MHML Bab 1

88K 1.6K 94
                                    


"Tasha, mama dengan papa nak pergi buat umrah tau nanti" kata Puan Aida sambil mengusap kepala anak tunggalnya yang sedang sibuk menyiapkan assignment.

Natasha segera berpaling mengadap mamanya. Pelik mendengar kata-kata mamanya itu kerana sebelum ini dia langsung tidak diberitahu tentang hal ini.

"Umrah ma? Bila? Kenapa sebelum ni mama tak pernah pun bagitahu Tasha? Tup tup dah nak pergi umrah dah." soal Natasha bertubi-tubi.

"Ye sayang kita orang nak pergi umrah. Kalau tak ada aral melintang, kita orang pergi sana 3 Mac ni. lepas tu mama dengan papa cadang nak terus seluruh Madinah.Duduk sana lama sikit. Dah lama sangat mama teringin nak melancong kat sana sayang. Rasanya dalam sebulan juga kita orang berjalan kat sana." Natasha hanya merenung mamanya dengan muka sedih.

"Ma. Kalau tak pergi tak boleh ke? Tak pun Tasha ikut ke? Lagipun start bulan mac ni tasha cuti mid sem dua minggu. Boleh ye ma. Kita tak payahlah pergi lama-lama sangat. Nanti takkanlah Tasha sorang-sorang je yang tinggal kat rumah ni. Takutlah ma." Mama pula hanya memandang Natasha. Keningnya diangkat-angkat sambil tersengih nakal.

"Apa pula mama ni? Ma.. Tasha cakap betul-betul ni. Tasha tak nak tinggal kat rumah sorang-sorang." Pujuk tasha lagi. Puh.. minta-minta kali ni mama dengar cakap aku. Tak naklah aku tinggal kat rumah ni sorang. Seram wooo...

"Jangan risau sayang. Mama dengan papa dah ada rancangan yang terbaik dah untuk Tasha tau. Tapi mama tak boleh bagitahu sekarang. Rahsia" kata mama sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir. Amboi rahsia betul ni nampaknya.

"Rahsia apa pulak ni ma? Aduhai.." Natasha hanya mengeluh panjang. Dalam hati dia berdoa agar janganlah mama dan papanya membuat rancangan yang bukan-bukan untuknya.

**************

Muka Sir Iskandar yang mendung dipandang dengan penuh persoalan. Sir ni kenapa ye? Tak pernah pulak dia bad mood macam ni. Dia ada masalah ke? Period kot.. hahaha

"Tasha kau perasan tak apa yang aku perasan?" Ara bersuara sambil menyiku Natasha. Matanya masih lagi merenung pensyarahnya yang masih bermuram durja.

"Ha'ah lah. Dari tadi aku dah perasan dah. Dia kenapa ye? Bad mood je. nasib baik dia bukan jenis suka sembur orang kan. Kalau tak dah masak dah kita semua kena sembur. Seram aku. Dah la assignment aku tak siap lagi. Kejap lagi dalam pukul 3 baru aku hantar kat bilik dia sendiri."

Erkk.. nak hantar assignment kat bilik dia sendiri? Ya Allah harap-harap mood dia okay kejap lagi. Mama lah ni menyebabkan aku tak dapat siapkan assignment. Apalah pulak rancangan mama dengan papa yang rahsia sangat tu ye?

"Kau nak pergi hantar assignment tu nak aku teman ke tak nak? Aku free je petang ni pun. Tak ada class."

"Humm.. tak payahlah aku pergi sendiri. At least kalau dia nak marah dia marah aku sorang kalau kau ikut karang tak pasal-pasal kau pun terbabit sekali." Ara menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Ok guys class dismisses. Sesiapa yang masih tak hantar lagi assignment sila hantar ke bilik saya sebelum pukul 5 petang. Setakat ni yang ada dengan saya cuma 46 paper je. Lagi 3 tak ada. Jadi siapa yang tak hantar lagi tu jangan buat-buat lupa nak hantar ye because this assignment consist 5% of your carry mark. Ok then, see u next week." Wajah Natasha dipandang tajam sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah itu.

"Ara, dia tahu ke aku yang tak hantar assignment tu? Dia pandang aku macam nak telan aku je. Matilah aku kali ni" Ara mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Baik kau siapkan benda ni cepat-cepat lepas tu kau hantar kat dia. Masa kau nak hantar tu kau buatlah muka seposen kau tu mesti dia kesian tengok kau sampai tak jadi nak marah kau."

My Hubby My LecturerWhere stories live. Discover now