MHML Bab 33

25.5K 655 11
                                    

"Penat cinta?" Natasha hanya mengangguk lemah bila mendengar suara Iskandar.

Kepalanya diangkat sedikit. Kelihatan Iskandar sedang sibuk mengangkat beg masuk ke dalam bilik pakaian. Ahhh.. selesa sungguh katil yang empuk dan tersangat luas ini. Bau udara laut membuatkan dirinya tenang. Selasanya... Natasha mengepak-ngepakkan tangan dan kakinya berkali-kali. Luas sungguh katil ini. Saiz apa ye? Katil di rumahnya saiz king tetapi katil ini lebih luas lagi dari katilnya. Ah.. lantaklah. Yang penting katil ni tersangatlah selesa.

Iskandar menghempaskan diri di sebelah Natasha setelah selesai meletakkan beg baju di dalam bilik. Bukannya tak ada butler yang boleh membuat kerja itu. Tetapi dia sengaja tidak mahu butler itu berada di dalam bilik ketika ini. Waktu ini hanya untuk mereka berdua.

"Sayang kenapa tak buka tudung dulu. Sakit kepala nanti." Pipi Natasha diusap lembut.

"Penatlah abang." Natasha merengek. Dia menoleh memandang Iskandar yang berbaring di sebelahnya.

"Penat? Penat apanya? Abang yang angkat semua beg kan sayang." Iskandar tergelak kecil.

Nak penat apanya? Dari KL lagi dia yang mengangkat semua beg. Natasha hanya berlenggang membawa beg tangannya sahaja. Sepatutnya yang mengadu penat itu ialah dia bukan Natasha. Hidung Natasha yang mancung ditarik lembut.

"Sakit... tak maulah tarik hidung kita. Tahulah hidung kita tak mancung terpacak macam hidung dia." Tangannya laju menggosok hidungnya. Kemek hidung aku!

"Dah tu. Penat tak bersebab kenapa?" Iskandar menarik Natasha kedalam pelukannya. Mahu hilangkan semua rasa penat yang bertamu.

Penat kerana dari pagi berkejar ke aiport. Mujur ada Pak Ali yang menghantar mereka. Kalau tidak pasti mereka terlambat. Kemudian sampai ke Terengganu terpaksa pula mengambil teksi ke Jeti Merang. Kemudian naik pula bot ke pulau redang ini. Bukan dia tak boleh menaiki kapal terbang terus ke lapangan terbang Redang. Tetapi dia sengaja mahu mencipta kenangan dengan Natasha. Sengaja mahu merasa penat berjalan jauh bersama.

"Penatlah bang. Tasha tak biasa naik bot. Tasha jadi pening. Itu yang penat tu." Natasha menerangkan keadaan sebenar. Tetapi sebenarnya bila dipeluk Iskandar segala penat yang dirasainya tadi bagaikan hilang serta merta. Sayang suamilah katakan.

"Kesian isteri abang. Meh sini abang bukakan tudung."

Iskandar terus duduk. Kepala Natasha diangkat dan dibaringkan ke atas ribanya. Dengan berhati-hati dia menanggalkan tudung isterinya. Rambut Natasha yang panjang diuraikan supaya lebih selesa. Kemudian dia berbaring semula di sebelah Natasha dan memeluk isterinya itu semula. Natasha menghadiahkan ciuman di telapak tangan Iskandar.

"Tidurlah sayang. Petang nanti kita bangun makan." Iskandar bersuara lembut.

Dia pun terlalu penat sebenarnya. Rasa kantuk semakin menguasai dirinya bila suhu air cond menyejukkan bilik itu. Akhirnya mereka berdua terlelap dalam pelukan masing-masing. Mujur mereka sempat menunaikan solat jamak ketika di jeti tadi. Kalau tidak pasti mereka terlepas solat asar.

Natasha menggeliat sedikit. Lega rasanya dapat tidur menghilangkan penat di badan. Iskandar di tepi dirabanya. Eh tak ada? Natasha segera membuka mata. Iskandar tak ada? Di mana dia? Ya Allah. Dah gelap ni. Pukul berapa ni? Jam di dinding dipandangnya. Pukul tujuh setengah! Aku tak solat maghrib lagi. Natasha segera berlari ke bilik air. Tak ada masa nak mencari Iskandar sekarang. Solat lebih penting.

Selesai memberi salam Natasha meraup tangan ke mukanya. Bunyi dari ruang tamu membuatkan Natasha tahu yang Iskandar berada di dalam chalet itu. Natasha buat tak endah. Dia meneruskan bacaan doa dan zikrullah. Lega rasanya kerana sempat menunaikan solat maghrib. Natasha menjamakkan solat maghrib dengan solat Isyak supaya senang untuknya ke mana-mana selepas ini dan tidak takut kerana melewatkan solat. Telekung dibuka dan dilipat. Kemudian diletakkan semula ke dalam bilik pakaian.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now