"Assalammualaikum Maa. Iris balik ni." jeritku di hadapan pintu.
Atas pesanan Mama petang Jumaat ni aku kena balik rumah jugak. Ada benda nak bincang katanya.
"Eh Iris, masuk lah. Mama dekat atas solat Asar sekejap." kata Mak Ton pembantu Mama di rumah setelah membukakan pintu untukku.
Mak Ton ni takdelah pembantu sangat pun sebenarnya, Mak Ton cuma sekadar peneman Mama. Sejak dah masok semestar akhir ni aku jadi makin sebok so jarang dapat balik rumah. Jadi Mama ajak Mak Ton duduk dengan Mama sekali, kurang sikit risau aku dekat Mama.
Mak Ton ni asalnya pembuat kopi di pejabat arwah Papa. Mak Ton pon duduk sorang je, suami dia dah meninggal. Mak Ton takda anak jadi memang tak salah Mama ajak dia duduk dengan Mama.
"Owh yeke. Takpe lah Mak Ton, Iris naik atas dulu ye. Melekit badan ni baru balik kelas tadi." kataku meminta diri.
"Iris nak makan tak? Kalau nak Mak Ton panaskan lauk." sempat Mak Ton bertanya.
"Boleh jugak. Lepas mandi Iris turun makan ye." jawabku berlalu naik ke bilik.
*************
"Ok now lets eat." kataku sendirian.
Mama masih tak turun lagi. Pinggan ku capai, nasi lauk semua dicedok. Then kita.... eh eh baca doa dulu, jangan lupa ye lepas doa baru makan.
"Iris bila sampai?" tanya Mama padaku.
"Amboi nak dekat satu jam dah Iris balik Maa, takkan tak perasan kot." jawabku meneruskan suapan di mulut.
"Mama terlelap la lepas solat tadi."
"Maa tak elok tidur lepas Asar."
"Noooo Mama tak tidur, Mama terlelap jew." ok kerut dahi kejap.
"Mama bukan same ke tidur dengan terlelap tu?" tanya ku lurus.
"Tak2 tidur tu sengaja, terlelap tu tak sengaja sebab penat sangat." jawab Mama selamba.
"Whatever lah Maa. Maa suruh Iris balik ni nak bincang apa Maa?" tanya ku teringatkan tujuan asal Mama suruh balik hari ni.
"Urmm nanti malam lah Mama cerita."
"Sekarang tak boleh eah?" tanyaku tidak puas hati. Saja nak bagi aku tertanya2 lah tu.
"Nope, makan dulu. Nanti malam kita relek2 baru boleh bincang ok." tambah Mama lagi sebelum keluar menyiram pokok bunga kesayangannya. Hurmm kesian aku ditinggalkan makan sensorang.
*************
Malam sudah tiba. Mama dengan Mak Ton sedang makan di dapur. Aku dok tengok tv jela, perot kenyang lagi sebab makan petang tadi. Tadi pun aku dah telan 2 bungkus roti gardenia vanilla.
"Uii tengok cerita apa tu?" tanya Mama padaku.
"Urmm Dhoom 3." siaran ulangan dekat Astro Citra.
Perghhh hensem gila Amirr Khan. Aku lagi suka Samar berbanding Sahir sebab watak Samar ceria so muka dia manis bandingkan dengan muka Sahir yang ketat tu. Walaupun muka sama tapi watak lain2 kan so tak salah kalau aku nak memilih pun. Eh melalot ke cerita hindustan pulak dah."Iris Mama nak cakap ni." kata Mama padaku.
"Urmm cakap lah." jawabku dengan mata yang masih tertumpu pada kaca tv.
"Pandang lah Mama." pinta Mama.
"Ala Maa cakap jela, Iris dengar ni." tambahku lagi.
Melihatkan riaksiku yang tidak berubah Mama lantas mencapai remote control di atas meja dan dimatikan terus tv tu.
"Maa cerita tak habis lagi." protesku sambil berpeluk tubuh.
"No cerita ni dah record kan. Mama nak bincang bende serius ni. Masa depan Iris." tambah Mama lagi. Huh muka Mama tak payah cakap lah. Dah macam muka Hulk tengah berlawan dengan Loky.
"Masa depan Iris?" dahi agak berkerut sikit.
"Ye. Minggu lepas ada rombongan dari Penang datang meminang Iris." Mama mula bercakap bila aku sudah duduk bersila menghadapnya.
"What?" gila tetiba ada orang masuk meminang. Sapa dekat Penang. Miyo? Miyo dekat UK lagi. Ah tak mungkin Miyo. Miyo pun dah berbulan2 tak hubungi aku.
"And Mama setuju." tambah Mama lagi.
"What?!!!" lagi sekali dengan nada yang lebih terkejut dan kuat.
"Iris Mama cuma ada Iris sorang je sayang. Iris pun ada Mama sorang je sekarang ni. Mama dah tua. Kalau Mama pun pergi ikut Papa, Iris sapa nak jaga sayang. Kalau Iris dah kawen dah ada family sendiri kurang sikit risau Mama." Mama menerangkan sebab mengapa dia menerima pinangan tersebut.
"Tapi Maa kenapa Mama tak bincang dengan Iris dulu Maa." tanya ku sebak.
"Sebab Mama dah kenal diorang Iris. Mama tahu family diorang baik2 jadi Mama terima sayang. Mama tahu Iris pun akan suka dan bahgia nanti."
'Maa, Mama kenal tapi Iris tak kenal Maa. Mama pun tahu hati Iris untuk Miyo kan. Walaupun Miyo dah tak cari Iris tapi Iris tak lupakan dia Maa.' kataku dalam hati. Aku diam tidak menjawab apa2. Mungkin ke ni jodoh aku. Takdir aku. Miyo macam mana. Miyo memang dah lupakan aku ke?
"Hujung bulan depan sebelum praktikal, Iris bertunang ye sayang?" tanya Mama lagi membuatkan aku bertambah pening kepala.
"Maa, Mama tak rasa Iris muda lagi ke Maa?" lirih aku bertanya.
"No sayang. Bukannya takde orang yang kawen muda. Iris dah 21 tahun dah." jawab Mama lagi.
"Miyo Maa?" aku cuba mengingatkan Mama pada Miyo.
"Iris, takkan Iris nak tunggu Miyo balik baru Iris nak bertunang sayang?" jawab Mama lagi.
Mama dah tak harapkan Miyo jadi menantu dia ke? Tapi apa yang Mama cakap tu betul. Takkan nak menunggu pada orang yang tiba2 menyepikan diri. Miyo, mana ko pergi? Kenapa ko memghilangkan diri? Mana janji ko yang ko akan sentiasa berhubung dengan aku.
"Iris, Iris setuju ye sayang." pujuk Mama menggenggam tanganku. Aku diam membisu.
"Iris tak sayang Mama ke? Mama nak tengok Iris bahagia nak pastikan Iris ada orang yang jaga sebelum Mama tutup mata sayang. Iris bertunang hujung bulan depan ye?" tambah Mama lagi.
"Jangan cakap macam tu Maa. Mama bagi masa Iris fikir dulu." jawabku sebelum bangun melangkah naik ke bilik.
'Dugaan apakah lagi ini Ya Allah. Adakah ini yang terbaik untuk diriku. Pilihan Mama untuk diriku?'
YOU ARE READING
Cinta Si Biru & Hijau
Teen FictionKisah cinta di bangku sekolah Iris Kayla Raisya - Gadis kecil molek bermata biru yang dicurangi oleh buah hati pengarang jantungnya. " Saya nak awak lupakan saya sebab saya dah bersama dengan Melina sekarang". - Haikal Adrian Pertemuan tidak sengaj...