"Kalut semacam aku tengok hang ni Is. Awat?" Tanya Faiq pensyarah baru di universiti itu.
Dia duduk di kerusi dihadapan meja Iskandar. Tangannya mencapai pen yang berada di atas meja Iskandar lalu melakar-lakar di atas salah satu kertas kosong di situ. Itu memang tabiatnya dari dulu. Iskandar sudah penat melarang dia menconteng. Akhirnya jalan terkahir ialah membiarkannya sahaja. Tak kuasa nak layan!
Sebenarnya, Faiq ialah kawan baik Iskandar sewaktu dia mengambil Ijazah dan MBA di Universiti Cambridge di UK dulu. Malahan mereka tinggal serumah di rumah keluarga Datin Rose di sana. Mujur juga mummynya berasal dari sana sekurang-kurangnya dia sudah ada rumah yang selesa lengkap dengan pembantu rumah untuk didiami Iskandar. Rumah itu sebenarnya peninggalan mendiang datuknya Douglas Darwin.
Mendiang datuknya dahulu merupakan seorang orang yang terkenal di kawasan Cambridge itu kerana salasilah keluarganya yang terkenal. Keluarga mereka merupakan salah sebuah keluarga yang terkaya di Cambridge. Tapi itu semua dahulu.Datin Rose merupakan keturunan terakhir bagi empayar keluarga Darwin itu. Maka nama keturunan itu sudah tidak terkenal lagi kini. Malah setelah Puan Rose memeluk Islam dan berhijrah ke Malaysia semuanya tentang kegemilangan keluarga Darwin hilang begitu sahaja.
Masakan tidak, keluarga Darwin juga terkenal dengan kegemilangan penyebaran agama Kristian tetapi puteri terakhir empayarnya memeluk agama Islam dan meninggalkan empayar itu begitu sahaja. Pastinya nama keluarga itu dilupakan masyarakat. Hanya harta kekayaan keluarga Darwin sahaja yang diwarisi Datin Rose karana mereka tidak mempunyai pewaris yang lain lagi.
Setelah membawa pulang ijazah dengan keputusan yang sangat cemerlang di Cambridge Iskandar terus memohon untuk menjadi pensyarah. Bukannnya dia tidak mahu bekerja dengan di syarikat daddynya tetapi dia mahu menyebarkan ilmu dahulu. Bukankah menjadi guru satu kerjaya yang mulia. Dia dapat mencurahkan ilmu kepada anak muda di Malaysia. Walau apapun salasilah darahnya Malaysia tetap tanah airnya. Tanah tumpah darahnya. Wajib bagi dia memperjuangkan tanah airnya.
Walaupun Iskandar terus bekerja sebaik sahaja dia habis belajar tetapi Faiq memilih untuk menganggur dahulu selama setahun sebelum bekerja. Nak rehat dahulu katanya. Dia ingin melancong ke seluruh Eropah selama setahun kemudian barulah dia ingin bekerja seperti Iskandar. Maklumlah. Anak orang kaya. Muehehe. Macamlah Iskandar anak orang kebiasaan pula. Bapanya sendiri mempunya empayar perniagaan yang besar. Bila-bila masa sahaja dari sekarang Datuk Adam akan mendapat gelaran Tan Sri.
"Err.. aku kena balik cepat mummy aku ada kat rumahlah." Iskandar masih lagi tergesa-gesa mengemas kertas-kertas yang berselerakan di atas mejanya. Dia sudah berjanji dengan Natasha pukul lima tepat mereka akan pulang bersama. Sekarang sudah pukul empat setengah.
Kalau dia berlambat-lambat lagi nanti pasti dia akan dibebelkan Natasha macam minggu lepas hanya kerana dia terlewat lima minit sahaja. Natasha memang tidak akan bertolak ansur dengannya kalau dia yang lambat. Tapi kalau Natasha yang lambat, ada sahaja alasannya sehingga Iskandar terlupa untuk membebel.
"Is. Apa masalah hang? Awat selama ni mummy kau tak dak kat rumah ka? Dia pi mana? Dude, lately aku tengok hang semacam tau. Are you hiding something from me?"
"Hiding mendanye? Tak ada apalah."
"Tak ada apa hang kata. Yang hang dengan budak Natasha selalu datang sama-sama balik sama-sama tu x ada apa-apa hang kata? Even orang lain tak nampak tapi aku nampak tau. Seriously dude I know you are hiding something from me."
Iskandar terkejut mendengar kata-kata Faiq itu. Dia tahu? Mati aku. Dia ni kan dari dulu lagi pantang ada benda aku nak rahsia dari dia. Tahu je dia. Padahal aku dah cover baik punya. Dia nampak juga. Kalau kerja dengan FBI ni mesti ramai gila penjenayah dia dapat tangkap. Apa alasan aku nak bagi kat dia ni? Nanti dia kata aku bercinta dengan student pulak. Dia ni bukan boleh buat main-main. Karang macam-macam tekaan merepek dia bagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Hubby My Lecturer
RomanceSebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang sert...