MHML Bab 35

20.6K 571 6
                                    

"Best tak?" Iskandar menyoal Natasha yang sedari tadi diam seribu bahasa.

Best dia kata? Best apa bendanya? Aku ni dah la paling tak suka naik kapal layar ni. Dah la matahari terik. Angin kuat. Habis tudung aku nak terbang melayang. Baju semua melekat kat badan kena tiup angin. Kan ke menyiksa namanya tu. Bukan best.

Tapi karang kalau aku cakap tak best dia sentap pulak. Dah lah dia bersusah payah nak sediakan semua ni. Kesian pulak dekat dia. Tasha! Buat-buat suka Tasha. Istikhlaskan hati. Buat-buat iskhlas tapi masih dapat pahala menyenangkan hati suami.

"Best. Dengan abang di mana-mana pun best." Natasha mendongak memandang Iskandar yang sedang berdiri di sisinya. Aduh tingginya dia ni. Lenguh tengkuk aku. Natasha turut berdiri. Nafas dihela panjang. Sedar bertapa rendahnya dirinya di sisi Iskandar. Tiba-tiba Iskandar memeluknya dari belakang.

" Nak tahu kenapa Allah beri sayang rendah paras dada abang macam ni? Sebab bila abang peluk Tasha macam ni, Tasha sentiasa dekat dengan rusuk abang. Sentiasa dapat dengar degupan jantung abang. Sentiasa dapat rasa selesa dalam pelukan abang. Dan abang pulak sentiasa dapat kucup ubun-ubun isteri abang ni."

Kata-kata Iskandar menenangkan hatinya. Hilang semua rasa tak senang kerana terlalu rendah tadi. Lengan Iskandar yang memeluknya dipaut dengan rasa senang hati. Sungguh, setiap saat Iskandar tahu bagaimana untuk menenangkan hatinya dengan caranya tersendiri.

"Abang. Tasha nak bagi tahu satu benda ni." Jari jemari Iskandar diselangi dengan jemarinya.

"Apa Cinta?"

"Tasha cintakan abang."

"Humm emmm... so apa bendanya yang Tasha nak bagitahu tadi?" Iskandar menunduk. Wajahnya didekatkan kepada wajah Natasha. Apa bendanya dia nak cakap?

"Tadi tu lah."Natasha menjawab senada. Pipinya dilagakan dengan pipi Iskandar.

" Apa?" Iskandar menyoal lagi. Pelik. Apa yang nak disampaikan sebenarnya ni.

"Tadi tu lah. Yang Tasha cakap tadi."

Iskandar menggaru kepala. Apa bendanya? Tadi cakap ada benda nak cakap. Lepas tu bila Tanya kata dah cakap. Aku rasa pendengaran aku masih elok lagi. Memang aku taka da dengar dia cakap apa-apa pun.

"Ada apa sebenarnya ni sayang?" Suara musykil Iskandar mula kedengaran.

"Yang tadi Tasha cakap Tasha cintakan abang. Itulah dia." Natasha tergelak kecil. Kelakar melihat Iskandar yang terlalu mengharapkan yang tersirat sedangkan yang tersurat sudah jelas ada.

Iskandar ternganga mendengar kata-kata isterinya. Laaaa... itu ke bendanya. Buat risau aku je tadi. Ingatkan ada apa-apa hal yang terjadi ke. Aduhai dia ni...

"Subahanallah sayang. Buat risau abang je tadi. Ingatkan apalah tadi. Abang ni.... lagilah... cinta sangat... sangat... sangat... sangat! Dekat sayang! Cinta sangat! Sepenuh hati abang. Sepenuh naluri abang. Sepenuh jiwa abang. Tak akan pernah kurang tapi akan bertambah setiap hari setiap saat." Bersungguh-sungguh Iskandar meluahkan perasaan. Dan rama-rama Natasha hanya mampu terbang layu kerana hanyut dengan perasaan yang membuai jiwa.

"Ada couple lain yang dah sampai sebelum kita ke ye?" Iskandar menyoal dengan penuh rasa pelik.

Rasanya tadi dia pasti dia dengar dengan jelas pihak resort mengatakan bahawa hanya mereka berdua yang akan berada di pulau itu. Tetapi kenapa pula ada sebuah kapal layar lain elok tersadai di tepi jeti pulau kecil itu? Adakah terdapat kesilapan?

Dia memandang ke sekitar kawasan pantai itu. Cuba mencari mana-mana kelibat manusia memandangkan dari kesan di jeti, kapal layar itu seperti baru sahaja tiba di pulau itu juga.

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now