Bab 2

4.3K 173 3
                                    

Kriinggggggg....

Loceng waktu rehat dah bunyi.

"Weh Blue ko nak ikut kitorang turun kantin tak?" tanya Mai.

"Tak nak r, aku tak lapar lagi. Korang pegi jela, aku makan kat rumah nanti."

"Ko macam tak kenal dia pulak Mai. Blue ni mana pernah makan kat kantin tu. Ko diet ke Blue, ke ko takde duit belanja?" tanya Qai pula.

"Uishh takde la. Aku tak biasa makan pagi la. Nanti aku sakit perot. Takpe la korang pegi jela."

"Orait, kitorang pegi dulu. Hah nanti kalau si Awen naik cakap kitorang tunggu kat kantin ok, tempat biasa." aku menunjukkan jari tanda ok. Rajin pulak dak Awen tolong cikgu Lela hantar buku kat bilik guru hari ni.

Maizatul Arissa, Qaisara Faezah, Awenna Humairah dan aku. Kami berempat kawan baik dari sekolah rendah lagi. Sentiasa bersama tak pernah berpisah. Ingat lagi masa awal Form 4 dulu, kelas kami ditentukan mengikut keputusan PMR. Aku dan Mai dimasokkan ke kelas sains, Qai dan Awen pulak kelas akaun. Disebabkan taknak berpisah aku dan Mai sanggup jumpa pengetua semata mata nak masok kelas akaun. Lagi pun aku lebih minat bidang kira2 berbanding bidang sains dan permohonan kami diluluskan. Jadi sampai sekarang kami berempat masih bersama.

Bommbbb.. !!

"Opocot mak kau !!" kus semangat, terperanjat aku, sengal la Awen nie. Naseb tak roboh meje aku ni diketoknya.

"Haha ko menung ape makcik, sampai aku masok pon ko tak perasan?" tanya Awen masih tergelak.

"Jahat la ko Wen, sampai tercampak pen aku taw. Naseb tercampak, kalo tercucuk ko tadi macam mana? " aku tunjukkan muka cemberut.

"Alalalala jangan la merajok, ok sorry lepas ni tak buat lagi dah. Tapi.... "

"Tapi ape? "

"Tapi tak janji, haha." Awen sambung lagi gelak dia. Ingat kelako la tu.

"Hishh, dah pegi kantin sana Mai dengan Qai tunggu tempat biasa."

"Orait.. ko tak turun sama ke?"

"Ermm tak, aku malas." mataku hala ke arah Awen yang tengah dok kutip pen aku yang tercampak tadi.

"Hai baby."

Aku dan Awen sama2 pandang ke pintu. Ad rupanya.

"Owh malas konon, padahal nak dating." bisik Awen.

"Aku tak taw pun dia nak datang la." balasku beserta cubitan di tangannya, Awen mengaduh, padan muka.

"Dah pegi turun sekarang, sana2." sambil tanganku kibas2 menghalau Awen.

"Yela nak turun la ni. Bye2 Miss Blue jangan noty2 ok." kata Awen sambil mengenyitkan matanya. Aku cucuk mata tu karang baru taw.

Kelibat Awen dah hilang dari pandangan mata. Ad mengambil kerusi dan duduk dihadapanku. Ad budak kelas sains. Naseb baik aku tukar kelas masa Form 4 dulu kalo tak, takde maknanya aku nak couple dengan Ad ni tapi dia tetap dok pertikaikan kenapa aku tukar kelas dulu, kalau tak boleh duduk sama katanya. Hurm, aku ni walaupun jenis peramah, ceria, otak gila2 tapi aku tak suka nak couple satu kelas, takot bosan isyik mgadap muka dia nanti.

"Baby tunggu bie eah?"

"Eh awak awak, cuba sini sikit." konon2 nada suspens.

"Hah ape bende?"

"Tengok ni bulu roma saya da meremang."

"Ish ingatkan ape la tadi." jawab Ad bernada geram.

"Dah tu awak berbaby2 dengan saya buat ape." ade ke berbaby baby dengan aku, geli kot. Hah ni lagi satu masalah aku, sebok bercouple, tapi bila mesra2 sikit aku dah geli dah. Tapi masalahnya perlu ke nak mesra2 time couple. Cukup la kalo kite da sayang orang tu kan. Tak perlu kot nak berbaby baby bagai.

"Ala bukan salah pun." tegas Ad.

"Memang la tak salah, tapi saya geli lah."

"Hurm yela2." ada nada rajuk disitu. Lantak lah.

"Eh tak turun kantin ke, tak lapar ?"

"Tak la malas nak turun, baik duduk sini teman awak." jawab Ad beserta senyuman manis di bibir. Walaupun kadang aku meluat bila angin mengada Ad datang tapi sungguh aku sayang dekat dia. Gila tak sayang, couple da lama kot. Eleh lama la sangat kan. Haha lantak lah.

"Tak bosan ke awak dok ngadap muka saya ni hari hari, saya bosan la ngadap muka awak jew?" saja nak buat orang sakit hati.

"Amboi tak sayang mulut nampak. Ok la saya pergi la." Ad da mula bangun dari kerusinya.

"Haha orang gurau jela. Tu pun nak merajok." jawabku dalam sisa ketawa.

"Eleh bie pon saja jugak. Macam la bie tak kenal perangai sayang." hurmm mula dah gelaran dia tu.

"Eh kelas bie ada budak baru taw hari ni. Pelik bie da pertengahan tahun baru pindah. Time teacher Meng tanya boleh ke die nak follow, sebab die lambat satu bab tapi dia jawab dia boleh je catch up nanti. Hurm nampak sangat belagak dia."

"Owh yeke, tapi mana taw betol dia boleh catch up ke nanti. Satu bab jew, bukan sepuloh bab pon."

"Baby pun nak menang kan dia jugak ke tapi lantak la, bagi bie dia tetap belagak."

"Hurmm ikot suke awak la Adrian oi." jawab aku acuh tak acuh.

"Ok la bie nak balik kelas dulu, bye." Ad terus keluar, merajok la tu. Ni lagi satu perangai Ad yang tak berapa aku nak minat. Dia je nak betol, dia aja nak menang. Kalo ade yang lebih dari dia kompom masok senarai musuh terus.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now