MHML Bab 4

36.7K 1K 9
                                        

Natasha melangkah masuk dengan longlai. Dia terlalu penat hari ini. Melayan Iskandar yang betul-betul menyesakkan fikirannya. Perasaan tertekan, geram, menyampah, dan benci semuanya bercampur gaul di dalam hatinya. Tension!!!!

"Tasha sayang. Dah tempah ke bajunya? Tasha tempah design macam mana nak? Cantik tak? Mesti cantik kan? Anak mama yang pilih." Mama mula menyoal sebaik sahaja dia ternampak kelibat Natasha di tangga sewaktu dia sibuk membersihkan koleksi perhiasan kaca pelbagai bentuk kesayangannya.

Mama kelihatan begitu teruja sekali. Mana tidaknya. Pertama kali anak daranya keluar bedua dengan lelaki dan lelaki itu pula bakal suaminya. Dia yang terlebih teruja dan suka.Sedari tadi lagi dia dan Datin Rose bergayut di telefon berkenaan agenda yang mereka rancang untuk merapatkan Natasha dengan Iskandar itu. Maklumlah dah berhari-hari mereka merancang. Akhirnya berjaya juga Datin Rose memaksa Iskandar menjemput Natasha.

"No ma.. Sir Is cakap lagi dua hari pergi sana lagi untuk finalize." Balas Natasha senada. Sungguh dia malas nak bercerita mengenai Iskandar. Dia meluat! Iskandar benar-benar menyakitkan jiwanya.

"Abang Is sayang. Abang Is. Mulai sekarang lah kena berlatih. Kalau tak nanti tersasul. Baguslah pergi lagi boleh kamu berdua kenal-kenal lebih rapat. Mama dengan Datin dah bayar extra tau supaya mereka cepat siapkan baju Tasha dengan Iskandar. Mereka janji dalam masa tujuh hari lepas tempah baju siap. Perfect. Tip top!" Mama berkata dengan nada dan gaya gembira terlebih.

Tangannya masih lagi lincah membersihkan perhisan kaca yang dikumpulnya dari pelbagai negara itu. Memang dah menjadi hobi mama sejak dari zaman bujang lagi. Jika dulu dia hanya mengumpulkan perhiasan dari dalam negara yang berharga murah sahaja. Tetapi setelah lama berumah tangga dan perniagaan papa juga semakin maju mama berjaya mengumpul perhiasan dari pelbagai negara dan jenis juga.

"Baik ma. Abang Is. Tasha akan cuba biasakan diri panggil macam tu. Ma. Tasha naik atas dulu ya. Tasha nak study. Esok ada short test." Dengan senyuman manis Natasha membalas. Kakinya digerakkan perlahan memanjat tangga. Entah kenapa hari ini dia terasa betul-betul penat. Penat minda barangkali.

"Sayang dah makan ke? Kalau tak makan lagi pergi ke dapur mama ada masakkan ketam masak kari macam yang Tasha suka. Kalau nak makan mama boleh panaskan. Nak tak?" Mama sudah bersedia untuk bangun ke dapur.

Kesian juga dia melihat anak tunggalnya itu. Nampak sangat terlebih penatnya. Mama mendekati anaknya itu. Kesian anak aku. Nampak sangat terpaksa sebab nak senangkan hati aku. Penat pun dia masih lagi tersenyum Natasha memang anugerah yang terbaik yang Kau kurniakan buat aku Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau berikan kelembutan dalam hati puteri aku supaya sentiasa menghormati dan mentaati ibu bapanya. Kepala Natasha diusap lembut. Semoga Allah sentiasa memberkati puteri tunggalnya ini doanya dalam hati.

"Tak apalah ma. Tasha dah makan dah tadi. Sir Is belanja makan." Natasha memegang lembut tangan mama yang mengusap kepalanya tadi . Senyuman yang paling manis dia hadiahkan buat mama. Dia sanggup dirinya terseiksa asalkan ibu bapanya gembira. Tak apalah apalah sangat berkorban begini berbanding dengan pengorbanan mama dan papa yang telah membesarkannya.

"Abang Is sayang. Ok. Kalau tak nak makan, Tasha naik atas solat dulu baru study ya sayang. Ingat sayang. Solat tu wajib. Nanti kalau papa dah balik kita makan malam sama-sama. Study well sayang." Kepala Natasha dikucup dengan penuh kasih. Natasha mengangguk dan terus menuju ke biliknya.

********

Iskandar keluar dari kereta sebaik sahaja keretanya diparkingkan di garaj. Dia memberikan senyuman kepada pemandu Datuk Adam, Pak Samad yang sedang sibuk mencuci kereta. Seingatnya memang sejak dia kecil lagi daddynya telah menggunakan khidmat Pak Samad sebagai pemandu. Memang Pak Samad sudah dianggap seperti keluarga mereka sendiri. Isteri Pak Samad, Mak Jah juga bekerja sebagai pembantu rumah di rumahnya. Datuk Adam juga telah menyediakan sebuah rumah di sebelah banglo mereka sebagai tempat tinggal mereka berdua.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang