Bab 56

3.3K 132 0
                                    

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Cepatlah bukak pintu ni." jerit Awen dari luar.

"Sabarlah." jerit Miyo pulak.

"Sayang tunggu dalam. Saya bukak pintu." sempat dia berpesan.

"Hai mak buyong. Sihat?" tanya Qai.

"Alhamdulillah sihat."

"Bila due?" tanya Awen.

"Hurm lagi sebulan. Sekarang dah lapan bulan dah."

"Besar perot ko erk. Baby bila nak keluar ni?" Mai bertanya sambil mengusap perotku.

"Orang dah cakap lagi sebulan, tak korek telinga ke." jawab Miyo sambil meletakkan beberapa tin pepsi di atas meja. Pepsi je la, dah bini nak buat air tetamu datang pun tak boleh. Kena rehat je memanjang, bosan.

"Sebok je. Bukan tanya ko pon." balas Mai.

"Aku jawabkan bagi pihak anak aku je." jawab Miyo taknak kalah.

"Baby nanti keluar jangan ikot perangai Papa ok. Sakit hati Aunty Mai." kata Mai disertakan dengan jelingan maut untuk Miyo.

"Dah tu, takkan nak ikot perangai ko pulak. Lagi tak jadi orang anak aku." as usual, bantak kecil terbang kearah Miyo tapi sempat dielak. Terburai tawa seisi rumah.

"Tak abis2 nak bergaduh. Yang nak jadi bapak budak ni pun taknak kalah." kataku disertakan dengan cubitan halus dilengan suami tercinta.

"Saya pulak kena. Tengok baby, Mama cubit Papa." adu Miyo pada baby kami.

"Ahhhh ah ah.."

"Kenapa2?" semua panik bertanya.

"Baby tendang." jawabku pendek.

"Alo kesian. Tengok baby sayang Papa dia." kata Miyo bangga. Aku mencebir lidah padanya.

"Perasan lah ko." kata Mai lagi.

"Sebok lah ko. Hurm anak2 Papa takmo lasak2 dalam tu ok. Kesian dekat Mama. Nanti Mama serik pulak nak bagi korang adik." kata Miyo lagi sambil mengusap2 perot boyotku. Terbuka luas mataku mendengar kata2 nya.

"Yang ni pun belom lahir dah cerita pasal adik. Dasyat ko Miyo." sampuk Awen.

"Jup. Anak2? Kembar ke?" tanya Qai pula.

"A'ah. Tapi jantina tak taw lagi. Dia nyorok taknak tunjuk pulak." kataku pada Qai.

"Wah teror la ko Miyo." kata Mai pulak.

"See the leg la." jawab Miyo tayangkan kakinya.

"See the leg ape, dah memang baka dia semua kembar, boleh la dapat kembar." jawabku pula.

"Ok ok. Rezeki rezeki." tambah Miyo lagi membuatkan kami semua mengangguk2 kan kepala.

"So macam mana kerja?" tanyaku.

"Bulan depan aku jadi cikgu tetap dekat PD. Tetiba pulak diorang nak serap aku teros dekat situ. Rezeki mungkin." kata Awen teruja.

"Waa congrat. Ko Qai?"

"Aku accountant dekat KL Mega Holding." jawab Qai.

"Aku suruh kerja sini je ko taknak. Nak jugak ke KL tu." kataku pula.

"Takpe lah. Cari pengalaman kerja dengan orang luar." jawabnya lagi. Padahal bukan aku taktaw sebab dia bawa diri ke KL tu. Tapi malas r nak cita.

"Mai?"

"Aku macam tu jugak. Bahagian promotion syarikat it. Kadang2 diorang hantar aku kursus tah mana2. Sebab tu aku da lama tak jenguk ko. Ni baru ada cuti." terang Mai.

"Its okey la. Korang dah datang hari ni pun aku dah bersyukur dah." kataku pula.

"Hurmm alang2 korang dah ada dekat sini. Aku nak menjemput." kata Awen.

"Nak kawen da ke?" tanya Miyo tiba2.

"Gelojoh la ko. Tunang dulu lah." kata Awen lagi.

"Dengan sapa?" serentak aku, Qai dengan Mai bertanya.

"Dengan Izwan lah. Sapa lagi." jawab Awen lagi.

"Owh."serentak kami berempat pula menjawab.

"Asal. Korang tak suka ke?" tanya Awen bila tengok kami berlagak biasa.

"Mana ada lah. Nak tunang dah kawan aku ni." kata Qai pula.

"Abis ko nak suruh kitorang terlompat2 suka ke? Tak pasal2 Iris terberanak dekat sini." kata Mai selamba. Aku pulak yang kena.

"Takde lah. Sekurang2 nya sorak la sikit untuk aku." kata Awen sedeh.

"Yeah, Wahhh, Yuhooo Awen nak tunang dah." serentak kitorang berempat bersorak.

"Jahat lah korang." bergegar rumah dengan gabungan tawa kami berlima.

"So lepas beranak ko keje balik ke tak?" tanya Qai bila suasana kembali reda.

"Tak, Big Boss suruh duduk rumah jaga anak2 dia." kataku dengan muncung yang panjang berjela.

"Ewah, macam anak saya sorang je." jawab Miyo pula. Aku tanyang sengeh dekat dia.

"Anak kita, anak kita." jawabku menepuk2 lembut pipinya.

"Gedik lah korang ni." kata Mai lagi.

"Biala. Jelez." jawab Miyo pula.

"Tak kuasa aku nak jelez." balasnya.

"Dah tu duduk senyap2." Taknak kalah tu.

"Haish korang ni. Sudah2 lah bergaduh. Aku kawenkan korang ni nanti baru taw." kata Awen selamba. Tak lama tu tepat sebiji bantal mendarat dekat muka Awen.

"Eh sorry2 lupa Miyo laki ko." gabra Awen berkata padaku. Suka hati je lelong laki orang. Tak lama tu riuh lagi rumah ni dengan tawa kitorang. Naik senak perot aku.

"Dah jom lah kita ke dapur, masak. Mak buyong nak makan apa?" tanya Qai.

"Ape2 jela. Aku tak kesah pun." jawabku.

"Masakkan laksa johor. Aku teringin nak makan." jawab Miyo pula.

"Amboi ko pulak yang ngidam." serentak mereka bertiga bertanya. Aku gelengkan kepala je. Sejak2 ni memang selera makan Miyo menjadi2. Kadang pening aku layankan tekak dia tu.

"Kalau boleh, kalau tak boleh takpe." Miyo tayang sengeh.

"Yela2. Aku masakkan." jawab Qai pula.

"Yes, nanti baby keluar, ko adalah orang ketiga yang akan aku kenalkan." tambah Miyo.

"Kenapa ketiga pulak?" tanya Qai.

"Yela pertama mesti la Mama diorang. Kedua Papa diorang yang hensem ni. Ketiga baru ko." jawab Miyo menerangkan maksud orang ketiga pada Qai.

"Hah yela. Kalau tiba2 aku jadi orang ke empat, siap ko." ugut Qai pula. Aku sekadar menggelengkan kepala. Lantak korang lah.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now