Bab 38

2.4K 117 0
                                    

"Maa, Iris balik Uni dulu ye. Mama ok tinggal sorang ni?" tanya ku pada Mama di ruang tamu hadapan.

"Takpe, balik lah. Mama ok, Mama redha dengan ketentuannya." ucap Mama dengan senyuman di bibir.

Sudah seminggu Papa pergi meninggalkan kami. Semalam pun sempat aku dengan Mama adakan kenduri tahlil 7 hari untuk arwah Papa. Sayu hati beransur pergi setelah Mama menasihati supaya tidak terlalu meratap, kalau Papa masih ada, Papa pasti taknak kami bersedih juga.

"Mama tunggu Iris balik ye. Lepas final dua minggu Iris balik semula." kata ku pada Mama.

"Yelah sayang. Mama tunggu Iris balik ye. Jawab exam elok2 ok." balas Mama beserta kucupan di dahi.

"InsyaAllah Maa. Mama take care ye. Ade apa2 call Iris." pesan ku pada Mama.

"Iye, Iris pun sama. Jaga diri tu elok2. Kalau penat berhenti tepi tak pun suruh yang lain je drive kan."

"Iye Maa. Iris tahu." sambung ku lagi sekali mencapai tangan Mama lalu ku kucup. Pipi dilaga2 kan. Teros aku berlalu pergi menjemput dayang2 sekalian di rumah mereka.

***************

"Korang study tak cuti haritu?" tanya Mai bila kami dah sampai di kampus.

"Aku sah2 la study. Mau Mama bising nanti." kata Awen pula.

"Ko Qai?" tanya Mai.

"Aku study sendiri je. Aku tak macam korang nak ada orang marah baru nak study." tempelak Qai pada Awen.

Qai ni kan dah takda Umi, Abah dia pulak busy memanjang. Boleh dikatakan Qai ni membesar dengan ibu asuhan dia je, Mak Temah. Tapi Qai masih ada Wan di Negeri Sembilan. Kadang2 cuti sem dia balik kampung lah jumpa Wan dia.

"Ko still tak rapat dengan Abah ko ke Qai?" tanyaku tiba2.

"Ntah la Ris. Aku ade jugak cuba nak luangkan masa dengan dia, tapi dia macam tak endahkan aku je." luah hati Qai.

"Hurmm tapi kalau Abah ko cuba nak rapat dengan ko satu hari nanti. Ko jangan menolak ye. Ko pun jangan putus asa untuk cuba rapat dengan dia. Sementara dia masih ada Qai. Aku taknak ko menyesal kemudian hari." ujar ku lagi. Sejak Papa dah pergi tinggalkan aku. Baru aku rasa terkilan sebab kurang luangkan masa dengan Papa. Bila Papa ada dekat rumah aku sebok terperap dalam bilik study.

"Iyelah Ris. InsyaAllah aku cuba." balas Qai sambil mengusap tanganku seperti tahu apa yang sedang aku rasa.

"Dah lah takmo sedeh2. Jom study. Korang nak air tak. Aku nak p jerang air ni." sampuk Mai.

"Aku nk Milo." jawab Awen.

"Aku tanya nak air tak, kalau nak aku jerang air lebih sikit. Bukan suruh ko order nak air apa." tambah Mai sudah bangun dari duduknya.

"Eleh buat kan sekali pun tak salah kan." naik muncung si Awen.

"Bak sini upah. Baru aku buat kan."

"Ish kornag ni. Tu pun nak betekak. Dah biar aku yang buatkan." sampuk Qai pening dengan kerenah budak dua ekor tu.

"Wuuuu sayang Qai." sorak Awen seperti budak kecil. Aku sekadar tersenyum senang.

************

Dua minggu telah berlalu. Final pun Alhamdulillah berjalan dengan lancar.

"Korang nak balik bila ni?" tanya ku pada meraka bertiga.

"Tak kesah. Kitorang ikot ko je." jawab Qai.

"Taknak jalan dulu ke?" yela diorang ni selalu lepas final mana nak balik teros. Ada je bende nak dibuat dulu.

"Takpe la. Kalau kitorang buat aktiviti pun bukan ko nak join kan. Kita balik jela. Lepak2 kat jb sudah." tambah Mai pula. Faham dengan situasi aku mungkin.

"Orait. Besok pagi kita gerak balik ok." kataku dengan senyuman manis dibibir. Beruntung dapat kawan yang memahami macam diorang ni.

Sampai je dekat rumah esok harinya Mama ajak aku ke pejabat peguam. Bincangkan tentang wasiat Arwah Papa. Mama bukan batak sangat nak kan harta. Tapi takut tentang syarikat Papa yang tak terurus.

"Assalammualaikum." ucap Mama di hadapan pintu bilik peguam Papa.

"Waalaikumussalam. Eh Puan, Iris, jemput masok. Duduk dulu." pelawa Uncle Nizam menuju ke sofa di biliknya.

"Maaf sebab saya tak dapat ke rumah. Mintak Puan pulak yang datang ke sini." ujar Uncle Nizam lagi.

"Eh takpa, saya faham. Iris pun baru balik. So tergendala kan urusan kita." tambah Mama lagi tidak menyalahkan Uncle Nizam.

"So kita mulakan lah ye." Uncle Nizam pun menerangkan tentang wasiat arwah Papa dari A hingga ke Z.

"Jadi syarikat tu boleh lah Puan yang uruskan dulu sebelum diserahkan pada Iris atau suaminya sekiranya Iris dah berkahwin, dan itupun kalau mereka dah bersedia ingin uruskan." terang Uncle Nizam tentang pengurusan syarikat Papa.

Mama dulu pun bisneswoman jugak sebelom lahirkan aku. Papa dengan Mama sama2 bangunkan syarikat sebelom Mama terpaksa berhenti sebab aku taknak putus susu badan. So sekarang tiba masa Mama uruskan semula tapi tanpa Papa.

"Puan jangan risau, sebab Puan tak uruskan syarikat tu sendiri. Penasihat syarikat akan sentiasa membantu Puan." tambah Uncle Nizam. Terbit riak lega di wajah Mama.

"Baik lah kalau takda apa2 kita tamatkan perbincangan ini disini lah." kata Uncle Nizam lagi bila aku dan Mama faham dengan apa yang disampaikan.

"Kalau ada apa2 Puan boleh hubungi saya ye." pesan Uncle Nizam.

"Baik lah. Kami minta diri dulu." pinta Mama sebelum keluar dari bilik peguam itu. Aku sekadar tersenyum dan menunduk hormat sedikit pada Uncle Nizam.

"So nanti Iris praktikal dekat syarikat Papa jela sem depan." kata ku teringatkan yang aku akan menjalani praktikal sem depan.

"Boleh aje sayang. Mama lagi suka." jawab Mama tersenyum memandangku.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now