Bab 50

3.1K 135 1
                                    

Lepas sanding semalam aku banyak menghabiskan masa di dapur bersama Mama dengan jiran tetangga untuk berkemas. Miyo yang tiba2 tanyangkan muka dipaksa pulak sental segala periuk belanga dekat luar sana. Padan muka, sapa suruh tayang muka.

Kakak2 Miyo semua dah pergi ke rumah lama diorang yang dekat sebelah rumah aku tu. Tinggal Kak Lisa je yang masih nak berbual dengan Mama. Yela bandingkan dengan yang lain2 Kak Lisa je yang belom rapat dengan kami.

Sebelom Miyo habis cuci periok aku dah naik atas dulu. Tah pukul berapa Miyo masok aku pun tak sedar. Tau2 bangun pagi tadi aku tengok dia elok tengah tidur atas sofa. Aku pun mandi2 teros solat, turun bawah. Sempat lah aku kuncikan jam lonceng dekat sebelah dia. Takot dia terlajak tidur pulak.

"Miyo tak turun sekali?" Mama bertanya.

"Tak, dia sambung tidur balik. Penat sental periok semalam kot. Iris pergi depan kejap ye Maa." bohongku teros melangkah ke depan.

Sampai depan aku tengok kosong takde orang. Lalu aku melabuhkan punggung di pangkin taman Mama. Udara segar aku hirup.

"Uhurmm.. Boleh kak Una duduk?" tanya Kak Una yang datang tah dari mana.

"Eh Akak, duduk jela. Awal akak datang?" tanyaku.

"Saje, takde buat ape dekat rumah tu. Nak masok tadi nampak Iris dekat sini. So akak tegur lah." terang kak Una. Aku sekadar melemparkan senyuman padanya.

"Tak sangka doa Kak Una masa Iris masih sekolah termakbul." kata kak Una memecah kesunyian.

"Doa ape kak?"

"Doa nak Iris jadi adik ipar kak Una la." kak Una menjawab teruja. Aku sekadar tersenyum.

"Iris ade masalah ke?" tanya Kak Una bila melihat raut wajahku yang keruh.

"Takde ape lah kak." bohongku.

"Kalau ada apa2 Iris boleh je cerita kat Akak. Akak pun dah jadi kakak Iris kan." tambah kak Una.

"Akak jangan salah faham pulak kalau Iris cakap ni." kataku.

"Hah yela."

"Sebenarnya Iris cuma terfikir je, mampu ke Iris jadi isteri yang baik untuk Miyo dalam usia yang muda macam sekarang ni." luahku cuba berdalih dari masalah sebenar. Tak nak kak Una fikir yang aku ni terok sebab tak ambik tau lansung dengan sapa aku nak kawen.

Kalau aku tanya dengan Mama betol2 mesti tak jadi macam ni, mesti aku happy sebab dapat taw aku nak kawen dengan Miyo. Kerana ego aku, aku salah kan Miyo sebab buat aku merana. Tapi aku memang akan tetap marah dekat dia sebab dia pun takde bagi tahu aku apa2. Senyap tiba2, buat aku terkontang kanting dekat sini.

"Iris pernah dengar tak yang kita takkan bertemu jodoh kalau kita tak bersedia? So akak yakin yang Iris mampu jadi Isteri yang baik, sebab tu jodoh Iris sampai awal. Kalau ada kekurangan dalam rumah tangga nanti Iris dengan Miyo boleh belajar sama2. Ubah jadikan kekurangan tu sebagai kelebihan dan kelengkapan hidup berumah tangga ni." kata kak Una. Aku sekadar mengangguk kepala mendengar nasihat kak Una.

"Iris taw tak. Masa dekat Uk, Miyo bersusah payah nak menghalalkan Iris taw. Lepas Papa Iris meninggal, Miyo terus buat part time dekat syarikat, mula2 dia sekadar belajar je tapi sebab niat dia tu, dia cari jalan nak kumpul duit. So kalau ada masa terluang sikit dia ada la dekat office." kak Una mula membuka cerita.

"Dia cerita dekat kak Una ke?" tanya ku inginkan kepastian.

"A'ah, dia cerita yang Iris cakap Iris cuma ada Miyo dengan Mama je sekarang, sebab tu dia buat keputusan nak kawen dengan Iris. Ada masa tu dia sakit sebab kurang rehat, Kak Lisa suruh dia berhenti kerja, fokus dekat belajar je. Kalau dia nak duit poket lebih kak Lisa boleh bagi. Time tu dia bukak cerita dekat Kak Lisa yang dia nak kawen. Puas lah Kak Una kena bersoal jawab dengan Kak Lisa. Lepas tu Kak Lisa pun setuju la, tu yang Kak Lisa datang merisik. Kebetulan Kak Lisa balik uruskan hal syarikat kat Penang." cerita Kak Una lagi.

Ya Allah selama ni aku punya lah bersangka buruk dekat Miyo, rupa2 nya dia bersusah payah dekat sana. Kenapa aku ego sangat nak percaya cakap Qai masa tu. Kenapa kurang sangat rasa percaya aku dekat Miyo.

"Iris tak sangke pulak yang dia sanggup susah payah macam tu." kataku tidak bernada.

"Tu tandanya dia sayang dekat Iris." tambah kak Una.

"Tapi Iris selalu ingat yang dia abaikan Iris." luah hatiku.

"Sebab dia tak balas email Iris ye?" tebak kak Una. Aku sekadar mengangguk.

"Dia takde masa nak balas Iris. Ada jugak dia mengadu dengan kak Una yang dia tak balas email2 Iris. Tapi kak Una cakap kat dia, takpe mesti Iris faham dekat sana." terang kak Una sambil menepuk2 tanganku.

'Hakikatnya Iris tak pernah faham Miyo kak Una.' kata hatiku.

"Dah jom lah masok." Ajak kak Una. Kami pun berlalu masok ke dalam.

"Iris pergi panggil Miyo la. Kita sarapan sama." suruh Mama. Aku sekadar mengangguk dan berlalu ke atas.

Sampai atas aku tengok Miyo tengah sikatkan rambut dia. Masih hensem seperti dulu. Cuma sekarang kelihatan lebih matang. Dia berpaling melihat aku dihadapan pintu.

"Mama panggil suruh sarapan." kataku masih di depan pintu.

"Saya nak cakap sikit." kata Miyo menghampiri.

"Nanti la kita bincang." dalihku lagi lalu mencapai tangannya supaya turun beriringan. Miyo kelihatan terkejut. Ah lantak lah. Aku pun tak taw kenapa aku boleh pengang tangan dia ni.

Cinta Si Biru & HijauWhere stories live. Discover now