Bab 24

2.8K 147 0
                                    

Telah seminggu sejak kejadian hitam yang menimpa diriku berlalu. Seminggu jugak lah aku tak hadir ke sekolah. Mengikut perbincangan Papa dengan pihak sekolah, kejadian yang berlaku itu haruslah dirahsiakan. Hanya guru yang terlibat, Miyo dan member2 aku je yang tahu mengenai peristiwa itu.

Yela kejadiaan tu pun berlaku jauh dari kawasan dewan. Memandangkan masa tu pun waktu rehat dah habis so memang semua dah berkumpul lah. Ikut kata Awen pun, diorang sebenarnya tak tahu tentang kejadian tu. Bila Miyo minta diri untuk pulang dia mengajak diorang sekali so baru diorang tahu apa yang berlaku.

Selama seminggu tu jugak budak bertiga tu rajin datang buat ulangkaji dekat rumah aku. Kadang2 kitorang ajak Miyo join sekali. Oh ye, aku dah boleh terima kehadiran Miyo masa dia datang melawat dengan kak Una. Mengenangkan dia jugak yang dah selamatkan aku, so aku kena la ucap terima kasih kan.

"Hui jauh menong?" sapa Miyo. Eh panjang umor dia.

"Eh Miyo, mana ada lah." kataku menidakkan kata2 nya.

"Eleh, kalau tak menong takkan lah dari tadi aku panggil ko tak dengar." eh dia panggil aku ke. Alamak, kantoi.

"Alaaa aku lupe nak korek telinga la mandi tadi." jawabku selamba. Tekekek2 Miyo gelak mendengarkan jawapanku.

"Ada2 je ko ni. Ko dah ok ke ni?" tanya Miyo kembali serius.

"Aku ok je. In syaa Allah." jawabku disertakan dengan senyuman manis.

"Alhamdulillah. Lega aku dengar." katanya pula. Kami teruskan jalan beriringan hingga sampai ke sekolah. Kalau ada paluan kompang sah2 macam pengantin baru dah. Amboi sempat nak berangan.

**************

Rutin ku kembali seperti sedia kala. Waktu rehat dihabiskan hanya di dalam kelas. Tak rasa nak merayau atau lepak di kantin macam sebelum ni. Tapi kali ni rehat aku tak sendirian. Ada Miyo yang setia menemani.

"Apasal ko pilih kelas Akaun. Tak pening ke belajar kira2 ni?" tanya Miyo membelek buku teks Prinsip Perakaunanku.

"Ntah, seronok je aku belajar. Lagipun best ape buat akaun tu. Rasa seronok giler bila ko dapat selesaikan imbangan duga taw. Rasa macam dunia ni ko yang punya."

"Amboi, tak payah la auta sangat sampai rasa dunia ni ko yang punya." perli Miyo. Aku hanya menggelakkannya.

"Amboi, amboi, amboi seronoknya dia bergelak ketawa. Tak sedar diri tu dah kotor." pantas aku dan Miyo menoleh ke pintu depan.

"Ape bende ko merepek ni?" tanya Miyo kasar.

"Tak pakyah nak bajet suci lah Blue. Ko ingat aku tak tahu apa yang jadi hari Sabtu lepas. Sebab tu seminggu ko tak datang sekolahkan. Meratap dara ko yang hilang ke?" tanya Melina sinis.

Aku memandangnya dengan riak tak percaya. Mana dia tahu ni? Baru tadi beria aku cerita yang Papa dah mintak bende ni di rahsiakan. Tapi macam mana dia tahu. Lagi satu, apasal dia kata aku tak suci lagi. Bukan Miyo sempat selamatkan aku ke?

"Kenapa? Ko terperanjat mana aku tahu? Mesti lah aku tahu, sebab aku yang suruh Adrian buat ko macam tu. Tak sangka pulak betol dia buat. Tapi bodoh dia tu, buat dalam sekolah. Kesian dah kena buang."

Laju Miyo bangun menuju ke arah Melina di hadapan. Tangannya menolak Melina hingga tersandar di papan hitam. Dicekak pula leher Melina. Terbuntang Melina melihat perlakuan Miyo. Begitu juga aku.

"Mulut ko jangan celupar sangat. Dalam otak ko ni ada apa sebenarnya. Mak bapak ko kasi ko makan apa hah sampai ko bebal sangat macam ni." ditunjal2 nya kepala Melina. Aku langkahkan kakiku ke hadapan.

"Aku dah lama sabar dengan ko ni taw tak. Tak habis2 nak hancurkan hidup orang. Dah bagus sangat ke? Diva sangat ke ko ni? Letak tepi jalan pun takda orang nak pandanglah, dasar perempuan murah." tambah Miyo lagi. Melina sudah menangis, terpisat2 dia cuba melepaskan diri. Takot dengan wajah bengis Miyo agaknya. Teringat cara layanan Adrian pada diriku.

"Miyo dah lah, lepaskan dia." rayuku pada Miyo.

"Dia nak musnahkan hidup ko Kayla." tegas Miyo memandang tepat ke muka ku. Gerun aku memandang mukanya. Sebijik green monster, muka bengis tambah mata hijau tu. Tapi kenapa dia nampak risau sangat?

"Tapi tak sempat kan. Ko sempat selamatkan aku kan." kataku mengingatkan Miyo pada kebenaran. Melina memandang tepat ke arah aku.

"Pehal ko pandang dia, terperanjat dengar apa yang dia cakap. Ye Kayla masih suci, suci berbanding diri ko ni. Aku sempat selamatkan dia haritu. Ko nak rasa macam apa yang Adrian rasa?" tanya Miyo maksudkan pukulannya pada Adrian. Miyo sudah menggenggamkan penumbuknya dan memandang tepat ke arah Melina.

"Dah Miyo, dah. Jangan buat dia macam ni. Lepaskan dia ye. Tak payah balas. Biar dia dapat balasannya sendiri." aku cuba memujuk Miyo lagi. Lengannya aku capai. Naseb dia pakai baju lengan panjang hari ni. Rajin pulak, selalu baju lengan panjang dia pakai hari Jumaat je. Dan2 je Author ni huhu.

Mendengar pujukan aku lalu Miyo melepaskan Melina. Sempat ditolak Melina hingga jatuh terduduk.

"Berambus ko sana. Lagi sekali ko ganggu Kayla, mati ko aku kerjakan. Jangan sampai aku hilang sabar. Tak payah tanyang muka lansung pun lagi bagus. Lagi aku suka." pesan Miyo sebelum keluar menenangkan diri. Begitu juga dengan Melina. Aku kembali ke tempat duduk ku. Kenapa Miyo berubah sampai macam tu sekali?

"Ko ok?" tanya Miyo sudah kembali masuk ke kelasku.

"Patut aku tanya ko ok ke tak." kataku pula. Miyo kembali duduk di hadapanku. Aku bangun membetulkan meja guru yang sudah senget di depan. Sempat aku bertanya.

"Kenapa ko buat dia macam tu?"

"Sebab aku sayang ko." jawab Miyo perlahan.

"Apa dia?" tanya ku lagi inginkan kepastian. 'Dia cakap dia sayang aku ke?' tanyaku dalam hati.

"Sebab aku kesian dekat ko." jawab Miyo lagi lebih kuat dari tadi. 'Bukan aku dengar sayang ke tadi?' 'Ni dia kata kesian pulak' 'Tapi takkan Miyo sayang aku, salah dengar kot' sangkal hati ku.

"Kot kesian pun jangan lah buat sampai macam tu."

"Sampai bila ko nak dia pijak2 kepala ko, dia rancang nak musnahkan ko Kayla." kata Miyo kesal sebab aku masih membela Melina.

"Iye aku tahu. Tapi aku taknak ko jadi sama macam Adrian. Aku taknak ko sakitkan perempuan Miyo." jawabku jujur. Miyo meraup mukanya. Ditarik nafas dalam2.

"Yela2 sorry sebab aku ikutkan marah aku tadi." katanya perlahan.

"Hah macam tu lah. Dah lain kali jangan buat lagi. Tapi kalau ko tak jalan dulu tadi memang aku dah tampar2 muka Melina tu." kataku pula cuba membangkitkan suasanan.

"Pirahhh nak tampar konon. Jentik semut pun tak sanggup, nak tampar anak orang. Chettt." tambah Miyo dah memerli.

"Memang la, sebab aku kan baik." amboi masok bakul angkat sendiri.

"Ye ko memang baik pun." jawab Miyo, nampak kejujuran time dia cakap gitu. Aku menayangkan barisan gigi ku.

"Ko pun baik jugak." tambahku lagi.

"Iye aku taw, aku memang baik." eh ambik kesempatan. Lansung tawa kami terburai. Senang hati aku bila dekat dengan Miyo.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now