"Awak tak kerja ke hari ni?" tanyaku pada Miyo bila tengok dia masih belum mandi dan duduk disebelahku.
"Sayang, due sayang lagi dua minggu kan?" tanya Miyo padaku yang sedang menonton tv.
"Kenapa?" tanyaku.
"Saya dah ambik cuti. So sekarang saya yang akan teman awak dekat rumah." jawabnya. Tangan di lingkarkan pada pinggangku.
"Yeke? Tak bosan ke nak teman saya dekat rumah ni?" tanyaku lagi. Yela Miyo ni bukan sah kalau tak kerja. Mengalahkan arwah Papa pulak. Tapi Papa pun dah tua2 baru nak busy. Dia ni, haishh tak payah cakap memang busy yang amat.
"Bosan sikit takpelah demi bini dengan anak2 tercinta ni." dicuit hidungku semasa berkata2.
"Alolo so sweet." kataku pula sambil memeluk pinggangnya.
"Sayang start besok kita duduk rumah Mama la eah." katanya.
"Kenapa?"
"Yela, ni first baby kita. Kembar pulak tu. Kalau apa2 jadi nanti senang. Ada Mama dengan Mak Ton boleh tolong." terang Miyo padaku.
"Owh. Suka hati awak lah. Saya ikut je." jawabku pula. Ada betol nya jugak cakap Miyo tu.
"Minggu depan Awen tunang kita pergi jom." ajakku bila teringatkan yang Awen akan bertunang minggu depan.
"Nak pergi ke?" tanya Miyo dengan muka pelik dia.
"Jom la pergi." rengek ku.
"Ala tunang je kot. Bukan nikah pun." katanya lagi.
"Jom la, jom la. Saya tunang dia ada, takkan dia tunang saya takde." tambahku lagi masih cuba memujuk.
"Ni perot ni. Larat ke? Nak ambik air dekat dapur pun terkial2 ni kan nak pergi majlis orang."
"Awak perli saya eah." mulut muncung jangan lupa.
"Saya cakap je." selamba gila muka dia. Takde perasaan sungguh.
"Jom la. Dekat je pun. Tunjuk muka dah lah. Lepastu kita balik lah. Tak tunggu majlis abis pun takpe." pujukku lagi.
"Yela2. Degil sungguh." katanya lagi.
"Thank you." ucapku beserta kucupan di pipinya.
"Sebelah sini?" ditunjuk pula pipi sebelah kiri.
"Mengada." tapi aku turutkan jugak, pipi kirinya pula aku kucup. Miyo tersengeh memandang ku. Ingat hensem sangat la tu. Tapi memang hensem pun.
"Assalamualaikum."
"Sapa datang?" tanya ku bila terdengar orang memberi salam.
"Kejap saya pergi tengok." kata Miyo bangun dari duduk.
"Waalaikumussalam." kedengaran Miyo menjawab salam dan berbual2 di luar.
"Assalamualaikum Iris."
"Eh Akak. Buat apa dekat sini?" tanyaku cuba bangun ingin menyambut kakak2 Miyo.
"Eh duduk je, tak payah bangun." kata Kak Ayu. Aku turutkan je.
"Kitorang datang nak tengok adik2 kitorang lah." jawab kak Yaya.
"Lama kita tak jumpakan." kata kak Fiza. Masa aku kawen diorang tak datang sebab diorang busy final degree dekat Terengganu.
"Taw takpe. Makin cantik kak Fiza." kataku memuji ikhlas. Memang lain muka dia banding dulu. Nampak lebih matang.
"Iris pun ape beza nya. Makin sexy sejak pregnent ni." sampuk kak Una pulak.
"Kan kak. Miyo cakap dia tak caya. Dia kata dia makin gemok lah ape lah." tambah Miyo pula.
"Betol lah. Iris dah gemok kan kak?" tanyaku pada kak Una.
"Takde lah. Ok je akak tengok. Perasan Iris je tu. Lagi pun mana ada orang bawak perut kurus keding dek oi." sampuk kak Wani yang baru masok.
"Yeke?" tanya ku lagi.
"Iye." semua pakat jawab serentak. Tertawa semuanya.
"Pergi buat air, ke nak suruh saya bangun." bisikku pada Miyo.
"Tak payah duduk je. Kak Una, buat air jom." Miyo ajak kak Una ke dapur. Betuah punya suami.
"Nak jadi bapak budak pun buat air tak reti lagi." perli kak Fiza.
"Sebok lah kau." balas Miyo.
"So dah taw jantina belom?" tanya Kak Ayu.
"Belom kak. Diorang sorok lagi." jawabku.
"Tak sangka kita nak jadi aunty kan. Aunty kembar anak buah pun kembar." kata Kak Fiza teruja.
"Rezeki kak. Kitorang pun tak sangka." kataku lagi.
"Hurmm kitorang datang sini sebab nak tunjuk dekat Fiza dengan Fina ni anak syarikat yang Miyo uruskan tu." terang kak Wani.
"Kenapa?" tanyaku.
"Yela, Miyo nak ambik alih syarikat Papa Iris kan. So syarikat Miyo sekarang diorang la yang akan uruskan." terang Kak Yaya pula.
"Yeke. Miyo tak cerita pun."
"Belom sempat cerita diorang dah terjah datang sini." sampuk Miyo dengan dulang ditangan.
"Saya dah bincang dengan Mama, syarikat Papa tu biar saya uruskan. Nanti Mama boleh duduk rumah jaga awak pantang." terang Miyo.
"Boleh eah?" polos aku bertanya.
"Apa pulak tak boleh. Sama je kan. Syarikat pembangunan jugak." tambah Miyo lagi.
"Wuuu tak sangka adik kita dah matangkan." kata Kak Fiza bila mendengar kata2 Miyo.
"Gila tak matang. Tak nampak perot dia dah nak meletop tu. Kalau tak matang jugak memang tak jadi orang anak2 aku." balas Miyo.
"Betol tu betol." kata kak Una pula.
"Kakak2 sekalian bila nak kawen?" tanya Miyo pada kakak2 nya. Kakak2 dia saling membuang pandang sebelum semuanya bergabung gelak.
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...