budak baru belajar berenang je.

"Jangan takut sayang. Abang ada ni kan." Iskandar meyakinkan Natasha yang jelas kelihatan takut. Matanya dikerdip tanda memberi semangat.

Natasha terkial-kial memanjat dek bot yang agak tinggi itu. Tangan Iskandar dilepaskan untuk memegang tiang di dinding bot itu. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya kerana memakai skirt hari ini. Skirt yang asyik menyangkut pergerakannya kerana ditiup angin kencang menyukarkan pergerakannya. Sepatutnya dia memakai seluar seperti yang disarankan oleh Iskandar sebelum mereka bertolak dari rumah pagi tadi. Sekarang kan dah susah nak memanjat. Kalaulah terselak kainnya pasti dia akan malu besar dengan pemandu yang sedang sibuk mengawal stereng bot. Natasha menunduk untuk membuka kasut yang dipakainya. Mungkin lebih senang untuknya memanjat dek itu.

Tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang ke atas dek tersebut. Darahnya berderau bila dirinya melayang dan angin laju menyerbu ke mukanya. Iskandar mengangkatnya dengan mudah ke atas dek itu. Entah bila Iskandar berada di belakangnya dia pun tak perasan. Iskandar mengangkatnya seperti mengangkat sesuatu yang sangat ringan. Natasha segera berpaling menghadap Iskandar setelah selamat berada di atas dek itu.

"Terkejut Tasha abang ni." Natasha mengurut-ngurut dadanya.

Iskandar tergelak melihat Natasha yang jelas pucat. Dia juga turut memanjat hujung dek itu. Pinggang Natasha dipaut dan Natasha ditarik merapatinya. Dia memeluk Natasha dari belakang. Sengaja ingin memberi keberanian kepada isterinya itu. Natasha cuba mengundur dia terlalu takut dengan air yang menderu laju dibelah kelajuan bot. Takut jika terjatuh ke dalam laut itu.

"Shhh... jangan takut abang ada. Rapat sini." Iskandar memeluk Natasha dari belakang. Pinggang isterinya itu dipeluk kejap.

Timbul rasa berani dan selamat dalam hati Natasha. Iskandar selalu memberikan rasa selamat kepada dirinya. Dia tersenyum. Kelakar memikirkan dirinya sendiri. Dulu benci yang teramat terhadap Iskandar menguasai dirinya tetapi sekarang pula dia sentiasa inginkan Iskandar berada di sisinya. Kalau boleh dia ingin sentiasa berada di dalam pelukan Iskandar.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now