MHML Bab 14

28.5K 899 13
                                        

"Makanlah! Degil betul dia ni!" Natasha menyuakan ubat ditangannya sekali lagi ke mulut Iskandar. Iskandar pula menutup rapat bibirnya. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. mulutnya ditekup dengan tangan. Tak mahulah!

Makan ubat? Ewww... aku paling tak suka ubat. Dah la besar. Kalau kecil tak apa juga. Kalau tercekik macam mana? Kan mati sia- sia namanya. Tak sanggup aku nak mati muda. Anak pun tak ada lagi. Aahh.. tidak!

"Dah dah tak payah nak fikir merepek-repek. Saya tahu apa yang awak fikirkan. Awak mesti fikir yang awak akan mati tercekik sebab makan ubat ni kan? Tak ada maknanya nak tercekik. Ubat penadol ni bukannya sebesar kuali pun. Kecil sangat tau. Nah makan ni. Tak payah nak buat muka macam tu. tak comel pun." Natasha berkata lagi apabila melihat Iskandar mencebikkan mukanya. Namun perkataan tak comel itu hanya pada bibirnya dalam hatinya tuhan saja yang tahu. Ya Allah comelnya dia ni. Karang aku gigit muka dia baru tahu.

"Tak mau. Tak sedap." Iskandar menggeleng sekali lagi kemudian wajahnya ditekup dengan bantal di sisinya. Proteslah tu.

"Makanlah ubat ni. Bukannya banyak pun dua biji je. Nanti sakit lama lagi macam mana? Kalau awak makan ubat ni saya akan bagi hadiah." Iskandar terus mengalihkan bantal dari mukanya. Dia memandang Natasha tepat. Wajahnya kelihatan terlalu teruja. Hadiah! Siapa tak nak.

"Hadiahnya apa?"

"Apa-apa yang awak nak."

"Betul ni?"

"Betul"

"Janji?" Iskandar meminta kepastian.

"Janji." Natasha mengikat janji. Tak apalah kena beli apa-apa pun. Asalkan dia makan ubat. Aku dah rasa bersalah sangat dah ni sebab disebabkanlah aku dia demam. Mujurlah juga hari ni hari sabtu tak ada kelas. Kalau tak susah juga aku nak ambil cuti lagi. Sudahlah semalam baru sehari je aku pergi kelas.

"Great!" Iskandar terus menyambar ubat dari tangan Natasha dan menyumbatnya ke dalam mulut. Air kosong ditelan kasar. Kemudian gelas diberikan semula kepada Natasha sebelum Natasha meletakkannnya di atas meja sisi katil.

Err... geli geleman rasa ubat ni. Rasa nak terkoyak tekak aku menelannya. Besar nak mati. Konon. Padahal dia makan pelbagai jenis makanan keras selama ini tak ada pun terkoyak tekaknya. Iskandar sebenarnya memang takut makan ubat sedari kecil lagi.

Masih lagi teringat di ingatannya ketika dia terkena demam campak sewaktu dia sepuluh tahun. Dia rela terbaring sakit di katil berlama-lama daripada makan ubat. Akhirnya Datin Rose membuat helah supaya dia memakan ubat dengan cara memasak makanan kegemarannya Spaghetti Bolognese bersama ubat tersebut di dalamnya. Kalau dia tahu ketika itu Datin Rose berbuat begitu sumpah dia tidak akan makan spaghetti itu. Dasyat rasanya bagaimana dia boleh makan spaghetti olahan Datin Rose ketika itu tanpa menyedari apa-apa kelainan. Mendengar nama ubat juga dia sudah seram. Inikan untuk makan pula. Tak sanggup!

"Haa.. macam tu lah. Makan pun ubatnya. Bagus dia ni. Pandai dia." Natasha sengaja menepuk-nepuk sedikit tangannya dengan tujuan untuk mengejek perangai Iskandar yang seperti kanak-kanak itu.

Perangai macam budak-budak. Nak makan ubat sikit pun susah. Bukannya aku bagi makan ubat sebesar tapak tangan. Itupun nak mengada-ngada. Aku pun tak pasti aku menjaga orang sakit yang umurnya berapa tahun. Nak makan ubat pun nak kena bagi reward. Padahal bukannya susah pun nak makan ubat sekecil tu.

"Okay. Now it's the time to claim my reward." Iskandar meletakkan ibu jarinya di bibir. Cara yang selalu dia lakukan apabila berfikir. Nak claim apa ye? kena fikir betul-betul ni. Peluang hanya datang sekali je. Seketika kemudian dia tersenyum lebar. Natasha yang duduk di birai katil memandangnya dengan pelik.

My Hubby My LecturerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang